Isnin, 5 Disember 2016

Memasak bersama Chef Muluk & InvolveAsia - Lazada + Nestle Maggi + Tefal

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah... Rezeki LeYa lagi pada petang Jumaat bersamaan 02 Disember 2016. LeYa dapat jemputan dari InvolveAsia untuk para blogger bersama masak-masak dengan Chef Muluk. Event ni bermula dari jam 2.30petang dan tamat jam 5.00petang. Memang sangat seronok dan teruja bila dapat main masak-masak dengan Chef Muluk.


Sebelum event start, jom berposing dulu dengan LeYa bersama ruang dapurnya yang sangat cantik susunannya.  Dah macam masuk pertandingan program masakan yang professional lak kan gaya LeYa tu...hehe...
 
Nicely kan aturan ruang dapurnya. LeYa suka sangat. 


Dan... ketibaan Chef Muluk pun muncul di ruang dapur. Ketika ini Chef sedang mempromosikan produk utama iaitu kuali dan periuk non-stick berjenama Tefal.


Kemudian, diikuti pula dengan kata-kata aluan dari wakil Maggi. Usai ucapan dari wakil Maggi tersebut, Chef Muluk pun terus memulakan aksinya memasak di dapur. Chef yang sangat mesra dan kelakar. Memang best tengok cara masakan beliau.

 
 
Ini adalah masakan pertama beliau iaitu Paella. Nampak mudah je bila tengok chef professional buat. Tapi, memang chef kata mudah je nak sediakannya. Gunakan apa sahaja yang ada untuk bahan-bahannya. Memadailah dengan udang dan sotong jika ada. Yang paling penting watak utamanya adalah beras. Berasnya adalah beras Jepun.

 Paella pun sudah siap untuk dihidangkan kepada semua. Memang sedap uolls.. Perfect cooked. Nasi dia pun nice je masak. Kemudian, Chef Muluk terus ke resepi kedua iaitu Salad Maggi.


 Look!!! Siapa cakap Maggi tidak berkhasiat kan. Jika kita kreatif untuk memberi khasiat dalam makanan kita, pasti boleh lakukan dengan apa cara sekalipun. Menu kedua ini sangatlah senang untuk dibuat. Yang lecehnya sedikit adalah grill chicken dan potong kecil nipis-nipis. Sebelum tu, maggi sudah pun direbus. Then, untuk sayur-sayuran, korang boleh guna apa sahaja yang korang suka. Gaulkan kesemua nya bersama flavour maggi yang ada dalam setiap paket. Then, hidangkan mengikut kreativiti anda untuk lebih menarik sebelum dimakan. Bak kata Chef, sebelum jamu perut, kena jamu mata dulu. Barulah seronok nak makan.

Selesai sahaja kedua menua dari Chef Muluk, tibalah ke acara kemuncak. Setiap blogger dibahagikan kepada 5 kumpulan iaitu Team A - Team E yang terdiri dari 5orang ahli. Okay, LeYa dapat Team C dan bersama rakan blogger yang sangat happening dan awesome sekali. Team LeYa kali ni 1Malaysia taw. Ada Melayu, Cina & India. Best kan...

 
Let's chill with Team C.Kak Halimah, 2 dari kiri menjadi ketua kami kerana beliau lebih berpengalaman dalam bidang masakan ni.

Guys, Look!! That's our ingredients for us to cook today. And Kak Halimah cakap Team C masak menu Ikan Pari Asam Pedas + Sayur Labu Campur Tumis Air.


Jeng...Jeng...Jeng... Siap 2 menu dari kami, Team C. Sedap kan nampak. Memang sedap pun... Yummy!!



Kasi zoom sikit hidangan yang kami sediakan petang ni. Om nom nom... Lapar balik LeYa rasa bila tengah menaip entry ni.
 

Bersama Team C yang awesome: Dari Kiri; Hanim, Me (LeYa), Eddy, Leeyan & Kak Halimah. Dan tidak lupa juga pada rakan-rakan blogger yang turut sama memeriahkan event petang tu. 



Sementara menunggu keputusan dari juri, kami dihidangkan dengan makanan ringan yang sangat sedap sehingga nak tambah lagi.

 
Sambil makan makanan yang dihidangkan, kami juga diberi penerangan oleh wakil InvolveAsia mengenai bagaimana menjadikan blog kita sebagai platform bisnes. WoW! Memang best sangat. Selain dapat bersama rakan-rakan blogger dan Chef Muluk, LeYa juga dapat ilmu yang lebih bermanfaat untuk blog LeYa.


Dan... tibalah ke acara pengumuman pemenang bagi kategori kumpulan masakan yang terbaik. Kesemua ahli dalam setiap kumpulan bersorak nama kumpulan masing-masing. Meriah pada ketika itu kedengaran di corong telinga LeYa. Nasib tidak menyebelahi Team C petang itu. Team E menjadi pemenangnya.


Sebelum pulang, LeYa sempat bergambar dengan Chef Muluk. LeYa memang sangat seronok dapat join event petang tu. Kami juga diberi giveaway untuk dibawa pulang. Setiap seorang satu beg berisi produk-produk maggi, kuali Tefal dan Voucher RM30 dari Lazada. 
 

Banyak kan stok Maggi yang LeYa dapat. Actually, ni gabungan dari Giveaway Otomen juga. Lagi bertambah la stok LeYa dan Otomen. LeYa mengucapkan syukur atas rezeki yang diperolehi dan terima kasih kepada pihak penganjur atas jemputan kepada LeYa. LeYa memang dapat pengalaman yang sangat manis dan seronok bersama blogger dan lain-lain.

4 ulasan:

  1. hahahaha...syok kan...thank you wish kita menang..muahahaha

    BalasPadam
  2. fuhyoooo bestnya !!!! sedap makanan tu :(

    BalasPadam
  3. Chef Muluk ni orang mane? Terigt satu cte aaron aziz berlakon exactly setting cani :)

    BalasPadam
  4. Salam kembali Leya. Nany cuma perasan Kak Halimah tu jer ha sebab memula smpi terus duduk satu meja ngan dia and sama2 amik gambar. Sedapnya asam pedas tuh, tak sempat nak rase. Hehhe

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com