Thursday, 11 May 2017

Pelancaran Perfume PAPAHUG & MAMAKISS BY SHIDIESAHAQ

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Di sebelah petang Sabtu pada 06 Mei 2017, LeYa telah dijemput menghadiri Majlis Pelancaran PAPAHUG & MAMAKISS BY SHIDIESAHAQ yang bertempat di Saloma Bistro & Theatre Restaurant, Kuala Lumpur. PAPAHUG & MAMAKISS BY SHIDIESAHAQ ini merupakan wangian keluaran bumiputera milik sepenuhnya saudara Shidie Sahaq, seorang usahawan tempatan yang telah menapak sekitar tahun 2014. Wangian by Shidie Sahaq ini adalah produk sulung syarikat milik beliau, Shidierich Global Enterprise.



Pada majlis pelancaran tersebut telah memperkenalkan wangian PAPAHUG & MAMAKISS ini kepada semua. Turut dimeriahkan lagi dengan pelbagai acara dan selebriti jemputan yang telah bersama menggunakan wangian PAPAHUG dan MAMAKISS.

Wangian PAPAHUG adalah berinspirasikan wangian kaum adam manakala wangian MAMAKISS adalah berinspirasikan wangian kaum hawa. Kedua-dua wangian ini terdapat kualiti EDP iaitu dengan kepekatan sehingga 65% - 75% menjadikan perfume inspired ini lebih pekat dari perfume lain yang ada di pasaran. Perfume oil ini juga diimport dari France, Swiss dan Germany dan kerana itulah kualiti standard nya sama seperti perfume original yang terdapat di komples membeli belah.

 
 
 
 
 
 
  

Selaras dengan percaturan pasaran semasa, produk wangian by shidiesahaq ini juga telah berkolaborasi dengan beberapa artis dan selebriti tempatan dan diberikan secara percuma wangian PAPAHUG & MAMAKISS dan dengan rela hati mereka telah membuat liputan di instagram memuji wangian by Shidie Sahaq ini. Antara artis yang telah mencuba wangian ini adalah Azhar AF (bekas anggota Azhael), Taufik Ola Bola, Syura Badron dan Lan Kristal.

Di majlis pelancaran juga turut memperkenalkan Hijabers Spray buat pengguna wanita terutama kepada yang bertudung.

 

 Antara wangian yang sedang hangat di pasaran adalah seperti:-
  1. Dunhill Desire Red
  2. Dunhill Desire Blue
  3. One Million
  4. 212Sexy
  5. Jadore
  6. Forbidden Rose
  7. Be Delicious
  8. Midnight Fantasy
  9. Purr
  10. Bombshell
  11. Gucci Flora
  12. Hugo Boss Red

Pihak syarikat Shidierich Global Enterprise juga telah berbesar hati menaja beberapa program dan aktiviti melibatkan artis tempatan seperti menaja sepenuhnya pembikinan video klip single terbaru penyanyi Linda Eva berjudul Bulan Rindu. Pihak syarikat juga turut menaja aktiviti sukan selebriti tempatan bersama organisasi korporat.

Kerjasama antara pihak syarikat ini dan selebriti tempatan sedikit sebanyak meletakkan produk wangian PAPAHUG dan MAMAKISS lebih dikenali di platform media sosial seperti di instagram dengan lebih 11,000 pengikut sehingga ke hari ini dan jumpah pengikut semakin meningkat dari hari ke sehari. Ini merupakan kerjasama positif di antara syarikat wangian dalam dunia seni tempatan.

 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk PAPAHUG dan MAMAKISS by Shidiesahaq ini, bolehlah berhubung dengan pihak syarikat Shidierich Global Enterprise seperti:-

Shidierich Global Enterprise
311, Block 3 Jalan Tepian 8/1
Seksyen 8
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan.
Tel: 019-2978724 / 016-9601297

Bagi yang berminat juga boleh layari laman media sosial seperti:-
Instagram: @byshidiesahaq
Facebook: Papahug Mamakiss
Reaksi kOrang:

0 beri komen di sini:

Post a Comment