Isnin, 11 November 2019

Travelog Sabah | Singgah Makan Di Tempat Paling Best dan Shopping Di Sandakan Central Market

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Kali ni LeYa muncul lagi untuk Episod terakhir Travelog ke Sabah. Sakan betul kan LeYa jalan-jalan. Pantang ada tempat menarik, semuanya nak di perginya. Hahaha... Okay.. jom LeYa bawa korang tempat best yang boleh korang singgah bila berada di Sandakan.


Makan Malam Di Sandokan Seafood Restaurant

Setelah selesai ke Sepilok Orangutan Rehabilitation dan lokasi berdekatannya, kami bersiap siaga untuk menikmati hidangan makan malam terakhir di Sabah. Ini merupakan malam kemuncak kami sebelum bergerak pulang ke tanah air masing-masing.

Dalam pada itu juga, sesi ucapan dan penyampaian hadiah dilaksanakan kepada pemenang contest sepanjang trip kami 5 hari 4 malam meneroka Sabah. Tahniah LeYa ucapkan buat Illy Ariffin, Abg Rudy dan Max Lim.


Mengenai Sandokan Seafood Restaurant

Restoran Makanan Laut Sandokan ini merupakan lokasi baharu kepada pencinta masakan ini dan sememangnya sangat terkenal di Sandakan. Ia telah dibuka pada tahun 2018 dan terletak di Taman Pak Tak Jalan Airport Batu 7.

Walaupun baru dibuka, Sandokan telah menerima kunjungan pelanggan yang ramai dan juga kunjungan bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam lawatan kerjanya ke daerah itu.


Mungkin bukan rezeki kami malam itu untuk menikmati hidangan makanan laut. Namun, hidangan yang dihidangkan juga tidak kurang hebatnya. Sangat sedap dan sehingga kini terasa-rasa di tekak. Yang penting, kesemua pinggan licin. Ahahaha... Hebat betul masing-masing makan kan.


Kepada pengunjung dari Sandakan sendiri dan juga pengunjung luar yang nak datang ke Sandokan, sangat-sangat dialukan sebab makanannya memang enak dan harga pun berpatutan.

Alamat
No 197, Lot 3, Taman Pak Tak, Jalan Airport, 90000 Sandakan, Sabah

Waktu Operasi
10.00 pagi - 10.00 malam

Hubungi
089 - 667 177

Facebook


Hi Tea di San Da Gen Kopitiam dan Bergambar Sakan di Balin Rooftop Bistro

Keesokan harinya, sebelum ke Lapangan Terbang Sandakan, kami menikmati Hi Tea di San Da Gen Kopitiam dan meninggalkan kenangan dengan bergambar di panorama terindah Sandakan di Balin Rooftop Bistro.

Memang puas bergambar di atas melihat pemandangan Bandar Sandakan yang cantik dan cukup padat dengan penduduknya. LeYa memang boleh katakan lokasi ni sangat Instagrammable untuk korang taw.


 

Alamat
Balin Roofgarden Bistro & Bar
Nak Hote, Jalan Pelabuhan Lama, Pusat Bandar Sandakan, 90000 Sandakan, Sabah

Waktu Operasi
9.00pagi - 12.00 pagi (Isnin - Ahad)

Hubungi
089 - 272 988

Usai bergambar, kami turun ke bawah untuk menikmati sedikit makanan ala Hi Tea di San Da Gen Kopitiam. Sekali lagi LeYa dijamu dengan UFO Cheese Tart dan roti ala muffin. Memang sedap dan kenyang.



Alamat
Lebuh Dua, Pusat Bandar Sandakan, 90000 Sandakan, Sabah

Waktu Operasi
8.00pagi - 5.00petang (Isnin - Ahad)

Hubungi
089 - 238 988

Facebook

Dapatkan Buah Tangan Dari Sandakan Central Market

Sebelum berangkat pulang, LeYa dan rakan-rakan jalan-jalan ke Sandakan Central Market untuk melihat-lihat apa yang ada dan boleh dibawa sebagai cenderahati kepada keluarga mahupun rakan-rakan yang berada di Semenanjung.


Sandakan Central Market ni terletak di Pusat Bandar Sandakan. Selain menjual sayur-sayuran, ayam, daging dan produk-produk kering seperti ikan bilis. ikan masin dan udang kering, pasar ini juga bersambung dengan pasar menjual hasil laut. Semuanya memang segar-segar kerana jeti nelayan berdekatan dengan pasar.


Bukan itu sahaja. Di sini juga terdapat jualan pakaian, aksesori wanita, kosmetik, kasut dan juga hiasan rumah. Memang banyak pilihan dan harga pun boleh ditawarkan sehingga puas hati. Medan selera pun ada disediakan bagi mereka yang nak menikmati makanan tradisi Sabah.

Alamat
Jalan Pryer, Pusat Bandar Sandakan. 90000 Sandakan, Sabah

Waktu Operasi
3.00pagi - 6.00petang

 

Dan kami pun menaiki Malaysia Airlines untuk pulang ke KLIA seterusnya ke pangkuan keluarga masing-masing. Percutian ini sungguh bermakna dan seronok buat LeYa kerana dapat berkenalan dengan kenalan baru dan mengeratkan lebih lagi hubungan dengan mereka ketika 5 hari bersama. Semoga hubungan ini kekal hingga bila-bila.

Entry ini dihasilkan dari program Media FAM Trip ke TAWAU-LAHAD DATU & SANDAKAN, Sabah yang berlangsung selama 5 hari 4 malam (11 - 15 September 2019) anjuran Tourism Malaysia dengan kerjasama Sabah Tourism Board dan Sandakan Tourism Association.

Baca juga kisah sebelumnya di sini

Travelog Sabah

Sabtu, 9 November 2019

10 Sunnah Rasulullah SAW Yang Mudah Diamalkan Dalam Kehidupan Harian

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya hari ini kita dapat meraikan Sambutan Maulidur Rasul 12 Rabiulawal 1441H bersamaan 09 November 2019. Kehadiran Nabi Muhammad SAW merupakan satu rahmat terbesar dan teragung yang Allah telah berikan kepada kita di alam semesta ini.


Maulidur Rasul

Sesungguhnya kelahiran Baginda Nabi Muhammad SAW adalah merupakan titik tanda kelahiran agama. Manusia pada ketika itu berada dalam kekufuran, kegelapan syirik dan tidak mengenal siapa pencipta mereka. Pada masa itu juga, penyembahan berhala-berhala merupakan satu penghormatan, perzinaan adalah suatu kebanggaan, mabuk dan berjudi berleluasa, merompak serta membunuh adalah suatu keberanian.

Lahirnya Rasulullah SAW yang diutus Allah, yang ditunggu oleh umat manusia untuk menghentikan semua kerosakan dan membawa kepada cahaya Ilahi. Islam yang kemudiannya membawa rahmat kepada sekalian alam. Mesej kerahmatan untuk sekalian alam menandakan bahawa Islam datang dengan mesej kesejagatan, iaitu sebagai agama yang tidak semata-mata untuk satu kaum, bangsa atau sesebuah kawasan. Melalui mesej kesejagatan ini sahaja jika diperhalusi sudah memadai untuk kita meyakini akan kebenaran agama Islam ini.

Nabi Muhammad SAW

Rasulullah SAW sebagai seorang insan kamil yang tinggi keperibadian dan tiada tolok bandingnya. Maka baginda perlu dijadikan ikon perpaduan ummah sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam susah dan senang)." (Surah Al-Ahzaab : 21)
Jelaslah, sesiapa sahaja yang menginginkan kehidupan di dunia hingga akhirat berjalan sempurna sebagaimana yang dikehendaki Allah SWT, maka tiada jalan lain kecuali kembali mengamalkan ajaran al-Quran dan Hadis dalam kehidupannya kerana al-Quran diturunkan sebagai petunjuk bagi orang yang bertakwa.

Oleh yang demikian, marilah kita merenung kembali sirah Rasulullah SAW dan mengkaji sendiri tentang manusia teragung ini dan peranannya dalam pembangunan manusia sejagat. Maulidur Rasul juga merupakan masanya bagi umat Islam untuk memperingati semula Rasulullah SAW. Dan seterusnya menjadikan contoh sifat dan kehidupannya kerana baginda adalah teladan terbaik. Jom kita amalkan 10 sunnah Rasulullah SAW yang mudah ini dalah kehidupan harian kita.

10 Sunnah Rasulullah SAW yang Mudah Diamalkan Dalam Kehidupan Harian

1. Sebelum Tidur

Sebelum tidur, kita disunnah untuk menutup pintu, tingkap, memadamkan lampu, berwuduk, bermuhasabah diri, mengibas-ngibas tempat tidur sebanyak 3 kali dan berbaring mengiring sebelah kanan.

Setelah itu, bacalah ayat Kursi, 3 Qul iaitu surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas. Kemudian, hembuskan pada tapak tangan dan usapkan ke seluruh anggota badan. Sekiranya ketika tidur kita berasa terkejut, takut atau gelisah, disunatkan untuk membaca doa perlindungan.

2. Bangun dari Tidur

Setelah bangun dari tidur, disunatkan untuk mengusap wajah dengan tangan, seperti sabda Nabi SAW:
"Rasulullah bangun tidur kemudian duduk sambil mengusap wajahnya dengan tangannya." (Hadis Riwayat Muslim)
Kemudian, membaca doa;
“Alhamdulillahillazi ahyana ba’da ma amatana wa ilaihinnusyur (Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah kami dimatikanNya dan kepadanNyalah kami dikembalikan)." (Hadis Riwayat Bukhari)
3. Masuk dan Keluar ke Bilik Air/Tandas

Masuk dengan kaki kiri dan membaca doa;
“Allahumma inni a’uzubika minal khubusi wal khaba’is (Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadau dari godaan syaitan lelaki dan perempuan).” (Hadis riwayat Bukhari Dan Muslim)
Keluar dengan kaki kanan sambil membaca doa;
“Ghufranak (Aku memohon ampun kepadaMu).” (Hadis Riwayat An-Nasa’ie)
4. Ketika Berpakaian

Disunatkan untuk membaca "Bismillah" ketika hendak memakai pakaian dan apabila ingin melepaskannya. Hakikatnya, membaca "Bismillah" ini disunatkan untuk setiap perbuatan. Memulakan bahagian sebelah kanan ketika memakai pakaian dan sebelah kiri apabila ingin menanggalkannya.

Doa memakai baju/pakaian;
"Segala puji bagi Allah yang telah memakaikan kepadaku pakaian ini dan telah memberikan rezeki pakaian ini kepadaku tanpa ada daya dan kekuatan dariku." (Hadis Riwayat Abu Daud, At Tirmizi dan Ibnu Majah)
5. Ketika Masuk dan Keluar Rumah

Ketika hendak keluar dari rumah, disunatkan untuk membaca;
“Bismillahi tawakkaltu alallah, wa la haula wala quwwata illa billah (Dengan nama Allah, aku bertawakkal kepada Allah. Dan tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah).” (Hadis Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi.)
Manakala ketika hendak masuk ke dalam rumah pula, disunatkan untuk mengucapkan bismillah, memperbanyakkan zikir kepada Allah dan mengucapkan salam sama ada rumah tersebut ada orang atau tidak.

Ini kerana syaitan akan berkongsi tempat tinggal dengan kita, apabila penghuninya tidak menyebut nama Allah ketika memasukinya.

6. Ketika Memakai Kasut/Sandal/Selipar

Rasulullah saw mengajar kepada kita untuk memulakan kaki kanan apabila hendak memakai kasut/sandal atau selipar dan apabila melepaskannya dimulakan dengan kaki kiri.

Hal ini seperti diriwayatkan dari Abu Hurairah r.anhu bahawa Rasulullah saw bersabda,
“Jika kalian memakai sandal, maka dahulukanlah kaki kanan, dan jika melepaskannya, maka dahulukanlah kaki kiri. Jika memakainya maka hendaklah memakai keduanya atau tidak memakai keduanya sama sekali.” (Hadis riwayat Bukhari Dan Muslim)
7. Ketika Makan Dan Minum

Sebelum dan selepas makan, disunatkan untuk berdoa. Apabila terlupa membaca doa sehingga makanan sudah habis dimakan, ucapkanlah,
“Dengan nama Allah pada awal dan akhirnya.” (Hadis Riwayat Abu Daud Dan At-Tirmizi)
Antara sunnah ketika makan dan minum ialah memulakan dengan menggunakan tangan kanan dan mengambil makanan yang paling hampir dengan kita. Tidak meniup makanan atau minuman, menjilat jari-jemari untuk membersihkan sisa makanan, tidak mencela makanan apabila tidak menyukainya, tidak membazir, duduk dengan sopan atau bersimpuh.

8. Mengucap Salam Dan Bersalaman

Apabila bertemu dengan sesama Muslim, disunatkan untuk kita mengucapkan salam, “Assalamualaikum atau Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh”, sama ada pada orang yang kita kenal atau tidak. Kemudian, bersalam-salaman.

Hal ini seperti sabda Baginda saw;
“Keutamaan dalam Islam adalah dengan memberi makan dan mengucapkan salam pada orang yang kamu kenali atau tidak kenal.” (Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim) 
“Kedua orang muslim yang bertemu kemudian bersalaman, maka diampuni dosanya sebelum keduanya berpisah.” (Hadis Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi Dan Ibnu Majah)
9. Senyum

Senyum merupakan ‘sedekah’ yang paling mudah untuk dilakukan oleh setiap orang, dan Rasulullah saw adalah orang yang paling pemurah dengan senyuman yang tak lekang di wajahnya. Hal ini membuatkan orang sekeliling senang padanya.

Abdullah bin al-Harith r.anhu berkata,
“Aku tidak pernah melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW.” (Hadis Riwayat At-Tirmizi)
10. Berzikir

Amalan berzikir juga merupakan perkara kebiasaan yang dilakukan oleh Baginda Nabi SAW. Bahkan, lidah Baginda tidak lekang memuji nama-nama Allah yang indah tidak mengira waktu.

Selain menggunakan lisan atau lidah, kita juga boleh berzikir melalui hati sama ada ketika berdiri, duduk atau berbaring.

Sesungguhnya, dengan berzikir akan membuatkan hati kita tenteram, seperti firman Allah swt;
“Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, maka hati menjadi tenteram.” (Ar- Ra’d : 28)

Selamat menyambut sambutan Maulidur Rasul 2019/1441H

Khamis, 7 November 2019

Meningkatkan Kemahiran Golongan Muda Mendepani Cabaran Masa Depan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini, seperti yang kita tahu dunia semakin berubah maju mengikut trending gaya hidup dan persediaan kemahiran pekerjaan yang diperlukan dalam mendepani cabaran akan datang.

Atas aspirasi itu, LeYa telah menyertai satu majlis "Earn while you Learn" - Program Penajaan Industri (ISP) ke Skim Perantisan Kemahiran bagi merubah masa depan lebih berkemahiran Malaysia yang dilancarkan oleh AIMSMET GLOBAL dengan kerjasama Institut Pengurusan Perdagangan (ICM), United Kingdom. 


Meningkatkan Kemahiran Golongan Muda Mendepani Cabaran Masa Depan

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa kerajaan akan menekankan pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional (TVET) di bawah Visi Kemakmuran Bersama dalam usaha meningkatkan peluang pekerjaan khususnya kepada rakyat menerusi kecekapan skill kemahiran. Tun Dr Mahathir ada menyebut lagi TVET memainkan peranan penting dalam meningkatkan kemahiran pekerja dan latihan itu harus dibuat terlebih dahulu. 

Visi Kemakmuran yang dikongsi akan merangkumi Rancangan Malaysia ke-12 dan ke-13, yang meliputi 10 tahun bermula tahun 2021 sehingga 2031. Oleh itu, pelancaran ISP untuk Skim Perantisan Kemahiran bersama AIMSMET LIFESTYLE SERVICE sebagai perintis adalah program yang tepat pada masanya selaras kempen kerajaan dalam mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia dan meningkatkan kecekapan mahir di kalangan belia untuk bergerak ke arah ekonomi digital.


Menyedari keperluan kerjaya dan tuntutan industri, program ini telah dikelolakan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Satu lawatan rasmi ke pejabat Menteri telah dibuat oleh Pengerusi Kumpulan AIMSMET, Profesor Dato' Dr Jayles Yeoh, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Pengurusan Komersial, Encik Adair Ford dan Ketua Pegawai Eksekutif Perkhidmatan Gaya Hidup AIMSMET, Cik Alice Hoang untuk memeterai perjanjian menerusi tandatangan plak oleh Menteri dan Ketua Pegawai Eksekutif ICM,UK.

Hasil dorongan itu telah membuka peluang kepada golongan muda untuk menyertai program ini dalam meningkatkan skill kemahiran pekerjaan di masa akan datang. Matlamat program ini adalah untuk menarik golongan muda Malaysia tanpa mengira pengalaman mereka, ke dalam alam pekerjaan dan mempersiapkan mereka dengan kemahiran dan pengalaman yang bersesuaian di bawah program ICM.


Berdasarkan kajian Jawatankuasa Pemantauan Kemahiran Kritikal (CSC), dua pekerjaan yang berada di tahap kritikal kini mempunyai kekurangan tenaga kerja adalah pekerjaan dalam bidang perkhidmatan dan jualan. Antara sebabnya ialah kurang fasih berbahasa Inggeris, kurang kemahiran komunikasi, kurang skill serta kemahiran perkhidmatan pelanggan dan kurang dari segi keupayaan pembahagian tugas. Oleh itu, sektor runcit terutamanya dalam bidang penyediaan makanan memerlukan penyelesaian segera untuk melatih rakyat Malaysia ke arah mendepani masa hadapan.

Sejak pengenalan awal Program Penajaan Industri pada September 2017 dengan ACT Hubs Sdn Bhd pada tahun 2018, AIMSMET mempunyai lebih daripada 30 industri daripada bidang penyediaan Makanan & Minuman hingga ke bidang Ekonomi Digital kepada Perkhidmatan Pelanggan seperti Syarikat Kopi Starbucks, McDonald's (Gerbang Alaf Restoran), MarryBrown, Only World Group (OWG), Watsons dan banyak lagi. Mereka juga telah menaja lebih daripada 80 pelajar lepasan sekolah dan graduan dalam program ICM.

Melalui pergerakan ini, kemahiran, minat dan sumbangan setiap individu akan memacu pembangunan modal insan di setiap organisasi ke arah penguasaan kemahiran maju dan pembelajaran sepanjang hayat.


Bersempena dengan pelancaran "Earn while you Learn" - Program Penajaan Industri, satu perbincangan ahli panel diadakan mengenai topik, "Peralihan Paradigma dalam Pendidikan & Latihan - Model Perintis Mahir". Seramai 200 pelajar universiti, pendidik dan mereka yang bergiat aktif dalam industri hadir bagi memperoleh pengetahuan dan pandangan industri. Ia merupakan pengalaman dan perkongsian ilmu terbaik dari ahli panel yang dijemput hadir iaitu Dato' Sri Michael Kang, Presiden SME Malaysia, Datuk Dr Chef Wan, Chef Selebriti, Datin Winnie Loo, Pengasas A Cut Above, Dr Janson Ang, Pengasas The Giving Bank Organization dan Encik Adair Ford, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Pengurusan Komersil, UK.

 

Menurut Prof. Dato' Dr Jayles Yeoh, Pengerusi AIMSMET Group, Tujuan Program Penajaan Industri ini adalah untuk mengurangkan jurang perbezaan dan mempercepatkan proses pengeluaran pekerja yang berpengetahuan dalam sektor swasta. AIMSMET bercita-cita tinggi untuk merevolusikan pemikiran akademik dengan memperkenalkan pendidikan kehidupan sebenar. 

Dengan sokongan berterusan daripada pihak kerajaan dan swasta, cita-cita untuk menjadikan Malaysia sebagai peneraju global dalam menyediakan Pekerja Pengetahuan Berkualiti Tinggi untuk pelbagai industri dapat direalisasikan. 


Bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju, modal insan Malaysia perlu dibangunkan dengan program seperti AIMSMET: Program Penajaan Industri untuk mengurangkan jurang perbezaan pendapatan bagi mereka yang tinggal di kawasan luar bandar. 

Selaras dengan semangat kemakmuran bersama dalam Belanjawan 2020, Malaysia mampu mencapai kemajuan besar dalam pembangunan modal insan serta mencapai matlamat sebagai negara kompetitif pada skala global.

Harapan semoga program ini dapat dilihat dengan perkembangan positif terutama dari sektor ekonomi agar dapat menyediakan pekerja pengetahuan mahir untuk Pelaburan Langsung Asing (FDI) ke negara ini.


Rabu, 6 November 2019

Travelog Sabah | Destinasi Flora & Fauna Di Sandakan Yang Wajib Diterokai

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Okay bertemu lagi dalam episod travel LeYa di Sabah. Jika sebelum ini, LeYa ada bawa korang Menjejaki Sejarah di Sandakan, jadi kali ini LeYa nak bawa korang ke tempat menarik yang lain yang wajib korang singgah. Jom ikuti cerita di Blog LeYa.


1) Sepilok Orangutan Rehabilitation Centre

Di sini korang boleh lihat sendiri Orang Utan yang mendiami habitat semulajadinya serta berpeluang menyentuh spesies yang makin pupus.


Pusat Penjagaan Orang Utan ini meliputi kawasan lebih 40km persegi dan ianya terletak di dalam sebuah hutan simpan. Pusat ini menjadi tempat untuk melatih dan mengajar anak orang utan yang terpisah dari ibunya agar mampu berdikari untuk meneruskan hidup sendiri setelah dilepaskan di hutan simpan ini.


Kat sini juga ada disediakan kemudahan platform pejalan kaki menuju ke hutan simpan buat para pelancong menerokai kawasan sekeliling dan melihat lebih dekat spesies orang utan. Difahamkan lagi, waktu terbaik untuk datang ke sini adalah waktu beri makan orang utan iaitu sekitar jam 10 pagi dan 3 petang kerana terdapat bilangan orang utan yang banyak.

Korang yang excited untuk melihat dan menyentuh orang utan ni harus sentiasa berwaspada juga ye. Sebab? Mereka ni lebih kuat enam kali ganda dari kita, manusia. Kang tak pasal-pasal cedera pulak kita tengah-tengah bercuti tu kan!


2) Rainforest Discovery Centre (RDC)

Seperti yang korang lihat namanya sudah tentu korang dah tahu lokasi kedua ni. Rainforest Discovery Centre (RDC) merupakan pusat pembelajaran alam sekitar yang dibangunkan sekitar tahun 1996 untuk menjadi tempat pelancongan dan pusat pembelajaran alam sekitar yang popular di Sabah. RDC terletak di hutan simpan Sepilok-Kabili. RDC diwujudkan bertujuan sebagai pusat pembelajaran alam sekitar kepada pelajar atau guru dan telah dibuka kepada umum sejak Ogos 2007 lagi.


Korang boleh lihat pemandangan hijau dari puncak canopy walk dan merasai sendiri kedamaian di sana. Selain itu, terdapat juga kicauan burung-burung hutan di sepanjang perjalanan korang merentasi Canopy Walk itu pasti menenangkan.



3) Borneo Sun Bear Conservation Centre

Satu lagi tarikan menarik yang korang boleh lihat dan singgah adalah Borneo Sun Bear Conservation Centre. Lokasinya bersebelahan dengan Sepilok Orangutan Rehabilitation Centre yang hanya berjalan kaki sahaja untuk ke situ.


Sun Bear atau nama saintifiknya Helarctos Malayanus merupakan spesies beruang yang paling kecil di dunia dan ianya juga merupakan beruang yang paling tangkas memanjat pokok. Dalam masyarakat Melayu & Indonesia, Sun Bear ini lebih dikenali dengan Beruang Madu. 

Malangnya hari ini, dek aktiviti pembalakan dan pemburuan haram, Sun Bear ini semakin terjejas di Asia. Jadi, dengan penubuhan Pusat Pemuliharaan Beruang Matahari Borneo ini, ia mampu menyelamatkan populasi beruang daripada pupus dek kerana manusia yang tidak berperikemanusiaan.


Yang bestnya korang mesti teruja melihat kecomelan dan kelincahan Sun Bear ini bermain-main di pokok. Siap korang boleh tengok lagi kebijaksanaan beruang comel ni kupas kelapa untuk mendapatkan isi dan airnya. Tapi korang kena ingat! Semasa lawatan, perlulah mematuhi peraturan untuk tidak mengganggu dan membuat bising kerana Sun Bear ini sangat sensitif dengan bunyi bising. Kalau nak tengok, silalah diam-diam ye! Hehehe...

Tarikan pelancongan di Sandakan yang sering menjadi tumpuan ramai pelancong luar adalah kawasan hutan simpan dan pulau. Jadi, jika korang pertama kali datang bercuti ke sini, LeYa sangat syorkan untuk korang pergi ke destinasi-destinasi yang mempunyai flora dan fauna untuk diterokai seperti yang dijelaskan di atas.

 

Entry ini dihasilkan dari program Media FAM Trip ke TAWAU-LAHAD DATU & SANDAKAN, Sabah yang berlangsung selama 5 hari 4 malam (11 - 15 September 2019) anjuran Tourism Malaysia dengan kerjasama Sabah Tourism Board dan Sandakan Tourism Association.

Baca juga kisah sebelumnya di sini

Travelog Sabah

Isnin, 4 November 2019

Sajian Hong Kong Yang Enak Hanya Di EATZ @ Hong Kong, The Gardens

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Owh Yeah!!! Saat yang dinantikan tiba. Menunggu waktu cuti Mr. Otomen Taro untuk jalan-jalan menikmati sajian luar di hujung minggu. So, kali ni LeYa dan Otomen Taro mencuba untuk berjimat dengan membelanjakan hanya RM100.00 di EATZ @ Hong Kong yang terletak di The Gardens, Kuala Lumpur. Apa yang menarik? Jom ikuti Blog LeYa.


EATZ @ Hong Kong

Korang pasti kadang-kadang teringin nak cuba masakan Chinese Style kan. Lagi penting sekarang ni, Muslim Friendly. Aha! LeYa nak bagitahu korang ni, EATZ @ Hong Kong merupakan restoran makanan cina yang menyajikan hidangan yang enak dan unik. EATZ @ Hong Kong ini diterajui oleh Ketua Chef, Kak Noor yang sangat arif dengan citarasa rakyat Malaysia yang berbilang kaum.  Dekat menu je terdapat lebih 100 menu menarik yang dihidangkan.


EATZ @ Hong Kong ni menyediakan pelbagai menu pilihan dari sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam. Ada juga snek ringan bagi mereka yang ingin bersantai dan light menu. EATZ @ Hong Kong juga menampilkan citarasa authentic Hong Kong kepada semua pencinta makanan Chinese Style. 




Dengan suasana restoran yang cukup cozy dan selesa, LeYa pasti ramai akan sukakannya. Jadi, tanpa melengahkan masa lagi dengan kelaparan perut kami yang melampau, LeYa dan Otomen Taro pun membelek satu persatu menu yang ada. Ehheemmm... Nampak semuanya menarik di situ! Tapi harus diingat! Kami kena berjimat dengan membelanjakan hanya RM100.00 sebagai satu usaha menggayakan duit perbelanjaan kami ke arah yang lebih penting. Hahaha... Acah kaw di situ LeYa.

Dan, semestinya kesemua menu yang dipesan sangatlah berbaloi dan sedap. Jom tengok apa yang kami pesan.

Hot Lemon Tea (RM5.80)

Red Bean Punch (RM9.80)

Benda pertama yang Otomen tak boleh nak ubah ialah minuman Teh O dia ni. Mana-mana kedai makan, mesti minuman ni saja yang dipesannya. Hahaha... Agak takde minuman lain nak di try. Its okay lah kan. Citarasa Otomen. Dan LeYa pula memilih untuk mencuba minuman Red Bean Punch yang mana ia adalah kombinasi air batu campur yang dikisar dan diletakkan dengan Kacang Merah dan susu segar. Rasanya? Auuummmm.... Memang sedap dan manis!

Swiss Sauce Chicken Wings Rice (RM16.80)

Ini memang rasanya kita sebagai orang Melayu dan Malaysia pasti cari makanan rutin iaitu Nasi. Bila dah dapat nasi, baru perut rasa kenyang dan aktif. Jadi, sekali lagi Otomen memesan hidangan Swiss Sauce Chicken Wings Rice sebagai Main Course kami. 

Memang berbaloi sangat sebab portionnya yang banyak dan boleh dimakan untuk dua orang dengan nasi, kepak ayam dan sayuran segar berserta sos nya yang sedap dan unik. Rasa sos tu LeYa boleh katakan semua rasa ada - masam, manis, pedas, masin.... Complete! Memang unik dan terbaik.

Australian Beef Striploin (RM37.80)

Menu kedua yang kami cuba! Favourite LeYa dan Otomen bila dapat tahu ada hidangan ni. Australian Beef Striploin ni kami minta ia dimasak dengan teknik Medium Rare untuk memberikan rasa daging tu lebih segar dan sedap ketika dimakan. 

Apa yang boleh LeYa katakan tentang Australian Beef Striploin ni? Ternyata sangat sedap dengan dagingnya yang lembut dan juicy. Masa first tengok macam tak cukup je. Tapi bila dah makan memang kenyang. Ditambah lagi dengan kentang goreng dan sayur brokoli segar. Memang tak dapat digambarkan keenakan hidangan ni. Korang must try kalau singgah ke EATZ @ Hong Kong ni tau!

Chicken Popcorn (RM11.80)

Tak cukup itu. Kami tambah lagi dengan menu Chicken Popcorn yang didatangkan di dalam bucket dan sos pencicah. Ya Allah! Rangup dan sedap tak terkata guysss lepas gigitan pertama memakan Chicken Popcorn ni. 

Peek-A-Boo (RM19.80)

Yeehaa! Inilah pilihan kegemaran LeYa yang dinanti-nantikan. Pilihan desserts juga ada pelbagai dan LeYa memilih untuk menikmati desserts Peek-A-Boo yang mana ia mengandungi pisang, aiskrim vanilla dan muffin cake yang di dalamnya ada coklat yang sedap sekali. Memang berbaloi dan kesemua yang kami order sangat sedap.

MS Souffle (RM15.80)

Banyaknya kau order LeYa oooiii... Okay ni part last. Korang kalau singgah ke EATZ @ Hong Kong, jangan lupa untuk cuba rasa MS Souffle ni taw. Memang sedap dan recommended. 

Selain itu juga, di atas meja terdapat tambahan cili untuk sesiapa yang inginkan lebih kepedasan. Maklumlah rakyat Malaysia ni kan suka yang pedas-pedas. So, memang ada disediakan untuk yang kaki pedas macam LeYa. Hahaha....


Settle makan! Perut kami kekenyangan sangat dan berpuas hati dengan semua hidangan yang dipesan. Korang yang nak datang dan lalu lalang di The Gardens Mall ni, LeYa sarankan singgah dan rasai kelazatan hidangan di sana. Memang sure and confirm tak akan menyesal punya. Harga pun affordable sangat-sangat.


Lokasi
Mid Valley Megamall, Lot LG-240, Lower Ground, 
Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur.

Website
https://www.eatzhk.com.my/

Facebook

Instagram

Jumaat, 1 November 2019

Travelog Sabah | Mencuba Makanan Borneo Di Festival Makan Sandakan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Dah penat melawat tempat menarik di Sandakan, rugi pula rasanya jika tak mencuba makanan-makanan yang ada di Sandakan tu kan. Jadinya, dah ada di Bandar Sandakan ni, LeYa dan rakan-rakan diberi peluang menikmati keenakan makanan di Festival Makan Sandakan 2019 yang berlangsung pada 13 hingga 15 Septermber itu.


Rugi sangatlah kan dah sampai sana tak merasai segala makanan di sana. LeYa turut mencuba dan menikmati pelbagai makanan orang Borneo yang tidak ada pun dijual di Semenanjung. Walaupun tidak banyak menu Borneo, tetapi memadai dan LeYa puas menikmati makanan yang ada.


Setibanya LeYa di kawasan fetival tu, satu perkataan yang terbit dari mulut iaitu WoW! Meriahnya! Teruja betul LeYa nak explore kawasan festival ni dan merasai kesemua makanan yang ada di situ.

Kehadiran LeYa dan rakan-rakan iaitu wakil media dari pelbagai platform media sosial, akhbar dan media massa dari Malaysia dan Singapura disambut baik oleh orang-orang Sandakan. Memang baik-baik penduduk di situ.


Majlis bermula dengan persembahan muzik yang hebat dan berbakat dari band kanak-kanak berusia 13 tahun. Kemudian, ia disusuli dengan pelancaran bersempena Festival Makan Sandakan 2019 yang berlangsung selama 3 hari itu.

Setelah itu, kami pun bergerak melihat kawasan dan mencari makanan yang boleh dicuba dan dinikmati. Ternyata perut sangat kenyang dengan keenakan makanan orang Borneo yang dihidangkan di setiap gerai di situ. Yummy!

Sekitar Majlis Festival Makan Sandakan 2019

Takoyaki

Cendol Durian. Memang Terbaik!


Aiskrim Durian Musang King

Aha! Korang tengok ni. Bukan kaleng-kaleng tau! Nampak macam biasa tetapi rasanya sangatlah sedap. Tak caya tengok wajah kawan-kawan LeYa yang tak cukup satu membeli makanan yang ada di situ. Penuh meja makan di ruang kedai Crowd99 dengan hidangan makanan kami. Owner kedai pun sporting uolls. Sebab tu jadi tempat lepak kami berjam-jam juga. Ahahaha...


Dalam pada itu juga, LeYa dan 3 lagi rakan mencuba masuk pertandingan makan "UFO Cheese Tart" bagi menambahkan lagi kemeriahan dan keseronokan ketika berada di sana. Walaupun tidak memenangi pertandingan tersebut, tetapi ia cukup bermakna dan yang paling penting happy bersama rakan-rakan.

Pertandingan makan UFO Cheese Tart. Seronok sangat!

UFO Cheese Tart

Malam tu memang kami semua kelaparan. Jalan-jalan dan melihat apa yang menarik di situ. Memang banyak dan rambang mata nak memilih. Bukan setakat makanan Borneo, makanan dari Indonesia dan Semenanjung pun ada. Jadi, bagi yang mungkin susah nak masuk tekak tu, bolehlah pilih makanan rutin harian masing-masing kan. Tapi rugilah sebab tak dapat menikmati makanan baru macam LeYa ni. Apa sahaja boleh makan, tolak batu dan kayu je. Hahaha...


Tidak cukup itu, pada petang keesokannya kami ke tapak festival untuk merasai sekali lagi makanan Borneo yang enak-enak sebelum pulang ke Semenanjung. Dah datang tu, rugi tak rasa makanan orang sana kan! Jadi, di kesempatan tu, memang LeYa balun habislah makanan-makanan baru yang ada. Hehehe...

Buah Tarap

Apa yang menarik petang tu, LeYa dapat merasai sejenis buah yang tidak ada di Semenanjung. Ia dikenali dengan nama Buah Tarap. Buah Tarap seakan-akan cempedak tetapi bulat dan isinya putih berserta sangat manis tau uolls. Memang tak cukup kalau makan seulas je. Pasti nak lagi dan lagi. Hehehe...


Okay... Korang yang terlepas untuk ke festival ni, jangan risau! Sebab mana tahu tahun depan ada lagi. Nanti korang boleh Save the Date untuk ke sini ye. Bagi korang yang nak usha gambar menarik LeYa dan kawan-kawan sepanjang kembara kami ke Sabah, boleh klik hashtag #TourismMalaysia #MalaysiaTrulyAsia #vm2020 #cuticutiMalaysia #GoSabahExperienceMore #SabahOkBah #SyiokOSabah #MalaysianHospitality dan #MasWingsMates.


Sehingga berjumpa lagi kawan-kawan di percutian yang akan datang. Ternyata korang memang awesome!

Entry ini dihasilkan dari program Media FAM Trip ke TAWAU-LAHAD DATU & SANDAKAN, Sabah yang berlangsung selama 5 hari 4 malam (11 - 15 September 2019) anjuran Tourism Malaysia dengan kerjasama Sabah Tourism Board dan Sandakan Tourism Association.

Baca juga kisah sebelumnya di sini

Travelog Sabah