Isnin, 29 Oktober 2018

Operasi X The Movie Sebuah Filem Terbaik 2018 Bakal Menggabungkan 2 Pelakon Hebat, Awie dan Aaron

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Operasi X The Movie sebuah filem aksi yang bakal menemui peminat filem tanah air pada 1 November 2018 ini. Rata-rata ramai tidak sabar menunggunya kerana dikhabarkan pelakon-pelakon yang akan beraksi dalam filem ini kesemuanya pelakon hebat dan popular.

Sebelum LeYa bercerita lebih lanjut, apa kata kita baca dahulu sinopsis filem ini.

Sinopsis Filem Operasi X The Movie

ASP Redzuan kehilangan kepercayaan terhadap rakan-rakannya ketika dia sendiri menyaksikan kematian sahabatnya, Inspektor Aman yang telah dibunuh oleh pihak polis sendiri. ASP Redzuan mengasingkan diri daripada semua orang dan hidup bersendirian di sebuah pulau terpencil. Beliau menyembunyikan identiti sebenar dari penduduk kampung di sana. Namun, kehadiran Dato’ Mokhtar dan Tuan Anwar dari Bukit Aman berjaya mengesannya dan dia ditugaskan mengetuai satu operasi yang dikenali sebagai Operasi X bagi menumbangkan sekumpulan yang dikenali Belut Gang.

Bahasa: Melayu
Subtitle: Bahasa Inggeris
Klasifikasi: P13
Tarikh tayangan: 01 November 2018
Genre: Aksi / Jenayah
Masa Tayangan: 1 jam 47 minit
Terbitan: Dream Pictures Production
Pelakon: Dato' Aaron Aziz, Dato' Awie, Dato’ Yusof Haslam, Nasir Bilal Khan, Hairul Azreen
Pengarah: Sandosh Kesavan
Format: 2D

Tonton Trailer Filem Terbaik 2018 - Operasi X The Movie

Sementara menunggu tayangan filem di pawagam pada 1 November ini, jom LeYa bawakan korang tontonan hebat Trailer Filem ini sendiri.


Lakonan gabungan kedua pelakon hebat Awie dan Aaron ini pasti meletop kebabooommmm…. Watak jahat yang ditampilkan Awie pasti akan ada terselit kelucuan. Tidak sabar rasanya LeYa nak tonton filem ini.

Nantikan update LeYa tentang filem yang sangat menarik ini kerana pada malam ini, LeYa akan menonton filem ini terlebih dahulu melalui Tayangan Perdana Operasi X The Movie di MMCineplexes, eCurve, Petaling Jaya. Wahhh…. Dup dap dup dap… Tak sabra rasanya nak menonton filem yang diwar-warkan hebat ini.


NANTIKAN REVIEW TERBAIK DARI LEYA SETELAH MENONTON FILEM TERBAIK 2018 INI!!

#OperasiXTheMovie #OperasiX #DreamPicturesProduction

4 ulasan:

  1. Wah, macam menarik je cerita ni. Boleh la gi tengok. Dah tak lama dah tu.

    BalasPadam
  2. Menarikk ni.. Suka genre action adventure gini

    BalasPadam
  3. Kebetulan anak2 k linda mmg minat tgk cita polis ni..boleh bwk depa pi tgk nanti...

    BalasPadam
  4. Nak gi tengok la, macam best ja cita ni..ank2 pun mesti suka

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com