Rabu, 14 Ogos 2019

Lepak Santai di Penang Road Famous Teochew Chendul, The Mines, Seri Kembangan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Okay... Lama dah LeYa nak up story ni. Tapi asyik tak berkesempatan je kan. Hehehe... Hari tu LeYa dengan rakan LeYa, Tasya ada lah pergi jalan-jalan dekat The Mines, Seri Kembangan, Sajalah outing dengan kawan-kawan yang dah lama tak berme-time bersama. Dah penat jalan-jalan, cuci mata, terasa perut minta diisi. Kebetulan, LeYa terpandanglah satu restoran ni dan terus ajak Tasya makan-makan dan lepak santai di Penang Road Famous Teochew Chendul di tingkat 1.


Lepak Santai di Penang Road Famous Teochew Chendul, The Mines, Seri Kembangan

Actually, memang banyak jer tempat makan area sini. Tempat makan kat sini pun semua selesa dan berhawa dingin. Tapi LeYa tertarik untuk try dan rasa makan di Penang Road Famous Teochew Chendul, The Mines ni. Lepak lama-lama, borak-borak dengan Tasya pun takde hal sebab selesa dan sejuk je kan. But, kalau time crowded kena lah fikirkan untuk orang lain yang datang nak makan jugak. Hehehe... Yang menariknya pilihan makanan kat sini sudah tentulah makanan tempatan yang asli dan enak. Restoran Teochew Chendul ni memang sangat terkenal di Pulau Pinang. Tapi, memandangkan LeYa berada di Kuala Lumpur dan tak tahu bila nak ke Penang tuh, jadinya baiklah singgah dan makan dekat The Mines, Seri Kembangan ni jer. Tak silap LeYa ada beberapa outlet juga berada di sekitar KL ni. So, korang tak perlu risau okay! Jom tengok apa kitorang makan.


Menu 1: Penang Mee Hoon Soup RM10.90


Ni merupakan makanan yang di pesan Tasya. Katanya teringin sangat nak makan sup-sup. Korang boleh try makan mee sup ni dekat sini. Memang sangat sedap.

Menu 2: Penang Curry Mee RM10.90


Okay... LeYa memilih untuk rasa makanan berkuah dan panas juga. Nak diambil sup, pilihan dah dibuat Tasya. So, LeYa pun decide rasa Penang Curry Mee ni. Kuah dia rasa pekat dan ada pedas. Memang sedap dan rasa panas jer masuk ke tekak LeYa yang kering ni. Tapi, masa tu baru nak sembuh sakit, jadinya LeYa tak dapat nak habiskan makan dek rasa mual sebab terlalu banyak. Mungkin nak repeat makan lagi lah dengan Mr. Otomen Taro pulak.


By the way, LeYa memang sukalah makan di Penang Road Famous Teochew Chendul, The Mines ni. Rasa setiap makanannya sangat sedap dan kena dengan selera LeYa. Next time, memang nak ajak Mr. Otomen Taro dating makan-makan kat sini lah. 

10 ulasan:

  1. sedapnyaaa..baru tahu dekat The mines ada Teochew cendul.. boleh pi try lah lepas nie..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah ade sis... LeYa pun hari tuh jalan-jalan ngan kawan kat sini.. Tu yang try tu

      Padam
  2. Nampak sedap tu Leya.. nanti kalau ke sana boleh lah Kak Sue cuba juga..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul3x meneyelerakan tekak LeYa.. Tu yg LeYa pun nak repeat lagi. Jom!

      Padam
  3. pernah datang kedai ni di setia city mall. boleh tahan harganya. berpatutan dengan rasa. masa tu makan mee kari ke apa tah xingat, dengan rojak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap kan... LeYa nak repeat lagi nanti dengan Incik Suami pulak

      Padam
  4. br smlm tgk vid kt IG psl gerai cendol ni kt penang... ooo ada caw kt sini rupanya...bolehlah terjah nnt

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes sis.. Byk je kat area KL ni. Kat Sunway pun ade kalau xsilap

      Padam
  5. Masa kat Penang tak sempat nak pergi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pergi yang kat KL je la.. Senang kan.. Hehe...

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com