Tuesday, 21 January 2020

Tahukah Anda Sarapan Pagi Adalah Makanan Yang Paling Penting Setiap Hari?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Mungkin ada sesetengah daripada kita yang kurang gemar bersarapan pagi atas pelbagai faktor seperti tidak mempunyai banyak waktu, keluar rumah pada awal pagi dan mungkin juga malas atau tidak berselera. Apapun alasan yang anda berikan, sarapan pagi tetap menjadi hidangan yang paling penting dalam satu hari tersebut. Jika anda 'skip' waktu sarapan pagi anda, anda juga sebenarnya telah 'skip' satu manfaat yang sepatutnya dinikmati oleh tubuh badan anda pada hari tersebut. Tahukah anda, mengapa sarapan pagi amat penting?

Mengapa sarapan pagi sangat penting untuk saya?
Sarapan pagi sebenarnya memberikan banyak manfaat pada tubuh anda. Pertama sekali, sarapan pagi memulakan metabolisme anda yang membantu tubuh badan membakar lebih banyak kalori pada hari tersebut. Apabila anda mengambil sarapan, anda sebenarnya memberitahu tubuh badan anda bahawa terdapat beberapa kalori yang akan diambil lagi pada hari itu. Apabila anda tidak bersarapan, tubuh anda mendapat mesej bahawa ia perlu menyimpan berbanding membakar kalori yang akan diambil kemudian.
Menurut Dr. Christy C. Tangney, pakar pemakanan klinikal di Rush University Medical Center, kajian telah menunjukkan bahawa walaupun individu yang tidak mengambil sarapan dan hanya mengambil sedikit kalori pada hari tersebut, mereka lebih cenderung untuk memiliki indeks jisim badan atau BMI yang lebih tinggi. 
Sarapan memberikan perkadaran yang signifikan bagi pengambilan jumlah nutrien harian. Ia juga memberikan anda nutrien penting seperti folat, zat besi, vitamin B dan serat. Vitamin-vitamin penting, mineral dan nutrien-nutrien lain hanya boleh diperoleh daripada sumber pemakanan sahaja. Oleh itu, walaupun tubuh badan anda masih boleh mendapatkan tenaga yang mencukupi untuk keesokan hari, anda masih perlu menambahkan jumlah vitamin dan mineral untuk mengekalkan kesihatan dan kecergasan tubuh.
Glukosa Tubuh
Glukosa adalah sumber tenaga bagi tubuh badan. Ia dipecahkan atau diuraikan dan diserap daripada karbohidrat yang anda makan. Pada waktu pagi, apabila anda tidak mendapat bekalan makanan selama beberapa jam selepas bangun daripada tidur, simpanan glikogen anda telah berkurangan. Glikogen adalah glukosa yang telah disimpan dalam tisu otot dan hati, yang mana akan dilepaskan perlahan-lahan dalam tempoh semalaman untuk memastikan tahap gula darah anda kekal stabil.
Apabila kesemua tenaga daripada simpanan glikogen telah digunakan, tubuh badan anda akan mula menguraikan asid lemak untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan oleh tubuh. Tanpa karbohidrat, asid lemak hanyak teroksida sebahagian sahaja yang boleh menyebabkan tahap tenaga yang berkurangan. Melalui pengambilan sarapan pagi, ia dapat mengembalikan simpanan glikogen dan meningkatkan tahap tenaga dan juga metabolisme anda.
Kanak-kanak Sangat Memerlukan Sarapan Pagi
Antara sebab mengapa kanak-kanak memerlukan sarapan pagi adalah kerana tubuh mereka sedang mengalami tumbesaran dan mereka memerlukan nutrien yang mencukupi untuk membantu mereka membesar. Kanak-kanak yang tidak bersarapan pagi mempunyai kesukaran untuk memberikan fokus atau penumpuan terhadap pembelajaran mereka. Selain itu, mereka akan mudah letih dan juga mengganggu mood mereka. Terdapat satu kajian yang menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mengambil sarapan pagi mempunyai keputusan ujian yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang tidak mengambil sarapan.
Kanak-kanak yang tidak bersarapan juga lebih cenderung untuk memakan makanan ringan lalu menyebabkan mereka mempunyai berat badan yang berlebihan. Sekiranya anak-anak anda tidak mahu bersarapan di rumah, bekalkan mereka dengan makanan atau snek yang boleh mereka makan dalam perjalanan ke sekolah atau semasa waktu rehat. Ini untuk mengelakkan mereka daripada mengambil snek yang tidak sihat semasa berada di sekolah.
Kelebihan Jika Anda Mengambil Sarapan Pagi
Pelbagai kajian telah menunjukkan manfaat jika anda memulakan hari anda dengan pengambilan sarapan pagi, antaranya ialah:
  • Mempunyai nilai indeks jisim badan atau BMI yang rendah
  • Pengambilan lemak yang lebih sedikit sepanjang hari
  • Memenuhi saranan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Mempunyai pengambilan kalsium harian yang lebih tinggi
  • Mempunyai pengambilan serat harian yang lebih tinggi
  • Mempunyai prestasi yang lebih baik seperti memori dan penumpuan bagi kanak-kanak sekolah
Menurut Dr. Christy, sekiranya anda memulakan hari anda dengan pemakanan yang sihat dan memuaskan pada waktu sarapan pagi, anda cenderung untuk kurang mengambil makanan yang kurang sihat sepanjang hari yang mana sering dilakukan jika kita berada dalam keadaan lapar.
Kekurangan Jika Anda Tidak Mengambil Sarapan Pagi
Selain itu, banyak kajian juga telah menunjukkan beberapa kekurangan yang akan berlaku jika anda ‘skip’ sarapan pagi anda. Antaranya ialah:
  • Lebih cenderung untuk memiliki berat badan yang berlebihan
  • Kurang cenderung untuk memenuhi saranan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Lebih cenderung untuk mengambil snek yang tidak sihat
  • Mengurangkan prestasi mental. Sarapan pagi membantu dalam pembelajaran kerana ia memberi kesan dalam penumpuan
  • Sarapan pagi yang tinggi serat membantu mengurangkan keletihan
Apakah Pilihan Makanan Sarapan Pagi Yang Terbaik Untuk Saya?

Walaupun anda sering bersarapan pagi, ini tidak bermakna bahawa anda boleh memakan apa sahaja mengikut selera anda. Anda juga perlu menitik beratkan jenis makanan yang diambil semasa sarapan pagi. Berikut adalah antara cadangan jenis makanan yang boleh anda amalkan sebagai makanan pertama untuk setiap hari anda:
  • Bijirin tinggi serat bersama dengan potongan buah-buahan, susu rendah lemak atau air kacang soya
  • Protein shake rendah lemak bersama-sama buah-buahan segar
  • Bubur seperti bubur nasi atau bubur oat
  • Roti bakar tinggi serat bersama-sama sapuan mentega kacang
  • Yogurt atau segelas susu
  • Jika anda terbiasa dengan makanan ruji harian anda seperti nasi goreng, pastikan anda memasaknya dengan mengurangkan garam, minyak dan tambahkan banyak sayuran
Kesimpulannya, sesibuk manapun anda sama ada di rumah atau di tempat kerja, ingatlah untuk sentiasa mengambil sarapan pagi. Anda tidak semestinya perlu memasak pada waktu pagi hanya disebabkan untuk bersarapan. Anda boleh membeli makanan dalam perjalanan anda ke pejabat. Anda juga boleh ke kedai-kedai yang beroperasi 24 jam seperti 7 Eleven atau myNews untuk mendapatkan hidangan sarapan pagi anda. Kedai-kedai tersebut menyediakan pilihan makanan yang pelbagai seperti sandwic, mi goreng, nasi lemak dan juga kopi. Oleh itu, tiada alasan lagi untuk anda mengatakan bahawa anda terlalu sibuk dan tidak mempunyai masa untuk bersarapan. Ingatlah, anda berpotensi untuk memiliki berat badan yang berlebihan jika anda sentiasa meninggalkan sarapan pagi anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Sumber: helloDOKTOR
Reaksi kOrang:

12 comments:

  1. yes kami pun suka sarapan. ambil protein shake pun dah cukup :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus tu... Memang elok ambil sarapan pagi ni

      Delete
  2. Saya selalu makan banyak untuk sarapan.. kadang-kadang tak makan lunch

    ReplyDelete
  3. Aduh... uncle selalu jugak termiss sarapan ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni uncle kena ubah taw.. Mesti amek sarapan pagi

      Delete
  4. kalau pagi kan kita kena makan banyak2..nak masuk waktu petang tu tak payah makan dah.nak makan pun elakkan makan byk2 pada waktu petang.kalau malam stop je terus makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi jangan lah terlampau banyak juga sehingga menjejaskan nak lakukan kerja-kerja harian. Seeloknya, kesemua time makan, dimakan dengan bersederhana. Ikutlah sunnah Nabi SAW. Bersederhana lebih baik. Tak perlu lebih-lebihkan yang ini, yang itu.

      Delete
  5. sy sebelum gi ke sekolah memang kena sarapan dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul3x.. Samalah ngan LeYa. Mesti kena sarapan pagi dulu

      Delete

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com