Monday, 13 January 2020

Kemas Bilik Tidur Mengimbas Memori Dengan Koleksi Barangan Antik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sesetengah orang mungkin beranggapan mengumpul barang lama atau antik tidak membawa sebarang keuntungan. Namun, ternyata ia berbeza kepada pencinta barangan antik. Duk sibuk mengemas bilik tidur tempoh hari, LeYa menemukan dengan sesuatu yang lama, vintage atau klasik ketika sewaktu dulu. 


1) Duit Kertas dan Syiling Lama Dari Pelbagai Negara

Ini merupakan koleksi yang masih dikumpul bersama suami LeYa iaitu Mr. Otomen Taro. Minat yang sama terhadap duit-duit lama ni menghasilkan beberapa album duit sebagai simpanan. Ramai juga Money Collector yang berurusan untuk menjual-beli duit-duit lama kami ni. Tetapi tidak terlintas lagi untuk menjualkannya kerana ini lah satu-satunya yang rare dan disayangi. Hehehe...


2) Telefon Bimbit Dari Pelbagai Generasi

Ikutkan sebenarnya ada je lagi koleksi telefon ni. Namun, tidak tahu atau tidak ingat di mana LeYa letak, jadi inilah yang dapat diselamatkan. Hahaha... Telefon pertama LeYa masa tu ialah Nokia 3310 sewaktu mendapat panggilan PLKN Siri 2/2005. Ibu dan Ayah membelikan Nokia 3310 sebagai kemudahan untuk menghubungi mereka. Bagaimanapun, Nokia 3310 pertama LeYa tidak tahu di mana letak duduknya. Adeh! Sedih pulak bila yang pertama dah tiada.


3) Kamera

Ini lagi satu! Seawal usia muda lagi dah menunjukkan betapa LeYa amat meminati bidang fotografi dan suka mengambil gambar. Sebagai anak tunggal perempuan, Ayah dan Ibu menghadiahi LeYa set kamera sebagai minat kepada fotografi. Alhamdulillah... syukur kerana dikurniakan Ibu dan Ayah penyayang.


4) Koleksi Buku Edisi Pertama

Bagi pencinta buku, korang pasti menyukai koleksi-koleksi buku edisi pertama yang LeYa ada ni. Kira-kira, sebelum adanya Blog LeYa ni, memang dah minat membaca sejak dulu lagi.

Novel klasik edisi pertama ni dikatakan sangat bernilai sehingga boleh mencecah ribuan ringgit!


5) Keychain dan Fridgemagnet

Selain membaca dan mengambil gambar, kategori mengumpul keychain dan fridgemagnet adalah yang selalu dijadikan koleksi ketika melancong ke tempat orang. Dan, menurut Mr. Otomen Taro, koleksi keychain dan fridgemagnet LeYa dah mencecah 1,000 koleksi. Hehehe...


6) Kad Jemputan Kahwin Kawan

Pada mulanya ia dikumpulkan sebagai menyimpan alamat rumah kawan-kawan. Lama kelamaan tidak disangka sama sekali menjadi banyak dan rare apabila kawan-kawan sendiri meminta semula gambar kenangan kad masing-masing. Untuk aksi ini, LeYa dah stop setelah melangsungkan perkahwinan bersama Mr. Otomen Taro 6 tahun yang lalu. 


Dalam banyak-banyak koleksi, LeYa paling suka duit-duit lama. Namun, tetap juga yang lain itu istimewa dan antik bagi LeYa. Bak kata orang "Tiada yang lama, tiadalah yang baru.

So, macam mana? Ada tak barang-barang yang LeYa sebutkan tu ada dalam koleksi simpanan korang jugak? Kalau ada, sama-samalah kita menyimpannya dengan baik dan berkongsi pengetahuan sesama rakan yang mempunyai minat sama.
Reaksi kOrang:

14 comments:

  1. Love this photography camera 😊

    ReplyDelete
  2. best hobi macam ni, kan. budak2 sekarang mana rasa kamera gedek2 tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... Betul3x.. Terimbau sekejap kenangan lalu

      Delete
  3. Waaa collection best la bila tgk balik mcm2 kenangan Ada kn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah.. betul.. Terkesima jugak masa mengemas tu. Ingatkan dah takde..

      Delete
  4. i love collecting things too !

    ReplyDelete
  5. Wahh banyaknye koleksi. Kak Feni pon dah nak kena start mengemas ni sebab nak pindah rumah. Haha mesti banyak harta karun yang jumpa nanti tuh.

    ReplyDelete
  6. Wahh banyak yaa koleksi barang lama kak leya simpan

    ReplyDelete
  7. waktu kemas bilik adalah waktu untuk discover khazanah2 dunia haha..

    ReplyDelete

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com