Jumaat, 28 Julai 2017

Pelantikan Upin Ipin Sebagai Duta Pelancongan Malaysia Di Majlis Warna Warni Aidilfitri MOTAC

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Tahniah diucapkan kepada Les' Copaque Production atas pelantikan 2 watak animasi nombor satu negara, Upin & Ipin sebagai Duta Pelancongan Malaysia oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) di Majlis penuh gilang-gemilang Warna Warni Aidilfitri MOTAC 2017 di Saloma Bistro, Kuala Lumpur pada 20 Julai lalu.


Upin Ipin Duta Pelancongan Malaysia

Watak animasi nombor satu negara ini bukan sahaja menjadi daya tarikan di Malaysia, malah di negara-negara jiran seperti Indonesia, Singapura, Brunei dan juga Filipina. Memang tidak hairanlah kiranya Upin & Ipin menjadi tumpuan MOTAC untuk melantik mereka sebagai Duta Pelancongan Malaysia. 

Kemunculan maskot Upin dan Ipin tampil di dalam dewan Saloma Bistro dengan berbaju Melayu sambil diiringi paluan kompang yang mendendangkan lagu tema Upin dan Ipin. Perlahan-lahan mereka menari mengikut irama lagu, Upin dan Ipin diarak untuk naik ke pentas utama. Majlis pelantikan ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Hj. Ab. Ghaffar bin A. Tambi, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.



Warna Warni Aidilfitri MOTAC 2017

Acara utama pada hari itu sebenarnya merupakan Majlis Hari Raya yang diberi tema WARNA WARNI AIDILFITRI MOTAC 2017 yang telah dirasmikan oleh Ybhg. Dato. Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

Acara bermula pada jam 5.30 petang dengan lawatan dif-dif kehormat ke gerai-gerai makanan yang ada di perkarangan Pusat Pelancongan Matic, Kuala Lumpur itu. 







LeYa juga berkesempatan bersama dalam majlis yang penuh gilang-gemilang itu dan telah terhibur dengan aksi lucu Maskot Upin dan Ipin. LeYa mendoakan agar pihak Les' Copaque Production terus hasilkan karya-karya yang lebih menarik bersama 2 watak utama, Upin dan Ipin ini. 





Untuk maklumat lanjut mengenai Majlis Warna-Warni Aidilfitri dan pelantikan Upin Ipin sebgai Duta Pelancongan Malaysia boleh layari laman Facebook http://www.facebook.com/mymotac

Related Posts:

  • Keindahan Masjid Terbesar Di Johor Bahru Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Dah lama juga LeYa tak kongsikan cerita travel dalam blog ni. Okay… cerita ni sebenarnya dah lama juga LeYa pergi bercuti hari tuh dengan keluarga. Tapi tak ada lah lama sangat. Kala… Read More
  • Travel Ke Eagle Ranch Resort? Apa Yang Menarik Di Sana? Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Alhamdulillah, baru kali ini LeYa berkesempatan untuk kongsikan satu lokasi percutian menarik iaitu di Eagle Ranch Resort, Port Dickson. Apa yang menarik yang korang boleh lakukan ke… Read More
  • Guangxi Pikat Pelancong Malaysia Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Selain kaya dengan khazanah alam semulajadi yang memukau, East or West Guangxi dikatakan tempat menarik untuk dikunjungi. Di samping kawasan seperti pantai dan sungainya yang luas da… Read More
  • Homestay 2 Tingkat Di Bandar Dato Onn, Johor Bahru Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Jalan-jalan ke Johor Bahru memang tidak cukup untuk satu hari. Rasanya perlulah at least stay untuk 1 malam. Tak best lah kan datang jauh-jauh, tak teroka keindahan … Read More
  • Meritz Hotel Miri, Sarawak Yang Sangat Cantik dan Selesa Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Untuk entry kali ini, LeYa nak kongsikan dengan korang semua tentang hotel yang sangat cantik, selesa dan harga yang ditawarkan juga berbaloi. Kalau nak tahu lokasinya adalah di… Read More

1 ulasan:

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com