Ahad, 5 Januari 2020

Buku 10 Sahabat Dijamin Syurga Karya Hasanuddin Yusof

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Buku 10 Sahabat Dijamin Syurga Karya Hasanuddin Yusof | Bahang dekad baru iaitu Tahun 2020 masih terasa lagi. Di kesempatan yang ada ini, LeYa mengucapkan Selamat Tahun Baru 2020 dan semoga segala azam dan impian yang korang impikan tercapai tahun ni. InsyaAllah. Okay... Dah lama juga rasanya LeYa tak kongsikan novel-novel atau bahan bacaan yang menarik di sini. Kali ini LeYa akan cuba berkongsi dan akan lebih bersemangat untuk berkongsi apa yang LeYa dapat untuk korang semua dengan banyak lagi. So, jom baca selanjutnya di bawah.


Buku 10 Sahabat Dijamin Syurga (Jilid 1 & Jilid 2)

Buku ini merupakan tentang riwayat hidup sepuluh orang sahabat yang dijamin masuk syurga oleh Rasulullah SAW. Sepuluh sahabat Rasulullah SAW ini sememangnya layak untuk mendapat jaminan masuk syurga ketika mereka masih hidup lagi. Mereka merupakan golongan terawal (awwalin) memeluk Islam. Mereka juga banyak membantu Rasulullah SAW dalam setiap perjuangan Baginda SAW. Kisah hidup mereka mewarnai sirah Rasulullah SAW. Malah berperanan besar menyebarkan dakwah Islam ke pelbagai pelusuk dunia selepas kewafatan Rasulullah SAW.

Buku 10 Sahabat Dijamin Syurga mempunyai dua jilid. Buku ini berkisarkan tentang setiap sahabat yang dijamin masuk syurga dengan terperinci bermula daripada kelahiran sehingga kewafatan mereka. Selain itu, buku ini turut memaparkan fakta-fakta yang menarik seperti perjalanan hijrah para sahabat, infrastruktur yang dibina di zaman pemerintahan Saidina Umar bin Al-Khattab r.a. dan pembaharuan yang dilakukan di zaman pemerintahan Saidina Uthman bin Affan r.a.

Buku ini dilengkapi dengan ayat al-Quran, hadith, gambar, atlas dan ilustrasi berwarna bagi menarik lebih ramai lagi membaca.


Biodata Penulis Buku 10 Sahabat Dijamin Syurga

Buku ini ditulis oleh Hasanuddin Yusof atau Mohd Hasanuddin bin Mohd Yusof yang merupakan anak kelahiran Langkap, Perak. Beliau mendapat pendidikan awal di Sek. Keb. Seri Langkap dan Sek. Men. Agama Izzuddin Shah, Ipoh, Perak. Beliau juga berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB), Ijazah Sarjana Muda Syariah (LLB_S) dan Ijazah Sarjana Undang-Undang (LLM) dari Universiti Islam Antarabangsa. Memulakan kerjayanya sebagai  peguambela dan peguamcara di Azra & Associates, Petaling Jaya. Kemudian, beliau menyertai perkhidmatan awam dengan berkhidmat sebagai Pegawai Perhubungan Perusahaan (Undang-undang) di Kementerian Sumber Manusia dan seterusnya berkhidmat sebagai Pegawai Syariah di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia serta menyandang jawatan Pegawai Penyelidik bagi Ketua Hakim Syarie Negeri Melaka. 

Kini, beliau sedang menyambung pengajian di peringkat doktor falsafah dalam bidang undang-undang di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau amat meminati bidang sejarah terutama sejarah Islam sejak dari bangku sekolah lagi sehingga pernah dianugerahkan pelajar terbaik SPM bagi subjek sejarah. Dengan minat yang mendalam itu juga telah membawa beliau mengembara ke beberapa buah tempat bersejarah di Malaysia, Indonesia, Thailand, China dan Arab Saudi. Karya beliau yang telah diterbitkan ialah Sultan-sultan Soleh di Nusantara dan Syariah Di Hati King Roger II


InsyaAllah tahun 2020 ni, LeYa nak memperbanyakkan lagi bahan bacaan ilmiah. Buku ini pun Ayah dan Ibu LeYa yang dah lama beli. Duk ralit kemas meja terjumpa buku ni dan terus mula membaca. Memang sangat menarik! Ayat yang digunakan juga mudah difahami dan tak rasa bosan sebab berwarna setiap gambar sejarah yang dimasukkan. Sekurang-kurangnya, tahun ni dengan membaca lebih banyak buku-buku ilmiah seperti ni dapatlah juga memberi kefahaman dan ilmu pengetahuan kepada kita untuk masuk syurga. Tak gitu!


Semoga dengan sedikit perkongsian LeYa kali ini mampu membantu korang juga untuk melakukan perkara-perkara baik. Membaca kan jambatan ilmu. Jadi, jom sama-sama menambah ilmu pengetahuan dengan membaca. 

Harga Senaskhah "10 Sahabat Dijamin Syurga" : RM299.00 SM / RM329.00 SS

14 ulasan:

  1. Akak suka baca sejarah keislaman macam ni..boleh tambah ilmu yg x seberapa...thanks for sharing Leya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah dengan LeYa. Best kan dapat baca sejarah-sejarah dulu ni. Kadang tu ralit sampai nak habiskan cepat.

      Padam
  2. Best ni kalau belu satu. Suka baca sejarah Islam macam ni tentang sahabat Nabi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh je tu dapatkan. Memang menarik. LeYa pun suka baca kisah sejarah terutama tentang Islam

      Padam
  3. selamat tahun baru 2020. salah satu azam tahun baru kak, nak banyakkan bacaan buku jugak :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok sama-samalah kita menambah ilmu dengan membaca ye

      Padam
  4. Bagus juga buku ni. Nak beli dua2 nanti..

    BalasPadam
  5. aminn semoga dipermudahkan.. :p

    BalasPadam
  6. mana nk dapat uku ini ,saya nk beli puan..

    BalasPadam
  7. Boleh tak nak tau, nama syarikat pnerbitan buku ni, bandar tempat buku diterbit dan tahun buku diterbitkan

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com