Ahad, 6 Mei 2018

Amber Chia Academy Annual Graduation Di Pavilion Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Amber Chia Academy (ACA) telah menghasilkan lebih daripada 100 juara dari pelbagai pertandingan seperti permodelan, contest kecantikan serta solekan. Baru-baru ini, satu acara tahunan ACA telah diadakan di Pavilion, Kuala Lumpur bersama dengan Inspirasi Cinta Lounge oleh Blu Inc. yang juga turut dihadiri lebih 300 tetamu dalam menyaksikan kira-kira 200 pelajar lepasan dari bidang permodelan, permodelan kanak-kanak, solekan dan juga gaya rambut.  


Amber Chia Academy "Spring / Summer 2018" Show Graduation

Dengan bertemakan "Spring / Summer 2018", ACA tidak melupakan kepada sokongan dan penaja yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam majlis yang penuh gilang gemilang itu. Antaranya ialah Presenter Pensonic, Penaja Utama Joseristine, Penaja Makeup Makeover rasmi Paris, Penaja Perhiasan Rasmi Thomas Sabo, Penaja Pakaian Rasmi Parkson, French Connection, KL, MARQ, MAVE, The Savile Row Com, Nerdunit dan De Institute of CreaHve Arts & Design oleh UCSI University; Kanak-kanak Rasmi Pakai Kenzo Kids dari Junior Lookbook Pavilion Kuala Lumpur; Rakan Kongsi Media Sosial Rasmi Seperti Media; Juara Penaja Minuman Rasmi D Fruitz; dan yang terakhir adalah Penaja Tempat Pavilion Kuala Lumpur.



Amber Chia Academy Annual Graduation Di Pavilion Kuala Lumpur

Majlis turut dipengerusikan oleh pelajar alumni ACA iaitu Nigel Chin yang juga merupakan juara Cleo Malaysia's Most Eligible Bachelor 2015 bersama perunding imej, Ky Malupa iaitu Miss Globe International Filipina 2004.

Pada setiap acara tahunan ACA, setiap pelajar akan diminta untuk membuat satu pertunjukan awam pertama dan mempamerkan graduan-graduan ACA secara langsung. Acara pada malam itu membolehkan semua graduan menggunakan segala teknik yang telah dipelajari dalam bentuk pertunjukan fesyen serta gaya santai, solekan dan gaya rambut yang boleh membanggakan keluarga, kawan, guru, pengetua serta pakar industri professional yang hadir.




Kombinasi antara Desmond Yoi, guru makeup dengan Yannie Wong, guru Art Nail telah menghasilkan karya yang hebat dan mantap dalam pertunjukan pada malam itu. Yoi menginspirasikan pelajar lelakinya dengan memberi pendedahan kepada diri masing-masing. Manakala pelajar perempuan diberi harapan dan berusaha mencipta seni terbaik dalam karier masa depan mereka. Jadinya, kedua guru ini mempercayai para pelajarnya untuk mengetengahkan bakat masing-masing diperagakan di hadapan khalayak ramai.

Pada tahun lalu sahaja, ramai pelajar ACA telah memenangi pelbagai pertandingan #AcademyOfWinners sebagai pemenang utama Face of Asia 2017 (Jesiey Giam), Face of Asia Pacific 2018 (Joey Yong), Miss Jewellery Hong Kong 2017 (Kimmy Low), Face of Malaysia 2017 (Ooi Jin Hoon), Face of Malaysia 2018 (Jack Goh), Supermodel InternaKonal Malaysia 2017 (Lee Su Hsien), Miss Malaysia Tourism Metropolitan 2017 (Crystal Tung), Miss Tourism World Malaysia 2017 (Lynn Goh), Mrs. Asia International All Nations 2017 (Chilla Cha), Mrs. Asia International Global 2017 (Amanda Loh), Tiny Princess Malaysia - Little Miss Malaysia Pageant 2017 (Chanel Chan) dan juga beberapa lagi pertandingan lain yang turut dimenangi oleh mereka.


Sebagai penghargaan kepada pelajar ACA, terdapat 12 kategori yang telah dipertandingkan pada malam itu. Antaranya adalah:

MAKEUP
·         Most Promising Makeup ArKst (Bridal) 2018: CHAN WYE YI
·         Most Promising Makeup ArKst (Master) 2018: ASHLEY CHOY MUN YI

MODELLING (ADULT)
·         Most Promising Male Model 2018: CALVIN LEE CHENG NAM
·         Most Promising Female Model 2018: JOEY YONG CHOO YEE
·         Most Commercial Face (Male) 2018: GOH CHENG LAND
·         Most Commercial Face (Female) 2018: TEE WAN YING
·         Best Catwalk (Male) 2018: FONG JIA CE
·         Best Catwalk (Female) 2018: CHAN LEE XUAN

MODELLING (KID)
·         Most Promising Kid Model (Male) 2017: WONG JUN JIE
·         Most Promising Kid Model (Female) 2017: CHANEL CHAN SZE RONG
·         Most Commercial Face (Male Kid) 2017: TEOH JASTON
·         Most Commercial Face (Female Kid) 2017: CHARICE CHAN WAI YEE
























Bakat kecil turut diperagakan pada malam itu. Comel-comel je LeYa tengok model cilik dari ACA ni. Memang satu perasaan kagum bilamana mereka boleh melaksanakan tugas dengan baik sekali. Turut diperagakan juga koleksi pakaian dan produk-produk penaja untuk tatapan umum. LeYa memang rasakan ini adalah satu pertunjukan fesyen terbaik dan happening yang pernah LeYa turuti. 


LeYa dan rakan-rakan memang berpuas hati dengan pertunjukan fesyen yang telah diadakan itu. Memang tidak dinafikan, Amber Chia Academy merupakan satu platform yang mengajar golongan muda lebih berkeyakinan dan menunjukkan bakat yang ada pada diri masing-masing. Syabas dan sekalung tahniah LeYa ucapkan kepada Amber Chia dan Amber Chia Academy. 





Maklumat lanjut boleh layari seperti yang tertera di bawah:

Facebook:

Facebook:

Instagram:

22 ulasan:

  1. Meriah sangat majlis konvo ACA tu. Tahniah buat semua. Cantik2 baju tu semua. Model cilik paling menarik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan...comel je budak-budak tu kan... Dengan gaya dia berjalan masa tuh, memang sweet and cute sangat. Hehe..

      Padam
  2. The event is so fascinating. It is so adorable on those kids

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya... Its really nice and i like kids show.. so cute sangat

      Padam
  3. Oh My! Who doesn't know Amber Chia! A great place to learn the ropes on being a model. Learn from the best

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya... The best platform to be a supermodel. Hee..

      Padam
  4. Wahhh kenapa stage dia nampak macam wow sangat tu. cantik weyyyyyy. Btw amber chia ni lawa kot

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeah... Vogue sangat kan.. Hehe.. Yup. Amber Chia memang cantik dan tinggi lampai..

      Padam
  5. Omg for all the gorgeous dresses above! I love those luxurious fabrics :) Congrtas for the designers.

    BalasPadam
  6. majlis konvo ACA ni buat TB terpandang gaun-gaun pengantin yang lawa kat dalam gambar ni jea.. ada satu tu macam gaun yang actress Anzalna pakai masa kahwin tu kan? sangat cantik.. btw stage dia pun fuh.. awesome mesti belanja besar untuk sediakan macam ni kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Surely memang grand giler TB. LeYa masa sampai pun speechless dan WOW!!!

      Padam
  7. best nyerr! i love the stage and budak2 sume chomel jeee!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan.... LeYa pun teruja tengok budak-budak ni menggayakan fesyen mereka di stage. Memang comel sangat.

      Padam
  8. hebatkan akademi AC...tak sangka dapat melahirkan ramai pergaawati dan peragawan yang terbaik..tanamkan skil keberanian tu yg terbaik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye betul tu... ACA memang hebat... LeYa pun kagum dengan pengasasnya, Amber Chia

      Padam
  9. Congratulations to all graduands of Amber Chia Academy. I like the junior talents. They are so cute.

    BalasPadam
  10. Balasan
    1. Yes... You can try to get the best body like Amber.

      Padam
  11. The fashion show looks really young and fun! All the model cantik and handsome belaka =) Even the kids model is cute!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha... Kan... So cute and pretty... I like it too

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com