Jumaat, 28 April 2017

Tudung Si Comel Cantik dan Anggun di Lebaran Ini

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

WoW!!! Memang comel dan cantik sangat koleksi tudung shopkins untuk kanak-kanak ni. Dah tak perlu risau lagi untuk mendidik anak-anak perempuan kita bertudung seawal usia kecilnya. 

Tudung Shopkins adalah tudung kanak-kanak istimewa dari jenama The Els yang dijahit menggunakan fabrik boleh regang dan lembut dihias dengan aksesori reben pada tudungnya. Ia didatangkan dengan warna "Cupcake Queen" yang mampu membuatkan Si Comel tampak lebih comel.

Koleksi Tudung Shopkins Comel dan Anggun Pesona Lesaza Boutique


Memang LeYa tak nafikan fesyen yang dipakai oleh model kanak-kanak comel memang tak berkelip mata memandang. Namun, fesyen tudung bukan hanya pada kanak-kanak comel dan cantik dari segi fizikal dan luaran sahaja, tetapi ia merangkumi untuk si cilik yang cantik dalaman. Ia adalah fesyen muslimah. Sedari usia kecil, kita perlu titipkan fesyen muslimah kepada anak-anak untuk kelihatan cantik luar dan dalaman seiring dengan personaliti muslimah itu sendiri.






Paparan jelas boleh klik pada gambar atau terus ke laman facebook Lesaza Boutique

Masya Allah cantik-cantik dan harganya murah pulak tu. Rambang mata nak memilihnya. Memang itulah luahan dari setiap pelanggan yang berkunjung ke Laman Butik secara online ini.

Lebih tampak bergaya lagi, aksesori yang ada pada tudung dijahit terus agar ia tidak tercabut dek kelasakan anak-anak kita bermain riang gelak tawa bersama rakan sebaya. Tudung Shopkins juga direka khas buat kanak-kanak untuk MUDAH dipakai, LEMBUT dan pastinya SELESA. LeYa sendiri geram dan teruja untuk membelikan sepasang kepada anak buah LeYa.


Anda boleh kunjungi laman facebook Lesaza Boutique, yang ada menyediakan koleksi tudung si comel ini secara ekslusif dan menepati citarasa sebagai seorang muslimah cilik. Anda akan dapat nikmati dan terkesima dengan koleksi-koleksi lain yang disediakan di Lesaza Boutique. 

Bagaimana Cara Nak Order ??? Jom kunjungi segera ke Laman Facebook di bawah :

WhatsApp/Telegram/SMS : 017-6321680 (LeYa) 

2 ulasan:

  1. comelnya design. yang jadi model pun comel

    BalasPadam
  2. Hello! Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com