Sabtu, 17 Disember 2016

Sinopsis Drama Biar Aku Jadi Penunggu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Sinopsis Drama Biar Aku Jadi Penunggu

Iffat Hamani dan Muhammad Afeef Adwan merupakan sahabat baik sejak dari bangku sekolah lagi. Mereka bersetuju untuk berkahwin atas kepentingan masing-masing selain berani memperjudikan masa depan sendiri demi kebahagiaan orang tersayang.

Iffat menaruh harapan yang tinggi agar ada sinar kebahagiaan yang datang selepas berkahwin agar cita-cita mereka tercapai. Dia sangat percaya dengan janji yang diberi oleh Afeef kerana sangat yakin atas persahabatan mereka yang sudah lama terjalin. Dia tetap setia menunggu walaupun sebenarnya dia sedar hatinya sedang dilukai.

Afeef sangat bahagia dengan apa yang dimilikinya kerana semua hajatnya telah pun tercapai. Dia terlalu leka dengan kebendaan yang dia ada sehinggakan terlupa akan seseorang yang setia menanti janjinya sewaktu ketika dahulu walaupun tidak pernah dituntutnya.


Lakonan Janna Nick (Iffat), Ashraf Muslim (Afeef), Octovia Menrose (Damia Hani), Shah Iskandar (Fazree), Miera Lyana (Hayati), Azah Azmi (Afia), Lan Siro (Lokman), Mahmod Ali Bashah (Dato Azman) dan Wilma Mohamad (Datin Maimon) akan menggegarkan televisyen anda di Slot Akasia TV3, terbitan Saphire Screen. Drama ini diarahkan oleh Michael Ang.

Nantikan kemunculan drama Biar Aku Jadi Penunggu adaptasi dari novel hasil nukilan Arsha ini pada 26 Disember 2016.


3 ulasan:

  1. Tak sabar nak tengok drama nie ☺☺☺

    BalasPadam
  2. Excellent post. I'd like to draft like this too - taking time and real hard work to make a great article. There are so many fun and exciting things to do and experience around the world that I thought I'd put together a list of my favourite Things to do for all travelers ...

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com