Selasa, 11 Julai 2017

Cara Mudah Mengecilkan Fibroid

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Terpanggil LeYa untuk berkongsi masalah kesihatan yang sering berlaku dalam kalangan wanita. Ramai yang tidak tahu akan gejala atau simptom penyakit ini sehingga membawa kepada tahap bahaya. Pernahkah anda mengenali apa itu Fibroid? Adakah ia tergolong dalam penyakit kanser? Untuk menjawab persoalan tersebut, boleh lah meneruskan pembacaan sehingga bawah.


APA ITU FIBROID?

Fibroid adalah sejenis ketumbuhan yang berasal dari tisu pada rahim. Semakin ia membesar, fibroid boleh memberikan pelbagai masalah kepada wanita. Antaranya seperti ia akan menghimpit pundi kencing, mengalami haid yang banyak, sakit senggugut yang teruk semasa haid dan sakit semasa ingin bersama dengan pasangan dan sebagainya. Fibroid boleh tumbuh menjadi sebesar sebiji bola. Fibroid bukanlah sejenis kanser

80% wanita yang menghidap fibroid tidak mempunyai sebarang gejala atau tanda-tanda mereka alaminya. Setiap tumbesaran fibroid bergantung sepenuhnya kepada hormon estrogen yang telah dirembeskan dengan banyak selepas datang haid. Fibroid juga dikatakan punca utama Histerektomi (atau dalam istilah dikenali sebagai pembedahan pembuangan rahim).

Selain itu, perlu juga untuk kita mengimbangi hormon kerana ia adalah satu bahagian yang penting dalam bagaimana untuk mencegah atau menghilangkan fibroid tanpa pembedahan. Terdapat makanan yang boleh menyebabkan pengeluaran berlebihan estrogen dan juga sebaliknya. Ada juga makanan yang boleh membantu mencegah keadaan dominan estrogen. 

FAKTA MENGENAI FIBROID

  1. Satu jenis ketumbuhan daging yang berasal dari otot rahim dan ia merupakan ketumbuhan yang sering melanda kaum wanita.
  2. Tidak menimbulkan apa-apa gejala atau simptom. Malah ada yang tidak menyedari kehadiran fibroid di dalam rahim mereka.
  3. Punca bagi penyakit ini adalah tidak diketahui.
  4. Sinonim dengan wanita yang mengalami masalah kesuburan.
  5. Tumbuh sama ada satu biji besar atau beberapa biji kecil tetapi dalam bilangan yang banyak dan boleh membesar sehingga saiz sebiji tembikai.
  6. Wanita yang berkulit gelap, wanita yang didatangi haid awal, gemar memakan daging merah, kurang makan sayur-sayuran dan buah-buahan, merokok dan mengambil minuman keras adalah risiko tinggi untuk mendapat fibroid.
  7. Kaedah paling efektif untuk mengenalpasti masalah fibroid adalah dengan menggunakan ultrasound.
  8. Gejala fibroid ialah gangguan haid iaitu mengalami darah haid yang banyak dengan ketul darah, senggugut yang teruk, menekan pundi kencing sehingga menyebabkan kekerapan kencing bertambah.
  9. Bukan semua fibroid yang dikesan melalui ultrasound perlu diberi rawatan. Jika tiada sebarang gejala, fibroid tersebut boleh dirawat melalui kaedah konvensional.
  10. Ketidakseimbangan hormon mempengaruhi pertumbuhan fibroid. Hormon estrogen yang berlebihan akan menyebabkan fibroid itu semakin membesar.
  11. Jika fibroid menunjukkan gejala bahaya seperti pendarahan yang banyak dan buah pinggang yang membengkak, rawatan susulan perlu dilakukan dengan segera bagi mengeluarkan fibroid tersebut.
  12. Sekiranya wanita itu berusia lebih daripada 45 tahun atau kurang tetapi sudah tidak bersama pasangan, selalunya dinasihatkan untuk membuat "hysterectomy" atau pembedahan buang rahim kerana ia akan memberi rawatan yang kekal. Jika wanita tersebut masih muda dan masih aktif untuk hamil, dinasihatkan untuk "Imyomectomy" atau hanya sekadar buang fibroid sahaja.
Sumber: GreenVitamin

MENGECILKAN FIBROID RESVERATROL

Ia merupakan sel renewal dan juga DNA renewal. Apabila sel dan DNA kita diperbaharui pada setiap hari, sel asas badan akan menjadi semakin muda. Perlu diketahui, ketika usia muda, badan kita mempunyai daya tahan yang lebih kuat berbanding pada usia tua. Semakin muda sel badan kita, semakin kuat lah untuk kita melawan fibroid dan menghalang pertumbuhan semula fibroid. 

Ia juga membantu menstabilkan hormon. Hormon yang stabil membantu fibroid mengecut dengan cepat. 

HERBA MAHARANI & PAD FEMININE BIO SELEZA MAMPU MENGECILKAN ATAU MENGHILANGKAN FIBROID RESVERATROL

HERBA MAHARANI mampu membantu menyelesaikan malasah persekitaran ovari, rahim iaitu senggugut, keputihan, kegatalan, haid tidak teratur, menopause dan lain-lain. Ia juga dapat membantu menyelesaikan masalah payu dara dan juga sebarang ketumbuhan, saluran yang tersumbat dan boleh menjadikan keanjalan pada payu dara.


HERBA MAHARANI menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti Ayam Wuji (Gallus Gallus Domesticus) - sejenis burung liar yang hidup dalam 4 musim di kawasan pergunungan China. (Paruh, Tulang, Daging & Kaki berwarna hitam kecuali bulunya berwarna putih mutiara). Ia disembelih mengikut cara Islam dan diproses secara kukus serta HALAL! 

Selain itu, bahan semulajadi lain yang digunakan dalam pembuatan herba ini adalah Tanduk Rusa dan Tulang Sotong. Tanduk Rusa membantu memberikan tenaga dan dapat merembes hormon. Manakala tulang sotong pula berfungsi membantu menguatkan tulang belakang manusia. Tambahan lagi, beberapa jenis ginseng juga dipilih seperti Radix, Rhizoma dan Os untuk melengkapkan lagi keseimbangan kesihatan dalam herba ini.

Setelah mengamalkan herba Maharani, perlu juga kita amalkan gaya hidup sihat dengan pemakaian pad herba kesihatan agar lebih meyakinkan diri untuk sihat. PAD FEMININE BIO SELEZA adalah hasil gabungan Teknologi Bio Velocity Eksklusif dari Korea dan cip hasil penyelidikannya menggabungkan Sinar Inframerah Jauh (FIR), Ion Negatif dan Nano Silver.


BIO VELOCITY (BV) adalah sejenis tenaga tulen dan semulajadi yang diperolehi terus dari cahaya matahari. Aliran tenaga ini akan menyeimbangkan medan elektromagnetik (medan tenaga biologi) seluruh badan manusia. 4 kesan kebaikan utama BIO VELOCITY:-
  • Kesan Anti-Bakteria
  • Mengaktifkan sel-sel badan dan meningkatkan metabolisma tubuh
  • Meningkatkan sistem pertahanan badan untuk melawan sel kanser dan jangkitan kuman.
  • Membekalkan kandungan oksigen aktif yang lebih tinggi.

SINAR INFRARED JAUH (FIR) berfungsi melancarkan perjalanan darah dan meningkatkan metabolisma.

ION NEGATIF berfungsi untuk membunuh kuman pada organ intik wanita, menghilangkan bau serta membantu keseimbangan hormon.

NANO PERAK berfungsi membasmi 99.99% kuman dan menyingkirkan bau kurang enak pada bahagian sulit wanita.


CARA ORDER HERBA MAHARANI & PAD FEMININE BIO SELEZA

Sila hubungi LeYa untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk pilihan anda, tips dan cara pengmabilan yang betul setelah membuat pembelian dari LeYa. 

Illya Farhana (LeYa)
Call/SMS/WhatsApp/Telegram | 017-6321680

4 ulasan:

  1. Ya Allah takutnya bila tengok fibroid sebesar itu

    BalasPadam
  2. Kan...seram kan..
    Jom kita berjaga2 pemakanan kita.
    Hehehe..

    BalasPadam
  3. Cik Cappucino Latte | Memang ngeri kan... Jom la sama2 kita elakkan ye..

    E'in | Tersangatlah seram... Jagalah kesihatan agar dihindari perkara tidak ingini ini.

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com