Jumaat, 1 November 2019

Travelog Sabah | Mencuba Makanan Borneo Di Festival Makan Sandakan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Dah penat melawat tempat menarik di Sandakan, rugi pula rasanya jika tak mencuba makanan-makanan yang ada di Sandakan tu kan. Jadinya, dah ada di Bandar Sandakan ni, LeYa dan rakan-rakan diberi peluang menikmati keenakan makanan di Festival Makan Sandakan 2019 yang berlangsung pada 13 hingga 15 Septermber itu.


Rugi sangatlah kan dah sampai sana tak merasai segala makanan di sana. LeYa turut mencuba dan menikmati pelbagai makanan orang Borneo yang tidak ada pun dijual di Semenanjung. Walaupun tidak banyak menu Borneo, tetapi memadai dan LeYa puas menikmati makanan yang ada.


Setibanya LeYa di kawasan fetival tu, satu perkataan yang terbit dari mulut iaitu WoW! Meriahnya! Teruja betul LeYa nak explore kawasan festival ni dan merasai kesemua makanan yang ada di situ.

Kehadiran LeYa dan rakan-rakan iaitu wakil media dari pelbagai platform media sosial, akhbar dan media massa dari Malaysia dan Singapura disambut baik oleh orang-orang Sandakan. Memang baik-baik penduduk di situ.


Majlis bermula dengan persembahan muzik yang hebat dan berbakat dari band kanak-kanak berusia 13 tahun. Kemudian, ia disusuli dengan pelancaran bersempena Festival Makan Sandakan 2019 yang berlangsung selama 3 hari itu.

Setelah itu, kami pun bergerak melihat kawasan dan mencari makanan yang boleh dicuba dan dinikmati. Ternyata perut sangat kenyang dengan keenakan makanan orang Borneo yang dihidangkan di setiap gerai di situ. Yummy!

Sekitar Majlis Festival Makan Sandakan 2019

Takoyaki

Cendol Durian. Memang Terbaik!


Aiskrim Durian Musang King

Aha! Korang tengok ni. Bukan kaleng-kaleng tau! Nampak macam biasa tetapi rasanya sangatlah sedap. Tak caya tengok wajah kawan-kawan LeYa yang tak cukup satu membeli makanan yang ada di situ. Penuh meja makan di ruang kedai Crowd99 dengan hidangan makanan kami. Owner kedai pun sporting uolls. Sebab tu jadi tempat lepak kami berjam-jam juga. Ahahaha...


Dalam pada itu juga, LeYa dan 3 lagi rakan mencuba masuk pertandingan makan "UFO Cheese Tart" bagi menambahkan lagi kemeriahan dan keseronokan ketika berada di sana. Walaupun tidak memenangi pertandingan tersebut, tetapi ia cukup bermakna dan yang paling penting happy bersama rakan-rakan.

Pertandingan makan UFO Cheese Tart. Seronok sangat!

UFO Cheese Tart

Malam tu memang kami semua kelaparan. Jalan-jalan dan melihat apa yang menarik di situ. Memang banyak dan rambang mata nak memilih. Bukan setakat makanan Borneo, makanan dari Indonesia dan Semenanjung pun ada. Jadi, bagi yang mungkin susah nak masuk tekak tu, bolehlah pilih makanan rutin harian masing-masing kan. Tapi rugilah sebab tak dapat menikmati makanan baru macam LeYa ni. Apa sahaja boleh makan, tolak batu dan kayu je. Hahaha...


Tidak cukup itu, pada petang keesokannya kami ke tapak festival untuk merasai sekali lagi makanan Borneo yang enak-enak sebelum pulang ke Semenanjung. Dah datang tu, rugi tak rasa makanan orang sana kan! Jadi, di kesempatan tu, memang LeYa balun habislah makanan-makanan baru yang ada. Hehehe...

Buah Tarap

Apa yang menarik petang tu, LeYa dapat merasai sejenis buah yang tidak ada di Semenanjung. Ia dikenali dengan nama Buah Tarap. Buah Tarap seakan-akan cempedak tetapi bulat dan isinya putih berserta sangat manis tau uolls. Memang tak cukup kalau makan seulas je. Pasti nak lagi dan lagi. Hehehe...


Okay... Korang yang terlepas untuk ke festival ni, jangan risau! Sebab mana tahu tahun depan ada lagi. Nanti korang boleh Save the Date untuk ke sini ye. Bagi korang yang nak usha gambar menarik LeYa dan kawan-kawan sepanjang kembara kami ke Sabah, boleh klik hashtag #TourismMalaysia #MalaysiaTrulyAsia #vm2020 #cuticutiMalaysia #GoSabahExperienceMore #SabahOkBah #SyiokOSabah #MalaysianHospitality dan #MasWingsMates.


Sehingga berjumpa lagi kawan-kawan di percutian yang akan datang. Ternyata korang memang awesome!

Entry ini dihasilkan dari program Media FAM Trip ke TAWAU-LAHAD DATU & SANDAKAN, Sabah yang berlangsung selama 5 hari 4 malam (11 - 15 September 2019) anjuran Tourism Malaysia dengan kerjasama Sabah Tourism Board dan Sandakan Tourism Association.

Baca juga kisah sebelumnya di sini

Travelog Sabah

12 ulasan:

  1. part makan memang pegi mana2 xleh ketinggalan kan..
    kite memang cari makanan dulu =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul3x... Kalau tak makan, lapar nanti apa-apa aktiviti pun tak jalan..

      Padam
  2. Pergi mana-mana wajib try makanan tradisi diorang , memang akan ada yang tak kena dengan selera dan tekak kita , tapi itu yang menjadikan trip tu lagi menarik . Makan first baru boleh buat aktiviti lain , heheheh :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul3x... Memang kena rasa semua.. Baru seronok

      Padam
  3. Bestnya sampai ke Sandakan...seefood mesti Murah Kat Sana ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye memang murah dan sedap-sedap... Rindu rasa nak ke sana lagi

      Padam
  4. Ehhh ada lagi Sandakannya hahahaha..
    Terkejut kita..terus rindu Sabah!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha.. Ade lagi Sis.. Ade 2 lagi cerita taw.. Hahaha

      Padam
  5. Bestnya..saya xsampai lagi ke Sabah.Teringin juga nak pergi kesana sebab saya dengar seafood murah-murah kan?

    BalasPadam
  6. waa best juga ya sis lieya, kita org Sabah pun tak tahu ada karnival makan ni ahhahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. Seronok sangat. Iye.. Nanti tahun depan ade lagi. Sis bolehlah pergi.hehe

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com