Jumaat, 14 Julai 2017

Program Rakaman Bual Bicara #ONLYONEWITHIRWAN di Al-Hijrah, Cyberjaya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Program Rakaman Bual Bicara #ONLYONEWITHIRWAN

Sekali lagi LeYa memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T. atas kurniaan rezeki yang tidak terhingga ini. Pada petang Selasa bersamaan 11 Julai 2017, LeYa diberi peluang untuk menghadiri satu Program Rakaman Bual Bicara #ONLYONEWITHIRWAN yang telah disampaikan oleh Yang Bahagia Tan Sri Dr. Irwan Serigar bin Abdullah, selaku Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan juga selebriti jemputan, Afdlin Shauki di Studio ABS TV Al-Hijrah, Cyberjaya

Kedua kalinya LeYa masuk ke studio untuk rakaman TV. Melihat bagaimana cara di sebalik tabir menyiapkan persiapan sebelum dilayarkan di kaca skrin televisyen. Pada hari itu, studio juga dipenuhi dengan belia-belia dari Yayasan Akademi KRU dan staf-staf dari MOF dan LHDNM. Sudah dua kali LeYa menghadiri proses rakaman TV, jadinya untuk kali ini LeYa rasa satu kelainan yang mana LeYa sendiri lebih yakin berhadapan dengan banyak kamera di sekeliling. hehehe...

Intipati Bual Bicara #ONLYONEWITHIRWAN

Intipati Bual Bicara #ONLYONEWITHIRWAN menyuntik semangat dan kefahaman kepada belia-belia dalam bagaimana mengharungi kehidupan di dunia untuk lebih berdaya saing dan berjaya. Seorang belia haruslah mempunyai semangat yang kental dan usaha gigih dalam mengharungi segala cabaran. 

Bual Bicara #ONLYONEWITHIRWAN menyaksikan di mana Tan Sri Dr. Irwan sebagai hos rancangan yang mengendalikan rancangannya dengan baik sekali. Manakala selebriti jemputan untuk hari itu adalah Afdlin Shauki, seorang selebriti tempatan yang berkebolehan dalam melaksanakan pelbagai bidang sehingga berjaya. 


Leadership Talk oleh Afdlin Shauki

LeYa pasti dan percaya ramai sudah mengenali akan selebriti terkenal ini mahupun pelakon, pengarah dan penghibur iaitu Afdlin Shauki. Perbincangan bermula dengan Afdlin berkongsi jurnal kehidupannya serta cabaran yang dihadapi dalam perjalanan untuk memperolehi kejayaan. Jerih perih beliau dari keluarga yang susah sehingga mendapat nama di mata masyarakat. Bermula dengan lakonan teater, Afdlin terus mengorak langkah lebih jauh lagi. Dan, kini beliau sudah pun mempunyai beberapa buah restoran dan juga menjadi pengarah filem yang hebat di industri hiburan. Bagi LeYa ia adalah satu perkongsian yang sangat-sangat memberi inspirasi kepada semua yang mendengarnya. 

Antara lain yang turut disampaikan beliau adalah berkaitan dengan prinsip kerjaya. Menurut Afdlin, "Usaha Tangga Kejayaan". Selagi mana kita mampu untuk meneruskan perjalanan kehidupan kita, berusahalah selagi terdaya tanpa memikirkan kata-kata negatif dari orang sekeliling. Usaha keras ini mampu memberi pengalaman kepada kita untuk lebih bersedia dan tahu memikirkan cara bagaimana yang lebih bijak dalam menangani masalah dan cabaran.


Selain itu, Afdlin Shauki juga ada berkongsi pengalaman beliau dalam mengharungi cabaran membantu rakyat Palestin yang bergolak dalam peperangan suatu ketika dahulu. Beliau juga menyatakan bahawa, untuk berjaya, kita perlu melihat masyarakat luar dari tempat kita yang lebih susah untuk mengharungi hidup. Bagaimana mereka di awal pagi dibangunkan dengan letupan bom sana sini dan terus mencari tempat persembunyian untuk menyelamatkan diri. Kita di Malaysia cukup bertuah kerana aman dan damai. Afdlin juga mengatakan hasil perkara yang kita lakukan lebih memberi kesan daripada hanya berkata-kata sahaja.


Di akhir rancangan Program Bual Bicara #ONLYONEWITHIRWAN memberi 1001 semangat dan perangsang kepada hadirin yang hadir untuk lebih berusaha gigih dalam menempuh segala dugaan dan ujian yang mendatang. Ia bukan sekadar menjadi tauladan dan inspirasi kejayaan, malah program ini juga ada diselitkan sedikit lawak agar hadirin yang hadir tidaklah bosan. Cabaran dalam pembangunan kerjaya masa kini memang sangat mencabar dan memerlukan kefahaman dan skill dari orang-orang hebat dan berpengalaman untuk menerajui trend industri pada masa akan datang. 


0 beri komen di sini:

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com