Friday, 14 April 2017

How to Take Great Selfies : 28Mall Dinner

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


28Mall Online Shopping Malaysia bersama eOneNet.com telah mengadakan satu majlis makan malam bersama members dan blogger pada 12 April 2017 yang lalu di Menara UOA Bangsar, Kuala Lumpur. Pada malam itu, satu aktiviti menarik buat peserta yang hadir akan dapat satu perkongsian hebat dari seorang Jurugambar Terkenal, Patrick Low dalam "How To Take Great Selfies". Patrick Low pernah memenangi Anugerah Photographer dan World's 1st 3D Master

Sebagai seorang blogger, penting untuk mendapatkan gambar-gambar yang menarik untuk dimasukkan dalam entry blog. Gambar yang menarik akan membuatkan ramai teruja dan seronok untuk melihatnya. Dan ini akan memberikan ranking blog anda semakin meningkat dari semasa ke semasa.


Orang kuat eOneNet atau pengasas 28Mall.com, Fione Tan menjelaskan kembali pengenalan kepada 28Mall.com dan tawaran menarik kepada tetamu yang hadir. 

Terdahulu, LeYa pernah kongsikan Apa itu 28Mall.com? Apa yang mereka jalankan? Untuk lebih memudahkan anda, anda boleh baca artikel ini di sini >> Share & Shop for Free di 28Mall.com


Grab your FREE HongBao sekarang Di Sini. Log in setiap hari untuk dapatkan lebih HB Dollars. 


Anda boleh menukar HB Dollars anda dengan pelbagai barangan yang anda suka. Best kan!!! Hanya Share & Shop for FREE.

Di bawah ini LeYa sertakan jenama yang ada di 28Mall.com, dan pada malam itu LeYa diberi voucher untuk pembelian barangan bernilai RM25 dan terus redeem minuman kesihatan Roselle Tea.




Roselle Tea yang telah ditebus menggunakan HB Dollar yang ada. (Sumber Gambar: Mr. Google. Gambar sebenar terdelete. That one is HALAL one.)

Kemudian, acara yang dinanti pun tiba. Kemunculan jurufoto terkenal Patrick Low memberikan sedikit ilmu dan perkongsian pengalaman, tips dan tricks yang beliau dapat sejak berkecimpung dalam dunia fotografi. Bagaimana untuk merakam gambar kenangan yang cantik dan menarik sebagai memori terindah dalam hidup kita.

Antara tips yang telah dikongsikan beliau ialah:
1) Sentiasa menghadapkan muka kita ke arah cahaya untuk mendapatkan gambar yang lebih besar.
2) Cuba mencari 'window lights' untuk mendapatkan kesan pengcahayaan semulajadi.
3) Pergerakan sisi badan perlu lebih perspektif untuk gambar yang lebih baik.
4) Chin Up, perlu lihat lurus ke depan untuk mengelakkan Double-Chin.




Selain itu, beliau juga menasihatkan untuk menggunakan monopod atau tripod bagi memperoleh gambar yang statik dan lebih menarik dengan latarbelakang yang cantik. Dan, jangan sesekali berselfie dalam jarak yang dekat dengan kamera kerana ia kelihatan seperti Shrek. It's so funny and I'm happy to be there for get their experience how to take photo beautiful and nicely.

Tripod yang kukuh memberikan gambar anda stick / statik pada  keadaan yang sangat menarik


Sebelum pulang, LeYa dijamu sedikit hidangan makanan yang sangat enak. Kemudian networking bersama bloggers yang hadir sebagai menambahkan lagi kenalan buat diri ini.

Wefie with Patrick Low
with eOneNet team members and bloggers


Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti seterusnya bersama 28Mall.com, bolehlah pergi ke Facebook Page di https://www.facebook.com/28mallasia/ atau Instagram di @28MallAsia.

Coming Soon Events:- 
20 April (Thu) 7-10pm
Image Grooming: 7 Universal Styles
How to choose Jewellery for your perfect style
Jewellery Care Tips and How to Spot a Real Pearl
RM20 (Redeemable for items)

Lokasi: eOneNet, Level 36, Menara UOA Bangsar (Bangsar LRT Station)
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi 03-22846418.
Hashtag: #28mall.com #hongbao #onlineshoppingmalaysia #ShareAndShopforFREE
Reaksi kOrang:

0 beri komen di sini:

Post a Comment