Friday, 23 December 2016

#MyTravelokaEscapade Seronoknya Bercuti ke Korea

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Bercuti ke Korea sudah lama LeYa idamkan. berangan-angan nak berWinter Sonata bersama suami a.k.a. Otomen Taro a.k.a. Mr. Faizol di sana menambahkan rasa hati untuk menakluk jejak kaki ke Korea. 


Satu pengalaman yang menarik dan indah akan LeYa semadikan apabila dapat bercuti ke Korea. Suasana dingin salju, musim bunga yang cantik atau musim luruhnya yang menarik, membuatkan LeYa begitu teruja nak sampai ke sana.  


Saat yang dinantikan. Satu contest anjuran Traveloka You Need A Holiday Lah! memberi peluang LeYa untuk cuba meraih hadiah lumayan berupa percutian menarik ke mana tempat yang kita hendak tuju. Banyak lagi hadiah menarik yang anda boleh menangi. Semuanya adalah PERCUMA ye. Kawan-kawan yang ingin juga untuk memenangi hadiah lumayan tersebut, bolehlah layari laman web TRAVELOKA. Di samping itu anda boleh terus tempah bilik hotel dan tiket sekali di situ.. Senang kan. Nak-nak sekarang ni ada promosi. Mesti korang semua teruja kan!

Ok, LeYa straight to the point. Dalam contest ni, Traveloka menyediakan 10 destinasi menarik dari dalam dan luar negara. Jadinya, step pertama, anda kena pilih salah satu destinasi menarik yang anda ingin tuju.  

 

Step atau langkah-langkah seterusnya untuk kawan-kawan menyertai percutian PERCUMA dari Traveloka, boleh ikutimya seperti di bawah ini:-

Seperti LeYa cakap di atas kan, LeYa sangatlah teruja untuk bercuti ke Korea. Jadi LeYa memilih untuk ke Korea. Dan LeYa kongsikan sedikit apa yang menarik di sana dan tempat menarik yang wajib LeYa nak pergi nanti. 

1. Insa-dong


Di sini, anda yang meminati dan ingin membeli hadiah dan cenderamata dari Korea untuk keluarga, rakan-rakan serta orang tersayang, mestilah singgah ke Insa-dong. Di setiap jalan-jalannya dipenuhi dengan kedai-kedai yang menjual cenderamata dengan harga yang agak berpatutan. Kalau anda fasih berbahasa Korea, bolehlah tawar menawar. Hehe... Di sini juga terdapat banyak barang-barang perhiasan seperti gelang, rantai dan lain-lain. Kalau nasib anda baik, anda akan dapat nikmati satu persembahan kebudayaan di sana. Sambil-sambil shopping, dapat juga belajar budaya Korea kan. Hehehe...

2. N Seoul Tower & Namsan Park



Ha!!! Kalau korang perasan dalam drama korea "Boys Over Flower", di mana Goo Joon Pyo dating dengan Jan Dia. Di sinilah, di N Seoul Tower atau lebih dikenali sebagai Namsan Tower inilah tempat mereka berdating. Di sini anda akan dapat melihat seluruh kawasan Seoul dengan menikmati pemandangan yang sangat cantik ketika di waktu malam yang dilimpahi cahaya lampu.

Di Namsan Tower ini juga terdapat Teddy Bear Museum dan juga Love Padlock yang penuh dengan kunci. Difahamkan untuk ke sini, kita perlu menaiki cable car dari Namsan Mount.


3. Myeongdong


Syurga fesyen dan kosmetik di Korea. Dikatakan di sini terdapat banyak kedai baju dan kosmetik sama ada indoor mahupun outdoor. Jika datang ke sini, kena jalan berhati-hati kerana terlalu ramai sangat orang. Dianggarkan seramai 1.500,000 orang melalui Myeongdong setiap hari.

4. Itaewon


Bagi pelancong Muslim, pastinya makanan halal sukar didapati di sana. Jangan Risau! Jika kita tercari-cari makanan halal di Korea, pergilah ke Itaewon. Terdapat banyak restoran halal di sana. Macam-macam piliham ada. Nasi Arab, Kebab, Masakan India dan Masakan Malaysia juga boleh didapati di sini. Masakan Korea yang halal pun ada di sini. 

Di Itaewon terdapat juga Masjid Besar Korea. Kepada pelancong muslim kalau melawat ke Korea mesti pergi ke sini juga ye. Lihat bagaimana syiar Islam bertapak di bumi asing. 

5. Nami Island


Wahhh!!! Bestnya kan... Lokasi penggambaran filem Winter Sonata suatu ketika dahulu. Destinasi pilihan yang sangat cantik tidak kira musim apa pun. 

Nami Island terletak di tengah Sungai Han tetapi agak jauh dari Pusat Bandar Seoul. Ada dua cara kita boleh ke sini. Pertama, dengan menaiki bas yang boleh didapati di Insa-dong. Kedua, dengan menaiki kereta api dari stesyen Chongyanggi dan turun di stesyen Gapyeong. Kemudian, naik teksi sehingga sampai ke jeti.

Tak sabarnya LeYa nak rasa keseronokan berbasikal ketika musim sejuk dan musim luruh bersama suami di situ. Memang sangat cantik!!

Banyak lagi lokasi menarik yang boleh dilawati. Cukup 5 lokasi ini yang LeYa betul-betul teruja nak singgah dan lihat keindahannya.  Okay lah.. Selamat Bercuti ye kawan-kawan(^_^)

-Gambar kredit ditujukan khas buat Mr Google yg awesome-
Reaksi kOrang:

1 comment: