Jumaat, 8 Mac 2019

Percutian Menarik Dengan Traveloka Sale-Abration dan Matta Fair Promo!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Cuti sekolah penggal pertama tahun 2019 ni dah nak bermula. Korang dah rancang tempat percutian yang menarik dengan keluarga? Ke mana destinasi menarik korang nak pergi? Inilah masanya untuk korang dan keluarga mahupun rakan-rakan meluangkan masa lama sedikit bersama-sama.

Bagi LeYa yang sememangnya suka travel ni memang panas punggung kalau tiada destinasi menarik nak dituju dalam setahun. Tak kiralah dalam negara atau pun luar negara, mesti nak travel. Kenapa LeYa suka travel? Sebab utamanya sangat suka melihat pemandangan cantik di tempat orang dan juga ingin mengenali lebih dekat makanan, budaya dan adat sesuatu masyarakat itu sendiri. Sambil-sambil tu juga dapatlah merehatkan minda dari hiruk pikuk kotaraya dan sebarang tugas yang banyak selama ini.


Jadi, Jom Rancang Percutian Menarik korang dengan Traveloka Sale-Abration dan Matta Fair 2019 yang kini sudah kembali! Bersempena Matta Fair ni, rasanya pasti ramai Travellers ternanti-nanti event besar ni dan tidak sabar untuk mendapatkan promosi dan tawaran menarik pakej pelancongan Traveloka Sale-Abration dan Matta Fair 2019. Melancong sambil berjimat dengan Traveloka Sale-Abration dan Matta Fair pasti menguntungkan.

LeYa memang dari dulu lagi dah consider dan jadi pelanggan tetap bersama Traveloka, jadinya tak keberatan kalau LeYa nak cakap yang Traveloka Sale-Abration dengarnya akan ada banyak tawaran menarik dengan harga yang berpatutan sempena Matta Fair ni. Yuhuuu.... Tak sabarnya nak tengok!


Matta Fair! Semua pun pasti tahu apa yang menarik di situ. Dan pasti, ramai dah terbayangkan tawaran-tawaran diskaun yang banyak dan murah seperti tiket penerbangan, bilik penginapan, pakej pelancongan sama ada dalam negara mahupun luar negara. Pengalaman LeYa ketika pernah kunjungi Matta Fair dua tahun lepas, memang seriously ramai gila orang dan juga rambang mata nak memilih pakej dek semuanya memberikan diskaun terbaik dari yang terbaik. Ada rasa nak pitam juga bila dah tak tahu nak pilih yang mana satu. Tetapi yang penting kita kena jadi bijak dan pandai memilih.


Bagi korang yang memang merancang untuk percutian menarik dengan keluarga mahupun rakan-rakan, inilah masanya untuk mencari pakej pelancongan yang menepati dengan bajet korang. Bukannya apa, takut nanti bila dah balik semula selepas percutian, diri sendiri termenung mengenangkan perbelanjaan sudah habis ketika di percutian. Korang kenalah bijak menangani semua ini dengan grab tawaran yang disediakan. Jimat dan Berbaloi!

Trend sekarang ni ramai yang suka melancong dengan gaya Backpacker yang mana ia adalah melancong sendiri tanpa perlu menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan. Ini kerana ia lebih menjimatkan kos dan sangat sesuai kepada Traveller yang punyai bajet yang terhad. Jadi, kalau korang nak tahu cara melancong secara Backpacker dan menjimatkan kos, ianya mudah dengan adanya Traveloka. Melalui Traveloka Sale-Abration 2019, korang akan nikmati pelbagai pilihan menarik seperti penerbangan dan penginapan dengan harga yang sangat murah. Memang rugi sangat kalau korang lepaskan peluang ini.


Kenapa Memilih Traveloka?

Memilih dengan melancong bersama Traveloka memang satu perkara yang bijak kerana seperti kebiasaannya tawaran dan promosi kesemuanya berbaloi-baloi, sama seperti promosi pakej-pakej di Matta Fair. Yang bestnya, dengan Traveloka ni, korang tak perlu nak bersesak-sesak di Matta Fair untuk dapatkan yang terbaik. 

Kelebihan dan Pengalaman Bersama Traveloka

Sejujurnya hampir dua tahun LeYa menggunakan aplikasi dan website Traveloka, tidak pernah lagi mengecewakan. Ini kerana harga yang dipaparkan semuanya harga yang berpatutan dan tiada caj tersembunyi. Selain itu, transaksi ketika membuat pembayaran juga selamat dan tidak pernah bocor ke mana-mana orang yang tidak bertanggungjawab. Sebab itu, LeYa consistent menggunakan aplikasi terbaik ini.

Bukan setakat itu sahaja. Lumrah dalam kehidupan kita di dunia ini, semuanya kita nak yang murah tetapi berkualiti dan berpatutan. Dengan aplikasi mudah alih dari Traveloka ini, rata-rata yang LeYa boleh katakan ia sangat murah dan bilik-bilik penginapan di hotel yang ditawarkan cantik dan kemas serta murah.


LeYa suka dengan aplikasi Traveloka ni sebab boleh tempat penginapan dan penerbangan sekali dan ada promosi diskaun lagi. Best kan! Hotel mewah dan cantik, harga murah. Harga yang dipaparkan tu pun tak ada caj tersembunyi taw. Semuanya dah termasuk dengan cukai yang dikenakan. Jadi, memang murah dan berbaloi-baloi kan.

Tapi kan! Mesti korang risau kan kalau tak berkesempatan untuk ke Matta Fair. Jangan perlu risau lagi, sebab korang yang tak berkesempatan ke Matta Fair, boleh kunjungi Travel Sale-Abration ni hanya dengan teknologi di hujung jari.


Menarik kan! So... Bila lagi nak bercuti dengan keluarga dengan tiket penerbangan dan penginapan yang hebat dan murah? LeYa harap dengan perkongsian artikel ni membantu korang untuk mendapatkan maklumat percutian yang menarik. Selamat bercuti dan semoga bermanfaat ye.

14 ulasan:

  1. Yeahh jom bercuti.. Tak sabr ni tunggu traveloka saleabration..

    BalasPadam
  2. nk terjah app depa sat gi, nk tgk mana best utk pergi hehehe

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Cantik tertarik menarik memang dabommm..hehe..

      Padam
  4. Balasan
    1. Jom3x... Bercuti sambil berjimat dengan Traveloka

      Padam
  5. Bestnya..tak sabar nak tunggu ni

    BalasPadam
  6. Mmg website wajib serbu bila nak g travel.. sbb semua boleh dibuat sekali.. hotel dan flight.. jimat masa dan jimat nilai wang

    BalasPadam
  7. hello beiibbyyy ,,,,,,
    ni kita bocorin sdkt rahasia yaaaa,,,hmmm,, ap ya kira"? hehehe
    RAHASIANYA ,,,, ad promo loh di WWW.FANSBETTING..CO
    nah untuk itu bisa langsung add aj kontak kmi dan bertny" lebih lanjut untuk info PROMONYA ya
    >>>fansbetting<<<BBM : 5EE80AFE ^o^
    WA @ +855 963 156 245
    line @ fansbetting
    wechat @ fansbetting
    bersama dengan kami CS fansbetting
    kami ucapkan selamat siang dan selamat beraktifitas ya guyssssssss thankyouuuuu ^O^

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com