Ahad, 20 Mei 2018

Jom Iftar di Restoran Funtasia, Hotel Bangi-Putrajaya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Rezeki bulan Ramadhan melimpah ruah lagi. Kali ini, LeYa nak bawa korang semua bebuka puasa dalam suasana yang cukup meriah dan menyeronokkan di Funtasia Bufet Ramadhan yang berada di Hotel Bangi-Putrajaya. Konsep Ramadhan kali ini mengetengahkan street-style di mana para pengunjung akan disajikan hidangan dengan persembahan menarik melalui Feris Wheel yang setinggi 12 kaki.


Jom Iftar di Restoran Funtasia, Hotel Bangi-Putrajaya

Terletak di Bandar Baru Bangi yang semakin pesat membangun, Hotel Bangi-Putrajaya hanya berkedudukan 30 minit dari pusat bandar Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melalui lebuhraya utama. Manakala bagi kawasan berdekatan seperti Putrajaya, Cyberjaya, Cheras dan Kajang hanyalah mengambil masa lebih kurang 15 hingga 20 minit sahaja pemanduan ke sini. 

Funtasia Bufet Ramadhan adalah sebuah restoran berkonsepkan bufet yang menyajikan masakan tempatan yang menarik, hidangan barat yang hebat serta penampilan gaya gerai-gerai yang versatile dan lain daripada lain di mana para chef menampilkan gastronomical stunts sebagai merangsang serta menggembirakan perasaan pengunjung untuk menikmati hidangan makanan di culinary wonderland mereka.



Masuk sahaja ke Restoran Funtasia, benda pertama yang akan korang lihat adalah Ferris Wheel setinggi 12 kaki yang berputar dan menghidangkan lebih daripada 200 pilihan makanan pembuka selera dan desserts di Ferrie Wheel itu. Pengunjung akan dapat menikmati kambing bakar yang dipanggang secara keseluruhan, satay Malaysia dan juga BBQ Mongolia. Jadinya, pasti pengunjung rambang mata dan tak sabar untuk sambar apa sahaja hidangan yang disediakan.

Malah bukan itu sahaja. Pengunjung juga boleh menikmati hidangan makanan tempatan dan barat yang menyelerakan seperti gyoza, nasi goreng yang dimasak dalam 1 minit di stesen robo-wok, rasai kehangatan sup tulang dan sup kambing, dan kesemua jenis makanan goreng-goreng serta pencuci mulut yang menarik dan sangat banyak sekali. Memang puas dan seronok!



So now, jom LeYa sajikan pula korang semua dengan pelbagai lauk-pauk yang menyelerakan yang ada di sini. Macam-macam ada! Ada daging, sotong, ikan, udang. Korang cakap apa sahaja. Semua ada di sini. 







Saat yang ditunggu telah tiba. Jom LeYa bawa korang pula dengan menu-menu pencuci mulut yang menggiurkan dan warna-warni. Terdapat buah-buahan tempatan, kek, mousse, ais krim, kuih muih tradisional Melayu dan banyak lagi lah korang boleh dapatkan di sini.



Korang juga jangan lepaskan peluang untuk mencuba ais krim homemade gelato yang memang sedap di sini. Setiap hari, pihak Hotel Bangi-Putrajaya akan menukar perisa-perisa ais krim gelato ini. Antara perisa yang ada ketika itu adalah vanilla, coklat dan caramel. Memang superb dan sedap sangat! Ais kacang dan cendol juga korang boleh dapatkan di sini. Memang terbaik dan memuaskan saat perut korang kelaparan setelah seharian berpuasa.






Stesen serawa durian yang memang menjadi kegilaan LeYa pasti menjadi tumpuan utama untuk singgah dan merasainya. Rasa durian sebenar dan santan yang cukup pasti menambat hati peminat durian. Tidak dilupakan juga kepada menu tambahan lain seperti pecal kuah kacang dan tauhu sumbat yang menyelerakan.

Dapur Funtasia, Dapur Harmoni, Dapur Pastri dan Dapur Banquet adalah halal yang telah disahkan oleh JAKIM. Jadi, tidak perlu ada rasa sangsi ketika menjamu selera di sini. Pengujung juga tidak perlu risau dengan tempat letak kereta kerana di sini disediakan percuma dan surau juga boleh didapati di tingkat 2 hotel.



Hidangan lazat yang dihidangkan itu pasti juga korang ingin tahu harganya kan? So, korang boleh rujuk harga bufet Ramadhan di bawah ini:

Dewasa : RM120 nett per person
Kanak-kanak (4 - 12 tahun) : RM60 nett per person

Tapi, sekiranya pengunjung membayar wang tempahan atau pendahuluan dalam 24 jam sebelum waktu berbuka puasa, pengunjung juga berpeluang menikmati harga promosi yang ditawarkan seperti:

Dewasa : RM90 nett per person
Kanak-kanak (4 - 12 tahun) : RM45 nett per person

Maklumat lanjut atau sebarang tempahan boleh melalui:

Tel : 03 - 8210 2222

Maklumat lanjut dan sebarang promosi, boleh layari laman web Hotel Bangi-Putrajaya di



Berikutan kejayaan besarnya, Hotel Bangi-Putrajaya telah menjalin kerjasama dengan Islamic Relief Malaysia dan setiap tahun akan bekerjasama dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik. Pada tahun ini tidak terkecuali, Hotel Bangi-Putrajaya dan Restoran Funtasia terus memberi sokongan dalam satu kempen "Care for Hunger" dengan menyumbangkan RM3.50 untuk setiap orang dewasa yang menikmati hidangan di Jom Iftar sepanjang bulan Ramadhan ini. Islamic Relief Malaysia juga akan membuka ruang kedainya sepanjang bulan Ramadhan di tingkat 1 Hotel Bangi-Putrajaya. 

Seronok kan! Makan-makan sedap ketika berbuka puasa, sambil tu boleh membantu golongan yang kurang bernasib baik. Berganda pahala korang dapat di bulan yang mulia ini. Jadi, Jom Iftar di Restoran Funtasia, Hotel Bangi-Putrajaya!

8 ulasan:

  1. perhhhh menarik sungguh! Ini mata terjamu, perut pun sama terjamu ni. Will try insyaAllah

    BalasPadam
  2. wah rambang mata tengok juadah yang disediakan.

    BalasPadam
  3. Menarik menu menu yang ada. Nampak pun berwarna warni, segar mata-mata

    BalasPadam
  4. Terus rasa lapar ye tengok bulan puasa ni.. Hehe.. Jadi..jom iftsr di restoran funtasia..

    BalasPadam
  5. wah. banyak betul juadahnya. yummy

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sangat banyak... Dan sedap-sedap juga

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com