Jumaat, 17 Januari 2020

Khasiat Buah Mulberry

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Khasiat Buah Mulberry - Orang kata berbudi kepada tanah inilah hasilnya. Ye! Korang pasti kenal dan tahu dengan buah Mulberry kan? Pagi tadi LeYa petik Buah Mulberry ni kat pokok yang ditanam ibu. Kat rumah ni adalah dua batang pokok Mulberry. Memang puas makan dan buat jus. Sedap! Dalam asyik makan tu, banyak juga khasiat dari Buah Mulberry ni. Bukan itu sahaja, daunnya juga ada khasiat dan boleh dimakan tau. Huhu... Baru tahu. Ingatkan boleh makan buah dia je. Hehehe... Jom kita intai sikit apa khasiatnya!


Khasiat Buah Mulberry

Buah Mulberry ni merupakan sejenis tanaman yang memerlukan sinar matahari sehingga membolehkan ia tumbuh lebih daripada 100m dari permukaan laut. 

Merupakan tumbuhan asli di bahagian tengah dan timur China dan dikenali nama botaninya, Morus Alba, pokok Mulberry yang ditanam di negara China adalah Mulberry Putih.

Pokok Buah Mulberry menghasilkan buah berwarna hitam dan merah yang banyak ditanam di negara-negara beriklim tropika.

Antara khasiatnya ialah:
  1. Buah Mulberry kaya dengan vitamin C, Kalsium, zat besi, riboflavin, kalium dan magnesium.
  2. Merupakan buah yang tinggi antioksidan dan sangat baik untuk kesihatan dan kecantikan kulit.
  3. Buah Mulberry juga sangat sedap jika dibuat jem.
  4. Bukan sahaja baik untuk kesihatan kulit, malah buah Mulberry boleh merawat anemia, masalah buah pinggang, keletihan dan dikatakan bagus dalam merawat masalah rambut beruban.
  5. Buah Mulberry juga dikatakan baik untuk mereka yang menghadapi masalah kencing tidak lawas atau tidak boleh kencing serta mereka yang menghadapi masalah sembelit dan juga yang menghidap migrain.
  6. Sesuai juga dijadikan sebagai masker dalam perawatan wajah untuk kulit lebih cerah dan licin.
  7. Buah Mulberry juga bagus untuk mereka yang menghadapi masalah pencernaan, mengurangkan masalah gastrik dan membaiki selera makan. Malah boleh juga membantu masalah kembung perut dan sembelit.
  8. Buah Mulberry boleh juga digantikan sebagai kismis atau buah prune kering.
  9. Buah Mulberry sangat baik untuk wanita khususnya wanita lepas bersalin. Ia mampu menambahkan darah, mengurangkan anemia, menambah tenaga dan mengurangkan keletihan. Mulberry juga membantu mengurangkan kebas tangan dan kaki sekaligus membantu ibu tidur lebih nyenyak.
  10. Resceratol Antioksidan yang terdapat dalam buah Mulberry ini merupakan antioksidan yang sangat baik dalam kesihatan jantung.
  11. Di Asia, buah Mulberry dijadikan antara rawatan bagi penyakit cacing pita, arthritis, insomnia dan penyakit kulit seperti kurap.
  12. Anthocyanin sejenis antioksidan yang kuat dan jarang-jarang terdapat pada buah lain. Ia mampu memperkuatkan tubuh dan menjauhkan kewujudan serta menghapuskan bintik-bintik gelap di wajah. Sebab itulah buah Mulberry sering terlihat banyak dalam pelbagai produk kecantikan dan pencerahan.
  13. Antioksidan yang ada juga mampu mencegah penyakit kanser, diabetes, penyakit saraf serta membantu melambatkan penuaan dan sebagainya.
  14. Mereka yang sering memakai kanta lekap dan menghadapi masalah mata kering digalakkan untuk menikmati buah Mulberry kerana dikatakan sangat baik untuk kesihatan mata.

Khasiat Buah Mulberry memang sangat banyak. Jika ada sebarang alahan, perlulah terlebih dahulu untuk mendapatkan nasihat pakar perubatan bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.

Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi nilai tambah kepada semua untuk berbudi kepada tanah. 

Kalau korang nak tahu Khasiat Pokok dan Daun Buah Mulberry, LeYa kongsikan link sahabat LeYa yang sangat banyak dan rajin berkongsi tips. Jom baca di blog beliau!


Gambar ihsan Mr. Google

Okay, LeYa nak berhenti minum Jus Mulberry dulu ye. Tata Titi Tutu...Hehehe...

20 ulasan:

  1. Akak suka maka macam tu aje..bagus jugak buat jus sebab agent pelawas ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anak buah LeYa suka petik terus makan. Pastu masam dia buang.. Hehehe...Memang sedap kan lagi-lagi yang hitam tu.. Manis!

      Padam
  2. x sangka byk khasiat buah mulberi ni. Selalu dgr buah mulberi dlm lirik lagi didi n friends je...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe... Lagu Didi & Friends tu best jugak kan..

      Padam
  3. Dut ağacından dut toplamak çocukluğum da çok severdim 😊

    BalasPadam
  4. Cikgu memang suka buah ni. Kat sekolah, memang dok tunggu juga bila dia berbuah. Kadang dapatla merasa sebiji dua.

    BalasPadam
  5. Banyak khasiat buah Mulberry nie kan Leya. Terima kasih Leya sudi kongsi link Kak Sue, semoga dimurahkan rezeki selalu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul3x.. Dah la sedap pulak tu.. Hehe..ok.sama-sama lah kita

      Padam
  6. waalaikumussalam. teringinnya nak makan sebab belum pernah makan lagi. hehe :D

    BalasPadam
  7. Waa mesti bestkan boleh cucuk tanam dkt rumah... Bestnya dapat makan hasil tanaman sendiri..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hee.. Tapi yang menanam Ibu.. Bukan LeYa pun..

      Padam
  8. Balasan
    1. Memang banyak sis. Dan sedap pulak tu..😋😋

      Padam
  9. Rabia tak pernah makan lagi blueberry hehhehe nampak sedap tu. Khasiat blueberry pun banyak kan

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com