Selasa, 18 September 2018

Raikan Hari Lahir Terhebat Anak Anda Di D Aura Cafe, Seri Kembangan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari Lahir anak-anak korang makin dekat dan tak tahu nak adakan jamuan di mana? Mengadakan jamuan di rumah, pasti memenatkan untuk mengemas rumah selepas tetamu pulang. Nak bagi hadiah, macam tak sampai hati pulak kan. Apa lah salahnya sesekali luangkan masa bersama anak-anak dan keluarga meraikan majlis sambutan hari lahir di tempat menarik. Simpan kenangan terindah tuh kan lagi baik dari barangan yang mungkin rosak atau hilang. 

Jadi, jom ikuti LeYa untuk ketahui tempat menarik sambutan hari lahir yang best dan murah di Selangor.


D Aura Cafe yang terletak di Putra Walk, Seri Kembangan ni memang best kalau korang semua nak sambut birthday romantik berdua ataupun bersama anak-anak.

Tempat ini bukan sahaja kelihatan eksklusif dan mewah tetapi harga yang ditawarkan juga berbaloi dan sangat murah.

Apa Yang Menarik Yang Boleh Korang Dapatkan Di Sini?


Anak-anak pasti gembira sebab boleh dihiaskan seperti puteri dari kayangan. Anak-anak happy, ibu bapa lagilah gembira melihat keseronokan anak-anak di hari bahagia mereka.

Jangan risau jika tiada costume pakaian cantik-cantik seperti ini? Sebab dekat D Aura Cafe ni dah sediakan semuanya. Korang hanya cuci tangan sahaja, datang dan makan sambil meraikan hari bahagia anak-anak.

Senarai pakej yang ada di D Aura Cafe ini untuk raikan kemeriahan di sambutan hari lahir anak anda:
  • Hanya bayar RM33 untuk SEWA pakaian puteri (COSTUME + CROWN + GROOMING)
  • RM33 untuk seorang SET MEAL DEWASA
  • RM22 untuk seorang SET MEAL KANAK_KANAK
  • RM11 Cake Slice / RM33 Tiny Cake / RM66 Regular Cake / RM99 Large Cake
  • RM99 Table Decoration

 




Nak duduk minum Hi Tea Buffet dalam cafe ini pun boleh. Seluruh cafe ni bertemakan romantik dan santai. Bukan setakat itu sahaja. D Aura Cafe juga menawarkan tawaran rakaman PERCUMA Video secara LIVE di Facebook mereka, Gambar dan juga Lagu Sambutan Hari Kelahiran. Memang menarik kan!




Kalau korang dah rasa nak menganjurkan parti hari jadi untuk anak-anak korang, bolehlah buat tempahan awal kerana dikhuatiri penuh nanti. 

Lokasi cafenya yang sejuk dilengkapi penghawa dingin dan selesa, memang sesuai untuk anak-anak bermain di dalam tanpa ada gangguan panas, orang ramai dan kesibukan kereta lalu lalang di jalan raya. 


Untuk maklumat lanjut, layari seperti yang tertera,

Facebook

Instagram

Alamat
C-6-G, Putra Walk, Jln PP25, Taman Pinggiran Putra Sek2, 43300 Seri Kembangan, Selangor.

WhatsApp

Waktu Operasi
Setiap Hari (1.00 petang hingga 11.00 malam)


#partyvenue #birthdayparty #anniversary #kidsbirthdayparty #candlelightdinner #reunion #farewell #bachelorparty #babyshower #graduationparty #businesslaunching #productlaunching

12 ulasan:

  1. wow meriahnya.. bestlah semua boleh jadi princess mesti diorang happy sangat.

    BalasPadam
  2. meriahnya birthday party ni, memasing comel dengan costume pilihan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul... Lebih mudah kan. Tak perlu berpenat lelah lago kita buat di rumah.

      Padam
  3. Lain dr yg lain...boleh p sana nanti

    BalasPadam
  4. Meriahnya sambutan. Ermmm boleh dipertimbangan cafe nih nak celebrate bezday anak anak nanti

    BalasPadam
  5. Terbaik la cafe ni siap sediakan pakaian untuk di sewa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah..best kan.. Bile Zumal nak datang KL. Hehe..

      Padam
  6. wahh bestnyerr tempat ni...terasa macam nak pergi jer

    BalasPadam
    Balasan
    1. Meh la dtg kak... Bukan kafe je, dia ada spa dan homestay jugak taw

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com