Wednesday, 5 April 2017

Alma Lasers Melancarkan Accent Prime Untuk Bentuk Tubuh dan Kulit Menawan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Ramai yang menginginkan bentuk badan yang langsing dan cantik, kulit yang anjal serta awet muda. Lebih-lebih lagi nak menjelang Aidilfitri ni. Terciptanya Accent Prime, jenama terkemuka Alma Lasers yang paling berjaya dan telah diperakui untuk penegangan kulit, pengkonturan badan dan stesen kerja pembangunan estetik inovasi terkini ultrabunyi dan teknologi frekuensi radio (RF).


Accent Prime: Teknologi Terkini Pengkonturan Badan dan Penegangan Kulit

Pada 27 Mac 2017 lalu, LeYa telah menghadiri Majlis Pelancaran - The Next Generation Body Contouring and Skin Tightening Solution di Aloft Hotel, Kuala Lumpur Sentral. Pelancaran tersebut juga telah dihadiri oleh selebriti-selebriti tanah air seperti Jihan Muse, Maya Matahari, Ismaliza AF, Dafi Ismail, Fazli Zainal dan ramai lagi. Turut hadir adalah Dr. Aidil Azry (pengasas Idealyst Clinic) dan juga Dr. Pablo Naranjo (Vice President of Spanish Medical Association Aesthetic Laser). Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Puan Sri Datin Seri Dr. Susan Cheah. Ia bertujuan memperkenalkan Accent Prime dan juga latar belakang Alma Lasers sebagai penginovasi laser global, berasaskan cahaya, frekuensi radio dan penyelesaian ultrabunyi untuk pasaran estetika dan pembedahan.

Alma Lasers telah mengeluarkan platform generasi pertama bernama Accent pada tahun 2007 dengan kelulusan dari FDA. Kemudian, Alma Lasers telah mempertingkatkan teknologinya sejak sedekad lalu sehinggalah terhasilnya keluar terbaharu Alma Laser: Accent Prime ini.





Accent Prime adalah salah satu daripada jenama Alma Lasers yang paling berjaya dan sudah diperakui untuk penegangan kulit dan pengkonturan badan. Accent Prime adalah kolaborasi dari gabungan inovasi termaju dalam ultrabunyi bersama teknologi frekuensi radio Unipopular untuk rawatan kepada semua pelanggan yang bersesuaian, terbukti berkesan dengan hasil yang pantas dan berpanjangan. Kesan yang sangat pantas sekali. Dalam 20 minit sahaja bagi setiap sesi, dan hasilnya dapat dilihat. Proses yang dijalankan juga selamat dan tidak sakit serta memang terbukti berkesan secara klinikal.



Raikan 10 Tahun Kejayaan  Dengan Kempen Baru

Dengan kelahiran Accent Prime ini, pihak Alma Lasers juga turut melancarkan Ulang Tahun Accent yang ke-10.  Kempen ini akan berlangsung sepanjang tahun 2017 dan akan memberikan kepada semua dalam penglibatan melalui peraduan di Facebook, video dan penyebaran isi kandungan digital berkenaan kejayaan jenama ini. 


“Kami amat teruja untuk meraikan warisan Accent dan kejayaan dekad yang bermakna dalam pembentukan jenama dan kemuncak teknologi dalam industri penegangan kulit dan pengkonturan badan. Keluaran terbaru selama 10 tahun, perjalanan Accent- Accent Prime telah mengubah rentak industri dan menawarkan penyelesaian perintis untuk rawatan jenis kulit yang berbeza yang belum pernah berlaku dan tercapai sebelum ini”, kata Ketua Pegawai Eksekutif Alma, Dr. Ziv Karni.




Bagi yang ingin mendapatkan rawatan berteknologi tinggi Accent Prime ini, boleh lah ke IDEALYST CLINIC AND MEDISPA yang terletak di KL Trillion, Jalan Tun Razak.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Accent Prime layari http://www.almaaccentprime.com dan http://www.almalasers.com untuk mendapatkan informasi lanjut.
Reaksi kOrang:

2 comments:

  1. macam2 rawatan, pastikan selamat je la

    ReplyDelete
  2. Bagus kalau takde kesan sampingan kan...

    ReplyDelete