Selasa, 27 Ogos 2019

Raikan Sambutan Ulang Tahun Ke-20 Rumah Ronald McDonald HCTM-UKM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Baru-baru ini LeYa sempat menghadiri sambutan Ulang Tahun ke-20 Rumah Ronald McDonald (RRM) di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM-UKM).

Rumah Ronald McDonald HCTM-UKM

Kalau korang nak tahu, Rumah Ronald McDonald ini ditubuhkan pada tahun 1999 oleh Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC Malaysia) dan hampir 1,300 keluarga pesakit pediatrik dari seluruh negara telah menginap di sini. Senang cerita, RRM ini merupakan rumah penginapan dalam hospital yang pertama di rantau ASEAN untuk membantu meringankan beban keluarga pesakit pediatrik yang perlu jalani rawatan di HCTM-UKM.

Rumah Ronald McDonald HCTM-UKM
Sedikit Pengenalan Mengenai Rumah Ronald McDonald (RRM) di HCTM-UKM

Okay... Meh LeYa cerita sikit tentang pembinaan rumah ni. RRM di HCTM-UKM ketika awal pembinaannya telah menelan belanja sebanyak RM2 juta hasil sumbangan pelbagai pihak termasuklah orang awam dan syarikat-syarikat korporat. Dimaklumkan sehingga kini, rumah ini telah melalui penaiktarafan dan penambahbaikan sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2004 dan 2014, juga hasil daripada sumbangan rakyat Malaysia yang prihatin melalui tabung sumbangan RMHC Malaysia di semua restoran McDonald's seluruh negara.

Mengimbau detik kenangan ketika merasmikan rumah ini, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, isteri Perdana Menteri Malaysia amat berbangga melihat komitmen berterusan yang ditunjukkan  oleh RMHC Malaysia dan HCTM-UKM dalam usaha membantu keluarga-keluarga pesakit pediatrik di sini untuk berada dekat dengan anak-anak mereka yang menjalani rawatan. 

Sambutan Ulang Tahun Ke-20 Rumah Ronald McDonald HCTM-UKM
Melalui ucapan Azmir Jaafar, Presiden RMHC Malaysia merangkap Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia, "Konsep unik 'home away from home' rumah ini merupakan usaha murni RMHC Malaysia bagi membolehkan ibu bapa dan penjaga memberi tumpuan sepenuhnya terhadap proses pemulihan anak mereka. Kami juga berharap agar melalui kerjasama strategik dengan Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, kerajaan negeri dan mana-mana penyedia perkhidmatan kesihatan khususnya hospital-hospital yang berkepadatan tinggi, kami boleh memperluaskan lagi program ini untuk dimanfaatkan oleh keluarga pesakit di seluruh Malaysia."

Sambutan Ulang Tahun Ke-20 Rumah Ronald McDonald HCTM-UKM
Tambahan lagi, kerjasama antara pihak RMHC Malaysia dengan pelbagai pihak termasuk syarikat-syarikat korporat, badan-badan bukan kerajaan dan individu-individu telah sedikit sebanyak memberi keceriaan kepada keluarga pesakit dan pesakit sendiri yang menggunakan kemudahan di rumah ini. Selain wang tunai, pihak RMHC Malaysia menerima pelbagai sumbangan berupa bahan makanan kering dan basah, keperluan harian dan lain-lain.

Sambutan Ulang Tahun Ke-20 Rumah Ronald McDonald HCTM-UKM
Rumah Ronald McDonald merupakan program global RMHC yang kini sudahpun menjangkau 370 buah di seluruh dunia. RMHC Malaysia memberi tumpuan kepada 4 program utama untuk membantu kanak-kanak di Malaysia iaitu Rumah Ronald McDonald, Bilik Sensori Ronald McDonald, 'Gift of Smile' dan Pek Kembali ke Sekolah. Kesemua program ini meliputi 3 bidang utama RMHC Malaysia iaitu Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan.

Sambutan Ulang Tahun Ke-20 Rumah Ronald McDonald HCTM-UKM
Sambutan Ulang Tahun Ke-20 Rumah Ronald McDonald HCTM-UKM
Fakta Ringkas Rumah Ronald McDonald, HCTM-UKM
  • Bayaran penginapan: RM5 untuk satu malam
  • Bilangan bilik tidur: 19 (boleh memuatkan 19 keluarga pada satu-satu masa)
  • Bilangan katil: 57 katil
  • Kemudahan lain yang disediakan: Ruang makan, ruang istirehat, surau, dapur, bilik dobi, bilik dan taman permainan, perpustakaan, gim mini dan bilik komputer
  • Aktiviti menarik yang dijalankan: Hari keluarga, kelas masakan sihat, kelas kecergasan, sambutan hari jadi untuk pesakit kanak-kanak dan sambutan-sambutan perayaan
Sambutan Ulang Tahun Ke-20 Rumah Ronald McDonald HCTM-UKM
Pembukaan RRM Kedua di HUSM, Kubang Kerian

RMHC Malaysia juga telah merasmikan pembukaan Rumah Ronald McDonald kedua di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian bagi meringankan beban keluarga pesakit kanak-kanak di Kelantan dan kawasan Pantai Timur.


Sambutan Ulang Tahun Ke-20 Rumah Ronald McDonald HCTM-UKM

Untuk maklumat lanjut mengenai Rumah Ronald McDonald Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM-UKM), Kuala Lumpur, boleh hubungi di talian

03 - 9173 5994

atau yang ingin memberi sedikit sumbangan wang tunai atau menjadi sukarelawan, boleh hubungi ibu pejabat RMHC Malaysia di talian

03 - 7843 3388

Alamat
Ronald McDonald House, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, 56000, Cheras

Website
www.rmhc-malaysia.my


Syukur kehadrat Ilahi dan didoakan semoga akan ada lebih banyak lagi Rumah Ronald McDonald di seluruh negara bagi membantu lebih ramai keluarga dan pesakit yang kurang berkemampuan. Aaminn.

12 ulasan:

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com