Saturday, 15 April 2017

Gelombang Aiman Tino dan Produk Sweet Aiman Semakin Melonjak Naik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Aiman Tino bersama Audi R8, hadiah yang diterima ketika Pelancaran Produk Sweet Aiman
Siapa tidak kenal dengan Aiman Tino kan? Artis muda yang sedang melonjak naik dengan 2 buah lagunya; Kurela Dibenci dan Permata Cinta yang digilai ramai peminat di tanah air ini. 

15 April 2017, petang tadi bertempat di Mydin Wholesale Hypermarket, Subang Jaya telah berlangsung Showcase Aiman Tino "Meet & Greet" bersama peminat dan sekaligus mempromosikan produk Sweet Aiman kepada orang ramai. 


Meriah sekali dapat dirasakan di pasaraya Mydin USJ dengan kehangatan peminat Aiman Tino yang sangat sporting. Promosi produk Sweet Aiman dengan harga yang murah hanya boleh didapati pada Showcase Aiman "Meet & Greet" bersama peminat mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Fenomena Sweet Aiman semakin berleluasa di kalangan orang ramai.


Produk Sweet Aiman yang anda boleh dapatkan di pasaran mulai sekarang!!!
3 produk Sweet Aiman yang kini sedang berada di pasaran buat para peminatnya dan juga kepada orang ramai yang ingin memilikinya. Terdahulu LeYa pernah kongsikan cerita mengenai pelancaran produk Sweet Aiman pada bulan yang lepas. Yang belum membacanya boleh pergi ke halaman, Pelancaran Sweet Aiman, Produk Terbaru dari Aiman Tino.

Sikap Aiman yang tidak sombong dan humble dengan semua peminatnya merapatkan lagi hubungan Aiman dengan mereka. Peminat Aiman disajikan dengan beberapa permainan bagi mendapatkan hadiah-hadiah lumayan berupa produk Sweet Aiman untuk dibawa pulang. Sungguh tak menyangka sama sekali, penglibatan peminat yang hadir memang sangat menggalakkan. Berebut-rebut mereka untuk turut serta naik ke pentas bersama Aiman dan sekaligus dapat berselfie bersama. Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air. Alang-alang Aiman dah di depan mata, kenalah bergambar sebagai kenangan kan. Hehehe....

Pemenang bagi kategori menjawab soalan berkaitan produk Sweet Aiman dengan betul

Pemenang bagi kategori menjawab soalan berkaitan produk Sweet Aiman dengan betul
Permainan make-up ala artis menggunakan produk Sweet Aiman 3D Cream DD Mineral Cushion yang menampilkan perbezaan di mana kaum lelaki yang perlu make-up kan kaum perempuan. Para peserta di kalangan peminat berusaha keras bersama setiap pasangan masing-masing untuk cuba meraih kemenangan. 

Para peserta khusyuk mendengar arahan dari penganjur

Looks!!! Ada gaya make-up artis tak??

Si Adik menyolekkan ibunya. Alhamdulillah dik... hiasi ibumu lebih baik dan berkat kan...

Inilah pemenang bagi kategori solek-solek menggunakan 3D Cream DD Mineral Cushion

Khusyuknya si cilik peminat Aiman Tino ini menyaksikan Aiman beraksi di pentas sehingga tidak sedar gambar diambil pihak media.. Cayalah dik... Comel je...

Press Conference kemudiannya berlangsung di sebuah restoran yang berdekatan di situ. Menurut Aiman Tino, dia serahkan segalanya hal kewangan kepada Ibu dan Ayahnya untuk menguruskannya dengan lebih baik berbanding dia yang mungkin masih muda lagi. Anak yang baik. Tidak pernah lupakan IbuBapanya. 

Menurut Aiman lagi, Bodyguardnya sepanjang apa-apa sahaja program yang dijalankan hanyalah Ayah dan Pakciknya. Wah!!! Aiman memang seorang family man. Semuanya dikongsikan bersama dengan ahli keluarga. 



Anda ingin saksikan Aiman Tino beraksi secara Live di Showcase Mydin USJ petang tadi. LeYa kongsikan kepada peminat-peminat Aiman yang tidak dapat hadir tadi untuk saksikannya di sini. 

Nak flawless macam Aiman Tino ???? Dapatkan segera produk Sweet Aiman di pasaran SEKARANG!!!

video

Untuk maklumat lanjut mengenai Produk Sweet Aiman, anda boleh layari atau hubungi:-

Tel: +6016 709 4042
Reaksi kOrang:

3 comments:

  1. nice info..

    nurul singgah & follow sini :D



    http://www.syahirahvaliant.com/2017/04/kesan-buruk-pengambilan-kafein.html

    ReplyDelete
  2. murah betul rezeki aiman tino ni. walaupun ada yang tak gemarkannya, dia terus ada peminat sendiri

    ReplyDelete
  3. Makin popular aiman tino ni.

    ReplyDelete