Monday, 15 January 2018

Iringan Bayu - Bermain Pinwheels Dalam Suasana Yang Mendamaikan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Masihkah anda teringat akan zaman kanak-kanak anda tatkala bermain pinwheels bersama rakan-rakan. Tambahan, bila anda atau rakan-rakan anda merekacipta sendiri pinwheels tersebut dengan kertas berwarna-warni. Pasti seronok kan saat anda menempuh alam kanak-kanak anda dengan hanya bermain dan terus bermain. LeYa sudah terbayangkan keseronokan bermain sewaktu dahulu bersama rakan-rakan. Jadinya, LeYa teringin nak bermain semula pinwheels itu bersama keluarga.

Iringan Bayu merupakan projek perumahan pertama yang turut menyediakan aktiviti kanak-kanak zaman silam anda kepada anak-anak anda untuk turut serta bermain dengan rakan-rakannya. Ia menawarkan kemudahan kediaman yang bertemakan kedamaian dan ketenangan di Seremban, Negeri Sembilan.


Iringan Bayu - Konsep Santai dan Tenang 

Pembukaan Iringan Bayu ini meliputi keseluruhan pembangunan bernilai jutaan ringgit dengan landskap persekitaran menghijau dilengkapi taman, rumah teres dua tingkat, laluan khusus pejalan kaki dan basikal, 'well-guarded' dan kemudahan sukan seperti gym dan trek jogging.

Dengan keluasan ruang yang sangat besar, projek perumahan Iringan Bayu menempatkan 3 bilik tidur + 1 bilik tetamu. Setiap unit yang telah siap sepenuhnya tidak memerlukan pengubahsuaian untuk masa akan datang. Ini kerana dengan keluasan yang ada pada bilik tetamu dengan sambungan bilik mandi  boleh juga dijadikan bilik pembantu rumah bagi warga tua

 

Kawasan perumahan Iringan Bayu siap dibangunkan dengan keluasan 8.7 ekar yang meliputi taman, trek jogging dan basikal serta kemudahan peralatan gym luaran. Ia juga menempatkan Well-Guarded pada setiap fasa (2A & 2B) dengan dilengkapi pagar penjaga dan pagar perimeter.

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan jalan masuk ke taman perumahan yang sangat luas, mempunyai laluan khusus kepada pejalan kaki dan trek basikal serta ruang yang selesa untuk kehidupan keluarga yang lebih harmoni. Dengan suasana pokok-pokok rendang yang ditanam menghasilkan landskap persekitaran yang mewah dan mendamaikan secara semula jadi. Prasarana selesa dan eksklusif ini menepati gaya hidup masa kini.

 
 

Bermain Pinwheels Di Playground Yang Mendamaikan

Pinwheels mungkin telah muncul di Amerika Syarikat yang telah dibawa dari Eropah. Bukti pertama yang telah direkodkan di A.S. adalah ketika peperangan Revolutionary War yang membuatkan George Washington membawa pulang ke rumah. Menjelang abad ke-18, kayu serta angin yang menggerakkan roda putaran, wujud seperti ramalan kaji cuaca. Pada tahun 1929, di mana berlaku Great Depression, orang-orang di sana yang membuat Handycraft telah menjual Whirligigs yang mana ia dijadikan perhiasan taman atau hiburan kanak-kanak sebagai satu permainan mereka. 

 

Iringan Bayu cantik dan selesa, serta menepati kehidupan yang ceria untuk keluarga harmoni dengan suasana playground of the wind yang cukup mendamaikan buat kanak-kanak rasa seronok dan tidak bosan dengan pertumbuhan zaman kanak-kanak mereka. 

Bertepatan dengan pembukaan projek Iringan Bayu, anda boleh membawa anak-anak anda merasai pengalaman berharga dan menarik ini untuk bermain pinwheels dalam suasana yang ceria dan cukup mendamaikan. LeYa juga sangat-sangat tidak sabar untuk turut sama bermain semula bagi mengimbau kenangan sewaktu di zaman kanak-kanak dahulu. Alangkah seronoknya kan bila kita dapat mengembalikan zaman keseronokan kanak-kanak kita.





Antara aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan adalah:

7 – 28 January
Sistawork Workshop
Wooden Block Game
Hand Artsy
Yummy Fluffy – Shaped Cotton Candy
DIY Paper pinwheel Workshop
Food Truck

3rd Feb to 4th Feb
Bubbly Bobble
3D Artwork Workshop
Dream Catcher DIY Workshop
DIY Paper pinwheel Workshop
Local Food store

10th Feb to 11th Feb
Giant Kite Flying
Acoustic / Folk bands & solo performances
Buskers budget
Incl Bosco White, Statues, Floating Army
Magician Showcase (Family friendly comedic style)
Handy Art
Local Food store

Daftar Sekarang untuk dapatkan jemputan eksklusif memilih mana-mana jenis Pinwheels di:
https://goo.gl/forms/mhDPjS9s0Y3DIDgu1 atau hubungi 06 - 630 4656




 20k Pinwheel Anda Boleh Dapati Di Sini

Sekiranya anda mahukan maklumat lanjut mengenai Pinwheels dan Projek Perumahan Iringan Bayu, anda boleh layari website dan media sosial yang LeYa sediakan di bawah: 


Reaksi kOrang:

8 comments:

  1. waaaa...bestnye ade pinwheels...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye.. Memang seronok kan... Jom bawa anak2 untuk turut serta sekali.

      Delete
  2. jangan kata budak, yang dah mcm bapak budak pon jakun kalau nampak pinwheels nie. Hahahaha

    Instaworthy sgt tempat nie !!

    ReplyDelete
  3. Bukan budak Jew teruja ne make budak pun exsited jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Memang pun kan... Ibu2 semua yang teruja nak join

      Delete

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com