Sabtu, 15 September 2018

Kini Anda Boleh Main Tipu Dalam Monopoly Cheaters Edition

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Ada tak kat sini yang masih ingat dan suka dengan permainan Monopoly daripada Hasbro? Menariknya kali ini LeYa nak bagitahu korang yang suka bermain tipu dalam permainan ini kini boleh main tipu tanpa kena tangkap dalam edisi Monopoly Cheaters Edition

Monopoly Cheaters Edition dihasilkan kepada semua pemain untuk lebih berfikir dan mengelakkan diri daripada seberapa banyak kesalahan yang ada. Tapi Awas! Jika tertangkap, korang akan ditahan ke lokap berserta memakai gari tangan yang disediakan.


Kalau sebelum ni, Monopoli Klasik dikatakan telah mencetuskan perselisihan di kalangan para pemain. Jadi, Monopoly Cheaters Edition ini telah dikeluarkan dari satu kajian oleh Hasbro di mana hampir keseluruhan pemain permainan Monopoli suka menipu lebih-lebih lagi menginginkan duit bank. 

So, edisi penipuan ini memang terbaik kepada pemain yang suka menipu kerana boleh bermain tipu untuk menang. 


Monopoly Cheaters Edition didatangkan dengan peraturan yang memerlukan pemain bermain untuk mengikut segala peraturan, mengubah dan menipu bagi memenangi permainan itu. Ia sama seperti Monopoli sebelum ini. Yang paling kaya dan tak kena tangkap adalah pemenangnya. 

Edisi penipuan ini memungkinkan kesukaran untuk menghabiskan permainan kerana pemain boleh langkah petak dan mengambil duit lebih Monopoly bila melepasi GO serta melepaskan diri dari membayar tapak sewa kepada pemiliknya.



Cara bermain edisi penipuan ini sama seperti edisi yang biasa. Pemain perlu bermain dengan misi dan visi mereka untuk menang. Jadi, korang kenalah pandai merancang untuk membeli dan menjual hartanah serta mengumpul wang untuk menang. Teruja tak korang?

Korang kena betul-betul fokus dalam permainan Monopoly Cheaters Edition ini sebab penipuan amat digalakkan dan permainan akan menjadi lebih sukar sebab semuanya berusaha untuk mengambil duit secara senyap dari bank Monopoly dan tidak membuat sebarang pembayaran terhadap tapak-tapak yang disinggah kepada pemiliknya. 


Monopoly Cheaters Edition hadir dengan 1 papan permainan, 1 unit gari plastik, 6 token, 15 kad penipu, 22 kad Deed, 1 paket duit Monopoly, 16 kad peluang, 16 kad peluang menipu, 16 hotel, 2 dadu, 1 peraturan permainan dan 1 tray bank.. 


Monopoly Cheaters Edition kini boleh didapati di semua kedai permainan dengan harga RM103.70. Maklumat lanjut dan segala aktiviti terkini boleh dapatkan di laman web, https://www.hasbro.com/en-my.


Sabtu, 8 September 2018

DK Impian, Damansara West - Rumah Idaman dan Pelaburan Terbaik Untuk Dimiliki

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Memiliki kediaman hari ini bukanlah satu perkara mudah. Isu bagaimana ingin memiliki rumah pertama memang selalu diceritakan oleh anak muda. Namun, kali ini LeYa ingin berkongsi satu lokasi yang strategik untuk korang memiliki kediaman sendiri dan juga memberi pulangan lumayan dengan menjadikan pelaburan aset jangka masa depan secara konsisten melalui sewaan.


Pada 4 September lalu, LeYa telah berkunjung ke DK Impian Sales Gallery bagi melihat sendiri rumah kediaman di bawah projek pembangunan mereka. DK Impian merupakan pemaju hartanah Malaysia yang cukup terkenal dan sangat komited dan berkebolehan dalam mengendalikan maklumat hartanah melalui pencapaian yang pernah diperolehinya. 

Apa yang korang inginkan untuk memiliki sesebuah kediaman?
Sudah pasti kedudukannya yang dekat dengan kemudahan asas seperti kedai-kedai runcit, stesen LRT, dekat dengan tempat kerja dan paling penting kediaman yang selesa dan selamat.

Yang pastinya lagi, setiap orang inginkan rumah idaman masing-masing yang tidak semestinya rumah tersebut adalah rumah pertama yang harus dibeli. Menerusi perincian penerokaan LeYa bersama DK Impian, ia boleh dijadikan sebagai pelaburan pertama dalam memiliki rumah idaman yang akan datang. Dengan memiliki lokasi yang strategik yang dekat dengan segala kemudahan seperti stesen LRT dan terminal lapangan terbang Subang menjadikan ia sebuah lokasi yang memenuhi citarasa anak muda untuk memilikinya.



Kediaman yang dibina di bawah Akta Hakmilik Strata dan ia bukan sekadar menawarkan rekaan dalaman yang cukup moden, bahkan jika dilihat susun atur bangunannya, ia sangat menarik dan sempurna. Sebagai contoh, di bahagian atas bumbung atau lebih dikenali sebagai rooftop, terdapat kawasan beriadah buat penghuni rumah yang menginginkan rehat setelah penat seharian bekerja dan mengadap kesesakan lalu lintas serta BBQ bersama rakan-rakan mahupun keluarga. Selain itu, terdapat juga ruang kolam renang, gymnasium dan kedai runcit untuk memudahkan lagi pemilik kediaman.

Ciri-ciri lain yang membuatkan ia adalah unik dan menarik ialah rumah di DK Impian ini mempunyai 2 kunci utama di bawah satu unit rumah, di mana pemilik boleh menyewakan bilik yang lagi satu tanpa mengganggu privasi pemilik itu sendiri. Bagi memiliki kediaman ini, pemaju juga menawarkan pemasangan "fully furnished" kepada pemilik kediaman seperti kabinet, katil, sofa, aircond dan lain-lain untuk memudahkan pemilik tidak tercari-cari perabot untuk dibawa masuk. Jadi, pemilik tidak perlu risau lagi, Masuk rumah dengan tangan kosong jer.. Tak perlu berpenat lelah mengangkat perabot itu ini.


Rumah jenis Type B memang kelihatan agak kecil tetapi ia sangat sesuai kepada bujang yang inginkan keselesan dan dalam masa yang sama menginginkan pelaburan di masa depan. 


Sofa yang kami duduk ini sebenarnya juga merupakan kompartment katil yang boleh dilipat. Jadi, ia menjimatkan ruang kediaman seperti yang kita pernah lihat susunan kediaman di Jepun yang mana rumah-rumah mereka kecil tetapi kemas dan cantik. Penataan perabot dan ruang harus tahu untuk tampak luas dan cantik.

Ruang dapur yang ringkas dan kemas



Ruang dapur untuk kunci kedua yang lagi satu, Juga menampakkan moden dan tahu mengisi ruang keselesaan di kediaman.

Rumah berkeluasan agak sederhana besar dan memiliki 2 bilik tidur + 2 bilik air. Sesuai untuk keluarga yang tidak ramai atau boleh juga dijadikan homestay. 



Ruang yang agak luas untuk ahli keluarga berehat dan bersantai.




Kediaman ini agak luas dan juga sesuai untuk yang sudah berkeluarga. 




Ruang tidur dan bilik mandi yang cukup selesa, moden kontemporari dan luas buat ahli keluarga yang mendiaminya di sini.


Harga yang ditawarkan bermula daripada RM320,000 untuk semua kelengkapan yang dinyatakan. Ia cukup berbaloi dengan rekaan rumah, fasiliti dan kemudahan yang telah diberikan. Memang satu pelaburan bijak memiliki kediaman di DK Impian Damansara West ini.

Untuk maklumat lanjut, boleh terus ke pejabat urusan DK Impian yang terletak di:

Pantai Berkat Sdn Bhd
No 25, Jalan Uranus AG U5/AG,
Bandar Pinggiran Subang,
Seksyen U5,
40150 Shah Alam, Selangor

atau boleh juga hubungi di talian dan lawati laman web yang tertera:

No Telefon
017 - 200 2322 @ 017 - 200 6662

Website



Jumaat, 7 September 2018

Lazada Shopathon Blogger Contest

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Dah lama juga LeYa tak join Lazada Blogger Contest ni kan. Jadi, untuk kali ini LeYa cuba lah merealisasikan impian untuk menceburkan diri join Shopathon Blogger Contest yang dianjurkan Lazada untuk bulan September ni. Sempena 9.9 Festival Sale, Lazada ada buat tawarkan jualan hebat yang akan berlangsung pada 6 September hingga 9 September 2018 ini. 

Aha! Pasti ramai teruja kan. Mana taknya, barang-barang semua akan dijual murah-murah. Memang rugi lah kalau tak shopping masa Lazada buat tawaran hebat ni. So, korang save the date ye dan selamat bershopping lah nanti di Lazada 9.9 Festival Sale.

Select three products on Lazada that you have always wanted to buy

Apa ye tiga produk yang LeYa nak sangat beli? Owh ye... Jom tengok bawah apa yang LeYa inginkan.

1) LG 55" Series 4K UHD HDR Smart TV (Magic Remote + Bracket)

Sebelum ni, TV yang ada di rumah LeYa ni adalah hasil ikhsan ayah LeYa sendiri yang meminjam TV di bilik tidurnya memandangkan rumah LeYa tidak ada TV. Terima kasih LeYa ucapkan buat ayah tersayang. Siapalah kita untuk menidakkan kasih sayang seorang ayah kan. So, dah lama juga lah LeYa pendam dan kumpul duit untuk memiliki Smart TV ni. Harga pun nampak Lazada dah bagi promosi gila-gila punya. Semoga impian LeYa memiliki Smart TV ni tercapai lah ye.. Ekeke...

2) BAHAGIA Peyton 2+3 Seater Sofa Set

Apa yang membuatkan seorang wanita itu bahagia ialah apabila rumah yang didiaminya dilengkapi dengan segala kemudahan dan keselesaan untuk seisi keluarga. Bukan jenis yang memilih, tetapi bila dah membeli tu, seeloknya la pilihan barangan lebih berkualiti dan harga berbaloi. 

Kalau LeYa beli sofa 3+2 seater ni, mudah lah keluarga sebelah LeYa atau Otomen datang nanti. Tak perlu lagi tak cukup tempat duduk kan. Selesa sangat dapat duduk sofa baru.

3) Canon EF 75-300mm f/4-5.6 III Lens

Ya! Rasanya korang tahu kan yang LeYa dan Otomen ni Part Time Photographer. Jadinya, untuk kelihatan lebih cool dan gambar tampak lebih menarik, LeYa memang berkeinginan untuk memiliki Lens ni. Kebetulan 9.9 Festival Sale telah menjadikan harga Canon EF 75-300mm ni RM386.00. Dah murah sangat ni. Sales lebih dari 51% tuh...

Siapa lagi lah nak bagi kan?

9.9 Festival Sale akan berlangsung pada 6 September hingga 9 September 2018. Jadi, apa tunggu lagi? Jom serbu dan cuci mata di Lazada Malaysia sekarang!

Dan.... Jangan lupa untuk doakan LeYa menang contest ni ye. Korang pun yang berminat nak join contest ni boleh lah klik Shopathon Blogger Contest. Yang nak terus shopping, jom klik 9.9 Festival Sale.

Khamis, 6 September 2018

#MYCYBERSALE Shopping Spree On Carousell

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Rakyat Malaysia kini boleh memulakan usaha membeli-belah bersempena dengan MYCyberSale 2018. Bermula dari 3 September 2018 sehingga 7 September 2018, pengguna boleh mengeluarkan sedikit wang anda untuk tawaran hebat dan menarik ini di Carousell, salah satu daripada pasaraya iklan terbesar dan paling cepat berkembang di dunia.


Jualan mega selama lima hari untuk pelbagai produk boleh didapati di Carousell:

Kategori:
Fashion: https://caro.sl/MYCyberSaleFashion
Health & Beauty: https://caro.sl/MYCyberSaleBeauty
Home & Furniture: https://caro.sl/MYCyberSaleHome
Gadgets: https://caro.sl/MYCyberSaleGadgets

Tunggu! Ada lagi uolls. Tengok ni!

RM5.90 Promosi Penghantaran Flat-Rate Sepanjang bulan September dengan EasyParcel

Bungkusan boleh dihantar pada harga Flat-Rate dari RM5.00 dan RM5.90 dengan Pgeon Delivery dan EasyParcel di seluruh Semenanjung Malaysia.

Bermula dari 1 September 2018 hingga 30 September 2018, perkongsian ini antara Carousell Malaysia dan EasyParcel akan memberi ganjaran kepada penjual Carousell dengan kredit RM10 percuma untuk setiap tambahan kredit RM100 dalam akaun penghantaran mereka. Ini adalah terhad kepada penebusan satu kali bagi setiap pengguna.

Untuk maklumat lanjut, layari Carousell di https://my.carousell.com, atau muat turun aplikasi Carousell dari Apple Store atau Google Play Store.

AQINA, Pembekal Ayam Kampung Organik Pertama Diiktiraf Di Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini kita tahu dunia semakin mencabar berbanding sebelum ini. Ramai yang sudah tahu apa itu kualiti dan seringkali mereka menginginkan segala yang dilakukan semuanya fokus kepada keperluan yang berkualiti, lebih-lebih lagi dalam soal pemakanan.

Semua pun hari ini menginginkan makanan yang sihat dan dapat memberi tenaga untuk menjalankan aktiviti harian. Jadi, pemilik perniagaan AQINA telah menyedari kepentingan menyediakan ayam kampung organik yang terbaik untuk pelanggan mereka.


Pada 04 September 2018 dalam pelancaran produk Ayam Kampung Organik AQINA di KL Gateway Mall, AQINA Farm telah diiktiraf sebagai syarikat pertama dan satu-satunya di Malaysia yang menerima dua skim pensijilan iaitu Skim Pensijilan Organik Malaysia (myOrganic) dan Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia (myGAP) oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia. Majlis tersebut telah dilancarkan oleh Encik Wesley Tan, Pengarah Eksekutif Kumpulan AQINA, dan turut disempurnakan oleh Tetamu Kehormat, Encik Yasser Arafat bin Zainal Rashid, Ketua Penolong Pengarah (Pemasaran Produk PKS) Bahagian Pembangunan Perniagaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.



Ayam Kampung Organik AQINA telah terbukti mempunyai isi yang lebih padat, sihat dan juga terdapat peratusan lemak yang lebih rendah sebanyak 30% berbanding ayam konvensional. Ramai hari ini sudah mula peka dengan nilai nutrisi makanan, jadinya bahagian "Organik" telah mendapat sambutan yang sangat tinggi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran segar di kebanyakan pasaraya besar. Permintaan terhadap ayam kampung organik semakin meningkat dan sering menjadi pilihan kepada semua yang mengamalkan kehidupan sihat kerana ia mengandungi kurang lemak, bebas daripada ancaman toksin hormon dan masakan menjadi lebih enak.


Potongan daging yang lebih padat membuatkan ayam kampung organik menjadi pilihan protein yang sihat, menjimatkan masa memasak dan menjadikannya pilihan seisi keluarga. Sesiapa sahaja pun di antara kita tidak suka memakan makanan yang mengandungi racun, namun ayam yang diternak secara komersial mengandungi hormon, antibiotik dan sisa racun perosak yang mana mungkin ia menjadi ancaman kepada masalah kesihatan.

AQINA, pembekal "Pilihan Daging Sihat" telah dikenali sebagai peneraju ayam kampung sejak 20 tahun lalu. Ia juga dikenali sebagai salah satu syarikat pengeluar ayam kampung terbesar di negara ini. Beroperasi sebagai pusat sembelihan HALAL yang disahkan dan juga pusat pemprosesan di Taman Perindustrian Ulu Choh, Pekan Nenas, Johor, AQINA mempunyai kapasiti pengeluaran sebanyak 6,000 ekor ayam setiap jam. AQINA juga mempunyai kepakaran menternak ayam kampung secara tradisional dan organik yang mengambil masa lebih lama iaitu lebih dari 70 hari bagi mencapai ukuran optimal ayam itu tanpa pemberian antibiotik dan hormon pertumbuhan.


Pengarah Eksekutif Kumpulan AQINA, Encik Wesley Tan sangat gembira dengan posisi AQINA Farm sebagai ladang ternakan pertama di Malaysia yang telah menerima pengiktirafan daripada Kerajaan Malaysia dengan pensijilan myOrganic dan myGAP berkata, "Ayam Kampung Organik AQINA adalah unik dan mewakili kualiti yang paling tinggi bagi ternakan dalam pasaran organik di mana makanan bagi ayam-ayam AQINA diformulasikan menggunakan formula tersendiri yang mengandungi enzim bromelain semulajadi yang hanya terdapat pada nenas MD2 yang turut mengandungi Vitamin C, Vitamin B1, Kalium, mangan dan phytonutrients."


Dalam majlis itu juga, Dr. Gulam Shah bin Faizal Din merupakan pakar perunding veterinar profesional telah memberi ceramah kesihatan dan menegaskan kepentingan enzim bromelain sebagai probiotik dalam diet ayam. Enzim ini akan membantu meningkatkan imuniti dan memudahkan pencernaan. Jadi, sebab itu AQINA membekalkan Ayam Kampung Organik yang bebas daripada sisa antibiotik, hormon pertumbuhan dan mampu berdaya saing dengan ayam yang dipelihara secara konvensional.


AQINA Group juga berharap pada tahun-tahun yang mendatang, ia terus berkembang dan melabur dalam pemprosesan ternakan dan penghasilan penternakan ayam kampung dan menjadi pembekal inovatif sebagai pilihan daging yang lebih sihat kepada seluruh Malaysia, Singapura dan negara-negara ASEAN yang lain melalui pemborong, peruncit dan juga rantaian makanan dan minuman (F&B).



Selasa, 4 September 2018

Shell Out dan Seafood Paling Sedap Di Ombak Kitchen, Shah Alam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Makan malam LeYa dan Otomen Taro yang lepas telah membawa kami ke Ombak Kitchen, Bukit Jelutong. Restoran yang cukup terkenal dengan memiliki suasana yang cukup selesa dan mendamaikan. Pertama kali jejak ke sini, satu perasaan tenang dapat LeYa rasakan. Jadi, jom nikmati hidangan makanan laut terhebat di Ombak Kitchen ini.


Ombak Kitchen yang terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam mempunyai makanan laut yang segar yang tiada tolok bandingnya dan harganya juga berpatutan. Ia juga terkenal sebagai hub makanan laut import segar dan berkualiti premium di Lembah Klang. Dengan tagline "Tak perlu susah-susah nak dress up, pakai dress dan tuxedo bagai untuk nikmati makanan bertaraf hotel lima bintang! Pakai seluar pendek dengan slippers pun ON sahaja". Tagline yang simple tetapi berkehendakan semua pengunjung turut merasai keenakan hidangan di situ.



Selain itu, di sini juga korang tidak perlu risau dengan tempat letak kereta yang cukup dan baik serta berdekatan dengan masjid. Jadi, boleh terus bersolat di masjid sementara menunggu hidangan siap. Restoran Ombak Kitchen sememangnya HALAL dan lulus kerana kebersihannya yang sangat terjaga.

Lebih menarik lagi apabila menyelami dekorasi restoran ini. Memang sangat cantik dan selesa untuk bergerak ke sana sini. Ruang laluan yang disediakan luas untuk pengunjung lalu lalang.



Dengan berkonsepkan "Pakai Tangan Jer", restoran ini mengekalkan keaslian masyarakat Melayu  dan Muslim yang sinonim makan menggunakan tangan. Lebih baik dan mengikut sunnah. Tiada sudu garpu, tiada aturan yang harus dituruti biarpun makanan yang disajikan adalah hidangan makanan laut segar. Lagipula, bila dah makan shell out ni, confirm lah akan comot kan. Jadi, sebab itu ia lebih sesuai dengan Pakai Tangan Jer...

Pad malam itu, LeYa, Otomen dan kawan-kawan diberi untuk menikmati hidangan Shell Out dengan dua jenis sos iaitu Ombak Hot Cajun yang agak pedas sedikit dan juga Zesty Lemon Butter with Cheese yang sangat berlemak dan creamy. Memang sedap.

Terdapat juga sos pilihan lain yang boleh korang pilih mengikut citarasa korang iaitu:-
  • Ombak Hot Cajun: untuk penggemar rempah yang berani
  • Dark Chilli Chocolate: sos ciptaan Ombak Kitchen dengan resepi rahsia; pedas-pedas manis, sangat kena dengan jiwa rakyat Malaysia
  • Zesty Lemon Butter with Cheese: Penuh rasa yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur.
  • Creamy Tom Yum Sauce: Tak perlu lagi untuk ke Thailand. Dengan rasa santan yang memikat selera serta cili dan rempah dimasak sehingga menusuk ke hidung.
  • Buttermilk Sauce: Kita punya all-time favourite gituh! 
Korang juga boleh rasa hidangan a la carte Alaskan King Crabs, Canadian Red Lobsters, Rock Lobsters, Ireland Oysters, Hamaguri Clams dan berbagai lagi jenis hidangan makanan. 

Zesty Lemon Butter with Cheese
Ombak Hot Cajun



 

Korang perlu juga rasa kehebatan dan kelazatan hidangan pencuci mulut, Rainbow Dessert yang penuh warna-warni. Dengan pelbagai jenis manisan, pasti memukau korang dan turut dihidangkan buah-buahan segar dari ladang. Semuanya dibawa secara eksklusif ke meja makan korang! Tak cukup dengan itu, pencuci mulut turut ditabur bersama marshmallow dan durian crepe dan disudahi dengan titisan coklat yang pasti membuatkan korang tidur tak lena jika tak merasainya.



Okay.. Okay... Restoran Ombak Kitchen ni dibuka setiap hari kecuali hari Isnin. Pada hari Selasa hingga Jumaat, ia dibuka dari jam 5.00 petang sehingga 11.00 malam, manakala Sabtu dan Ahad dibuka dari jam 12.00 tengah hari sehingga 11.00 malam.

Untuk maklumat lanjut:

Alamat | 5.G.01, D'Vida Business Centre, Jalan Bazar U8/101, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor
Telefon | 03 - 7734 4699 atau 010 - 220 5946
Instagram | Ombak Kitchen
Facebook | Ombak Kitchen

Kalau korang dah rasa dan sedap bagitau taw nanti! Kalau tak sedap, korang boleh panggil manager! Hahahaha... Insya Allah...hidangan di sini semuanya sedap-sedap belaka.