Selasa, 21 November 2017

Menghadiri Bengkel Online Revolution Lazada Affiliate Program

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pemasaran secara online kini menjadi tumpuan dan pilihan ramai para usahawan. Mereka yang berhasrat untuk menambah pendapatan dengan berniaga secara sambilan perlulah mencari platform dan ilmu pemasaran serta memerlukan bimbingan dari pakar agar teknik yang dilakukan benar-benar berkesan. Menerusi Bengkel Online Revolution Lazada Affiliate Program telah membawa LeYa untuk berkongsi sedikit ilmu yang diperolehi dari "sifu" atau pakar-pakar pemasaran era digital ini.


Bengkel Online Revolution Lazada Affiliate Program

Bengkel anjuran Lazada itu sendiri telah berlangsung pada 21 Oktober 2017 bermula jam 10.00 pagi sehingga 1.00 petang di Pullman One Ballroom, Pullman KL City Centre, Jalan Conlay.

Ini merupakan kali pertama LeYa menghadiri bengkel pemasaran online percuma. Banyak ilmu dan manfaat yang dikongsikan di Bengkel ini lebih terperinci yang LeYa dapat walaupun ia adalah secara percuma. Setelah mendaftarkan diri sebagai peserta, LeYa dibekalkan dengan "notebook" untuk menulis catatan penting sebagai nota untuk dibawa pulang. Paling istimewa, LeYa dapat sehelai t-shirt yang sangat style and smart dari pihak Panasonic. 



Pengisian Bengkel Online Revolution Lazada Affiliate Program

Sedikit perkongsian dari aspek pembelajaran dan penyampaian sifu-sifu yang sangat professional dan berkeyakinan itu, LeYa rasakan lebih bertenaga dan semangat untuk menjana pendapatan sampingan melalui medium blog ini. Sepanjang hari itu, LeYa rasa seronok dan tidak stress dengan segala input yang diberikan. Turut diadakan sesi senam ceria ketika bengkel sedang berlangsung untuk menyegarkan kembali urat-urat para peserta agar tidak mengantuk dan senantiasa dalam mood ceria. 

Sesungguhnya terlalu banyak input baru yang sangat bermanfaat telah diperolehi. Pengulasan mengenai pemasaran Lazada Affiliate Program tentang mempromosikan produk yang dijual di Lazada dan bagaimana cara mendapatkan komisyen di atas setiap penjualan produk-produk tersebut. Segala kemusykilan LeYa selama ini terjawab dengan bantuan dan perkongsian dari 5 ahli panel yang cukup hebat itu. 



Perkenalkan Produk Baru dari Penaja Utama Bengkel Online Revolution Lazada Affiliate Program

Dalam kesempatan tersebut, Lazada juga telah memperkenalkan penaja utama bagi Bengkel Online Revolution Lazada Affiliate Program yang berlangsung hari itu. Selesai sahaja berkongsi ilmu pemasaran yang bermanfaat, LeYa dan yang lain-lain dihidang untuk menikmati makanan tengah hari. Sebelum makan, sempat juga LeYa melawat dan berselfie di booth penaja iaitu Logitech dan Panasonic




Penghargaan Bengkel Online Revolution Lazada Affiliate Program

Oleh yang demikian, kepada yang berminat untuk menjana pendapatan melalui program affiliate Lazada ini, bolehlah mendaftarkan diri di LAZADA AFFILIATE PROGRAM dan ikuti setiap langkah yang disediakan di situ. Amatlah rugi jika anda ada platform media sosial di zaman era digital ini, tetapi tidak memanfaatkannya dengan pendapatan sampingan. Selain anda memperolehi pendapatan tambahan, anda juga akan dapat mengenali ramai kenalan usahawan online dan seterusnya dapat memperluaskan lagi jaringan perniagaan anda sebagai satu semangat untuk terus maju dan berjaya di masa akan datang. 


Terima kasih LeYa ucapkan kepada pihak Lazada atas jemputan program yang bermanfaat ini dan terima kasih juga kepada ahli-ahli panel atau sifu hebat yang telah berkongsi ilmu dan rencah kehidupan dalam mengharungi liku-liku menjadi usahawan online yang berjaya. Alhamdulillah... LeYa mensyukuri nikmat yang diberikan. 

Related Posts:

  • KLIMS 2013 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Hhhuuuaaarrrggghhhh... baru dapat nak update blog ni setelah connection Internet yang tak menentu beberapa hari ni. Cuti hujung minggu yang lalu bersamaan hari Sabtu, aku ade la berj… Read More
  • Rezeki Datang Lagi... Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.... Baru selesai buat entri "SELAMAT ULANG TAHUN SAYANGKU...", LeYa dapat pula CPUV untuk November ini. Alhamdulillah rezeki diberi lagi di hari penting ini. Kali ini, iklan yang berjay… Read More
  • Review Blog: Follower ke-600 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Berbanyak-banyak terima kasih diucapkan kepada rakan2 blogger di luar sana yang turut sama memeriahkan aktiviti di blog LeYa ini... Tanpa anda siapa lah LeYa... LeYa banyak menulis c… Read More
  • Bersama Dia Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Yeah! Semalam seharian LeYa tidak online. Pagi2 LeYa telah menghadiri satu sesi temuduga bersama Mr. F. Dia yang telah menghantar LeYa ke destinasi tersebut... Hehe.. Dalam pada itu … Read More
  • Penantianku akhirnya terjawab... Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Bertubi-tubi dugaan dan godaan yang aku dan Mr. F terima. Pelbagai rintangan dalam tempoh pertunangan ni kami tempuh. Kadang-kadang terfikir kenapa begitu berat sekali ujian yang dit… Read More

4 ulasan:

  1. Best dapat join program ni. Dapat timba ilmu dalam dunia digital marketing and sekali gus expand network. Ramai orang-orang penting tu! :)

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com