Khamis, 11 Januari 2018

Nasi Ayam Baker's Cottage, AEON Taman Equine

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Baker's Cottage sememangnya sudah terkenal dan berada di AEON Mall Taman Equine, Seri Kembangan, Selangor. Itulah yang telah diperkatakan oleh kebanyakan orang apabila bercerita tentang lokasi pilihan makanan di Baker's Cottage ini. Kesempatan LeYa dan Otomen dalam Singgah Petang telah memberi peluang untuk merasai sendiri keenakan Nasi Ayam Roasted Chicken dan Nasi Ayam Honey Chicken yang menyelerakan. 


Baker's Cottage Ada Menyediakan Nasi Ayam

Usai dari kerja, kami ke AEON Mall Taman Equine untuk berjalan-jalan petang sambil membayar bil pinjaman AEON Credit di situ. Kepenatan kami hampir seharian di tempat kerja terubat apabila dihidangkan dengan minuman Ice Lemon Tea dan Pepsi bersama sepinggan nasi ayam. Oleh kerana LeYa dan Otomen memang peminat nasi ayam, hidangan ini umpama pucuk dicita, ulam mendatang. Orang mengantuk disorongkan bantal. Memang sedap bila dapat menikmati hidangan yang digemari.



Selera Rasa Enak di Baker's Cottage

Selain nasi ayam, Baker's Cottage juga sebenarnya terkenal dengan aneka kek dan roti. Kiranya, nasi ayam ini adalah menu tambahan kepada menu sebenar di sini. Namun, ia memadai dengan nasi ayam yang cukup popular untuk memenuhi selera rasa perut kami yang dalam kepenatan selepas pulang dari bekerja. Bila dah pekena Nasi Ayam Roasted Chicken dan Nasi Ayam Honey Chicken, memang dah tak pandang kiri kanan dah... Tak percaya? Tengok sendiri otomen tuh. Si isteri mengambil gambar pun dah tak hairan lagi. So... korang kenalah datang ke sini dan mencubanya sendiri.


Aneka Buns & Bread

Aneka kek yang boleh dipilih

Mooncakes

Jom Pekena Nasi Ayam Baker's Cottage AEON Taman Equine 

Jadi, kepada anda yang bercadang untuk ke Farm in the City, Seri Kembangan untuk bawa anak-anak korang jalan-jalan di hujung minggu, pastikan singgah dan pekena Nasi Ayam Roasted Chicken dan Nasi Ayam Honey Chicken yang sedap ini. 

Souvenir Teddy Bear cute pun nak makan...

Licin sampai menjilat jari... Hehehe...

Sempena Tahun Baru Cina ini, Baker's Cottage ada menawarkan promosi Nasi Ayam Roasted Chicken dan Nasi Ayam Honey Chicken untuk korang merasai keenakan hidangan Set Nasi Ayam dengan harga RM7.90


Untuk maklumat lanjut boleh ke alamat di bawah ini untuk rasai keenakan hidangan Set Nasi Ayam yang ada di Baker's Cottage:-

AEON Taman Equine
Lot G42, AEON Taman Equine Shopping Center,
2, Jalan Equine, Taman Equine
Bandar Putra Permai,
43000 Seri Kembangan,
Selangor

No. Telefon: 03 - 8945 6572

Waktu Operasi
(Sunday - Thursday) 10.00 AM - 10.00 PM
(Friday - Saturday) 10.00 AM - 10.30 PM



25 ulasan:

  1. best gila nampak dessert dye. nak jugakkkkk

    oh i followed u here. #848. do come visit n follow my new blog too ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih raydah... Okay...saya follow semula

      Padam
  2. Macam2 menu pastries dekat baker's cottage ni. Semua pun nampak sedap leya. Untung kalau pergi masa promosi ni. Murah sgt set nasi ayam tu. Sekor ayam pun murah sgt.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye betul tuh... Nak berjimat tapi makan sedap, kita datang lah time promosi..hehehe..

      Padam
  3. nampak sedap la...nnti bole try bile g sana...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeah...sedap juga... Baker's Cottage ade byk cawangan kan. Boleh try mana2 lokasi terdekat

      Padam
  4. Dulu jual roti dan kek sahaja. Dah ada nasi ni mesti ramai lagi customer

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye betul tuh... Memang ramai dah peminat Baker's Cottage ni

      Padam
  5. Dulu tiap kali pergi aeon taman equine mesti masuk bakers cottage ni. Tak sangka makin banyak dah menu dia sekarang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeke...Meh la datang sini lagi..Boleh kita berkenal-kenalan.. Hehehe..

      Padam
  6. Uihh baru first time dgr baker's cottage ada nasi ayam. Bukan semua branch Ada kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu LeYa tak pasti pula untuk branch yang lain.. Hehehe.. Tapi rasanye semua dah ade.

      Padam
  7. Kak Sue tak berapa makan nasi ayam, tapi nie nampak sedap pula Leya..

    BalasPadam
  8. Nasi ayam tu nampak lembutnya teringin lak nak rasa. Nampak mcm sedap je, klu tak masakan tinggal tulang je dikejekan leya dak? Hishh teringin lak. Agak2 area sg buloh ni ada tk?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahha... Baker's Cottage ni rasa dah banyak cawangannya... Cuba google maps atau waze aje..

      Padam
  9. Balasan
    1. Jika tergoda..cepat-cepat ke Baker's Cottage berdekatan..

      Padam
  10. besarnya portion ayam dia. harga pulak murah. sangat berbaloi-baloi nie Leya !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul3x... Memang berbaloi. Jom singgah Seri Kembangan dan makan Nasi Ayam di Baker's Cottage..😁😁

      Padam
  11. besar la portion dia.. sedap pulak tu.. boleh la gi terjah.. dekat je dengan tempat kerja dulu :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jom3x... Makan-makan nasi ayam yg menyelerakan..

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com