Sunday, 14 January 2018

TM TakeOut - Menangi RM20,000 Tunai Setiap Hari Dengan Teka Tekan!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Berita menarik buat pelanggan setia TM Unifi, kini Unifi TV menganjurkan pertandingan Teka Tekan!, permainan interaktif SECARA LANGSUNG pertama di Malaysia yang menawarkan ganjaran RM20,000 secara tunai setiap hari. Ini mungkin peluang keemasan terbaik buat semua!


Peraduan Jom Teka Tekan

Permainan interaktif Teka Tekan ini  membolehkan anda menjawab soalan melalui alat kawalan jauh hanya dari rumah. Tingkatkan pengetahuan am anda dan bersedialah untuk menyertai cabaran menarik ini.

TEKA TEKAN akan bersiaran pada 15 Januari 2018, setiap Isnin hingga Jumaat jam 8.30 malam di HyppSensasi Saluran 116.

Hebat kan! Menjadi pengalaman menyeronokkan bersama keluarga untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan bersama-sama untuk memenangi hadiah lumayan itu.


Sertai Peraduan Jom Teka Tekan Sekarang!

Penyertaan mudah... Anda hanya perlu menonton, teka, tekan dan menang.


Jom tonton HyppSensasi Saluran 116 dan sertai peraduan Jom Teka Tekan!

Anda mungkin peserta bertuah memenangi RM20,000 secara tunai mulai 15 Januari 2018 ini.

Maklumat lanjut:

Reaksi kOrang:

8 comments: