Rabu, 12 Julai 2017

Dhany KataHati Tampil Dengan Lagu True Love

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Meet & Greet Dhany KataHati
Adakah anda kenal dengan penyanyi lagu OST Filem Pendek Kempen Raya Naelofar Hijab 2017 ini? LeYa pasti ramai pernah dengar akan suaranya yang unik ini. Cuma hanya tidak kenal siapakah pemilik gerangan suara husky dan unik ini. Beliau yang dimaksudkan adalah Dhany KataHati, penyanyi dari seberang iaitu Indonesia. Dengan kerjasama pihak Indigital Sdn Bhd, pada 04 Julai 2017 lalu, LeYa diberi kesempatan untuk bersama dalam satu program Meet & Greet Dhany KataHati bersama Blogger

Turut mengundang pada malam itu ialah Arie KataHati. Arie merupakan Music Director bagi Kumpulan KataHati. Arie pernah memenangi Anugerah Komposer Terbaik bagi lagu "Bilang Saja" yang dinyanyikan oleh Agnes Monica. 

Dhany KataHati
Jom Kenali Dhany KataHati

Nama sebenar diberi ialah Ramdani Surya Atmadga dan berasal dari Bogor, Indonesia. Lebih dikenali dengan Dhany KataHati kerana merupakan ahli dalam Kumpulan KataHati sejak tahun 2014. Sudah mempunyai 4 buah lagu termasuk lagu terbarunya, True Love. Antara 3 lagunya adalah Takkan Pernah Jauh, Menghilang Saja dan Wahai Kekasih

Kolaborasi Dhany KataHati dan Neelofa

Pemilihan lagu True Love dalam OST Kempen Raya Naelofar Hijab 2017 - #NHTrueLove oleh pihak NH Prima International Sdn Bhd merupakan satu keterujaan buat Dhany yang mana pertama kalinya mengenali Neelofa, seorang selebriti tempatan Malaysia yang hebat. Pemilihan Neelofa terhadap Dhany adalah berdasarkan nyanyian lagu Wahai Kekasih yang telah menjadi lagu OST Drama Suri Hatiku Mr Pilot yang telah menjadi tontonan ramai di Astro Ria.

Lagu True Love ini yang telah dicipta oleh komposer / penulis lirik yang kreatif dan berbakat, Aizat Amdan dan Mel Ramlan. Dua gandingan mantap ini telah membuatkan lagu True Love menjadi igauan kepada siapa yang telah mendengarnya. Selain itu, Neelofa sendiri merupakan Executive Producer untuk lagu dan OST True Love ini. Dan, tidak lengkap kiranya sebuah lagu tanpa seorang Music Producer, Anas Amdan yang telah melengkapkan lagi lagu True Love menjadi tontonan 1,000,000 lebih di Youtube. Apa kata, jom kita layan sekejap OST Kempen Raya Naelofar Hijab 2017 yang mana telah mendendangkan lagu True Love ini membuatkan LeYa teringat-ingat akan setiap bait-bait lagunya. 


Dah tengok???? Seronok tak? Best kan! OST Filem Pendek ini menampilkan sendiri Neelofa dan pelakon Indonesia iaitu Miller Khan. Lagu latar True Love yang dinyanyikan Dhany KataHati juga turut diperdengarkan dalam OST Filem ini. LeYa memang dah layan habis lagu ni.

"Kau penyeri dalam hidupku
Ku kan menjagamu tiap detik waktu
Moga kita bahagia selamanya"

Bersama Arie KataHati dan Dhany KataHati
 LeYa juga berkesempatan bergambar mesra bersama Dhany dan Arie KataHati semasa Meet & Greet di office Indigital Sdn Bhd malam itu. Sungguh teruja nya LeYa untuk bertemu dengan Dhany KataHati membuatkan LeYa khusyuk mendengar setiap bicara yang dilontarkannya. Paling syok sekali, Dhany siap sumbangkan suara secara Live pada malam tu tau. Memang best giler weeyyy!! Suara Dhany KataHati memang cukup unik dan memukau kepada siapa sahaja yang telah mendengarnya. Kalau tak caya, siap ada di antara kami menyuruh untuk repeat semula nyanyian beliau. Hehehe...

Bukan itu sahaja. LeYa diberi sebuah penghargaan dengan miliki Album Terbaru Dayang Nurfaizah siap tandatangan Dayang oleh pihak Indigital Sdn Bhd. Yeah!!! Favourite singer LeYa ni. Kali pertama LeYa tersuka dengan sengaja adalah lagu pertamanya "Seandainya Masih Ada Cinta". Bila rezeki menerima album ni, memang senyum sangat-sangat weeyyyy... Siapa tak suka kan. Dapat album original secara PERCUMA tau!! Hehe...

Album Terbaru Dayang Nurfaizah. Dapatkan yang ORIGINAL di pasaran tauuu...

LeYa dan Otomen bergambar sakan ala-ala mereka yang memenanginya.. Ahaks!
 LeYa juga turut bergambar bersama replika wang tunai milik Dayang di Anugerah Juara Lagu tahun lepas. Tengok!!! Menang sebagai juara dan vokal terbaik. Kan LeYa dah cakap betapa sukanya LeYa dengan Dayang ni.

Bersama rakan-rakan blogger yang hadir
Di akhir Meet & Greet, LeYa dan beberapa rakan blogger yang hadir bergambar bersama Dhany dan Arie KataHati sebagai kenangan pengubat jiwa. Terima kasih LeYa ucapkan kepada pihak Indigital Sdn Bhd kerana memberi peluang yang sangat bernilai ini kepada LeYa. Sampai kita bertemu kembali ye (^_^).

0 beri komen di sini:

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com