Thursday, 4 January 2018

GINTELL Melancarkan De'Space Star Massage Chair Teknologi Tercanggih Di Pasaran

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...


GINTELL sekali lagi telah melancarkan kerusi urut teknologi tercanggih dengan keistimewaan yang sangat unik pada 23 Disember 2017 lalu untuk dipasarkan di seluruh Malaysia. Jenama keluaran GINTELL ini menyediakan solusi terbaik kepada orang ramai yang saban hari memberi alasan tiada masa untuk bersenam. Produk terkini dari GINTELL yang unik dan berkualiti yang baru dilancarkan itu adalah De'Space Star Massage Chair yang turut disempurnakan majlis perasmiannya oleh pelakon dan pengacara terkemuka, Datuk Jalaludin Hassan bersama Ketua Pegawai Operasi GINTELL, Encik Simon Hue di IOI Mall, Puchong, Selangor.

GINTELL: De'Space Star Massage Chair Inovasi Teknologi Siri Kerusi Urut De'Space UFO

Inovasi teknologi masa kini melihatkan perlunya kita memiliki kesedaran untuk sihat dan cergas secara efisyen, cepat dan selamat. Justeru, sebelum ini LeYa ada memaparkan inovasi Kerusi Urut yang diperkenalkan GINTELL menerusi artikelnya Di Sini, kali ini GINTELL memperagakan lagi kerusi urut tercanggih kesinambungan dari De'Space UFO itu. 


Menurut  Ketua Pegawai Operasi GINTELL, Encik Simon Hue, "Dengan kebangkitan teknologi dan permodenan, sesetengah rakyat Malaysia mengabaikan kesihatan yang menyebabkan gangguan kesihatan. Alasan yang biasa didengari adalah kekurangan masa. Jadi, kami di GINTELL telah merevolusikan kerusi urut kami untuk menyelesaikan permasalahan tersebut."

"Dengan memiliki kerusi urut De'Space Star, anda akan mendapat kelebihan melakukan aktiviti fizikal dengan hanya berehat sahaja di rumah. Dengan cara ini, jadual kerja yang tidak terduga tidak akan menjadi beban kepada kesihatan lagi!", tambah Encik Simon Hue.





Revolusi teknologi kerusi urut GINTELL menyediakan alternatif terbaik kepada rakyat Malaysia yang tidak berkesempatan untuk menjalankan aktiviti fizikal tambahan selepas pulang dari tempat kerja. Ia juga boleh digunakan mengikut keselesaan anda di rumah. De'Space Star dari Siri Kerusi Urut UFO yang baru dilancarkan ini menjanjikan elemen yang unik seperti fungsi Moon Hand Grasp. Bebola urut direka secara khusus untuk menyediakan urutan mirip urutan tangan sebenar. Tardapat juga 4D Reflex Spa yang menyediakan sesi refleksologi yang lengkap yang melibatkan terapi memanaskan betis dan lutut, meliputi kesemua 27 titik akupuntur.

GINTELL: De'Space Star Massage Chair Kini Di Pasaran

De'Space Star ini ditawarkan dengan harga RM11,836 termasuk dengan urutan yang telah diprogramkan. Program urutan ini menyediakan pelbagai kelebihan untuk mereka yang prihatin terhadap kesihatan. Antaranya, Yoga Stretch yang menyediakan manfaat senaman yoga. Dengan fungsi 210° Yoga Stretch, anda dapat mengelakkan dari menjadi bongkok, kaki berbentuk O dan X dan juga kyphosis. Di samping itu, anda juga dapat menguatkan sendi, memperbertulkan postur tubuh dan keseimbangan serta memperbaiki pelurusan tubuh jika digunakan secar berterusan.




GINTELL berada di kelas yang tersendiri dengan sistem sokongan yang diperkukuhkan untuk pengguna berketinggian sehingga 180cm dengan Sistem iSensing yang mana mengukur ketinggian pengguna dengan tepat secara automatik. Di antara fungsi-fungsi lain yang mengagumkan ialah Zero Gap Recliner untuk mengoptimumkan ruang, Program i-Memory yang membolehkan pengguna untuk menyimpan teknik urutan yang diminati dan Zero Gravity yang menyediakan posisi yang ideal untuk keselesaan maksimum.

GINTELL juga telah membuktikan komitmen terbaik kepada kesihatan rakyat Malaysia dengan menganjurkan program bual bicara kesihatan bertajuk "Breathing Well with Yoga" yang dihoskan oleh pengacara dan personaliti kesihatan, Jojo Struys. Sementara itu, Datuk Jalaludin menghiburkan para peminatnnya dalam sesi ramah mesra secara eksklusif.



Dapatkan GINTELL De'Space Star Di Pasaran Sekarang

Sempena pelancaran, GINTELL menawarkan "Promosi Musim Perayaan Krismas" dengan cara pembeli berpeluang menikmati rebat tunai istimewa sebanyak RM2,000 dengan setiap pembelian kerusi urut De'Space Star. Jom kita dapatkan produk GINTELL di pasaran sekarang! 


Penghargaan terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada Samenta James atas undangan ke Majlis Pelancaran GINTELL De'Space Star Massage Chair ini. Untuk maklumat lanjut boleh layari www.gintell.com atau hubungi 1-800-88-6332.
Reaksi kOrang:

6 comments:

  1. Diurut dan dimanja2 oleh Gintell satu kepuasan dan berbaloi. Kerusi berteknologi tinggi mampu menjaga kesihatan kita. Memang kualiti tinggi semua produk Gintell. Jom miliki satu dirumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Produk GINTELL memang best dan bermutu tinggi. Jom kumpul duit untuk cuba memilikinya satu.. Yeah...

      Delete
  2. Best kan kerusi urut Gintell nie, kalau ada rezeki lebih memang belih dah satu.. ehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul3x... Nak bawak balik je rase .. hehe

      Delete
  3. Gintell ni mmg jenama yg dipercayaai. Best ni klu ada kat rumah.. urut2 sampai tertidur hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul. Memang best.. Okay...cepat dapatkannya sekarang

      Delete