Rabu, 21 Ogos 2013

Episod 7: Pinangan Dia Untuk Aku

Hampir tiga tahun hubungan aku dan dia. Terasa pantas masa berlalu. Baru semalam aku berkenalan dengan dia. Hari ini, 15 November 2012 bersamaan Hari Lahirnya yang ke-26 tahun juga merupakan hari bersejarah buat aku. Kenapa penting tarikh itu bagiku?? Ya! memang penting kerana si dia datang bersama rombongan keluarganya meminang aku di kediaman milik ayah dan ibuku di Port Dickson. 

Tatkala menunggu rombongan tiba, hati bergetar. Saudara-mara sibuk menjalankan tugas masing-masing yang diamanahkan ibu ayah kepada mereka. Aku dipersiapkan oleh MakSu ku supaya kelihatan lebih anggun di hari pertunangan ku itu nanti. Gelak tawa dalam menjalankan aktiviti tidak lekang di bibir setiap saudara-maraku. Aku terhibur dan kurang sedikit rasa gementar di hati.

Usai Zuhor, rombongan pun tiba dengan 5 buah kereta. Aku masih menanti di kamarku sehingga dipanggil oleh mereka. Perbincangan antara kaum keluargaku dan kaum keluarganya tidak ku ketahui. Aku hanya menuruti langkah ke pelamin apabila dipanggil untuk disarungkan cincin oleh emaknya. Dan, dulang hantaran kami bertukar tangan antara kedua belah pihak. Saat ini, pabila jari manisku disarung cincin, aku terharu kerana masih ada insan yang sudi menyunting ku menjadi suri hatinya. Lagi terharu apabila orang itu adalah insan yang paling kita sayangi. Bertahun kita menyulam kasih bersamanya, mengenal hati budi antara satu sama lain dan suka duka diharungi bersama telah membawaku hampir ke titik noktah. Aku dipinang sebagai tanda ikatan cintanya dan akan disunting menjadi isteri tidak lama lagi. Selesai upacara menyarung cincin oleh bakal mertuaku, kami bergambar sakan bersama keluarga, keluarganya, rakan-rakan dan paling istimewa bersama si dia. 

Keindahan yang dicipta hari itu tidak dapat kulupakan. Kemudian, para tetamu dijemput menjamu selera sebagai tanda hormat tuan rumah kepada para tetamu yang sanggup datang dari jauh. Sudah menjadi lumrah masyarakat Islam dan Melayu serta dunia, apabila para tetamu datang, tuan rumah perlu menghidang makanan untuk mereka. Selesai sahaja menjamu selera, kami dari pihak tuan rumah membuat satu kejutan kepada si dia dengan menghadiahi kek sempena hari lahirnya serta dititipkan juga nama-nama yang lahir pada bulan November pad tahun itu. Mereka semua terpana dengan kejutan yang dibuatku. Si dia tesenyum sipu pabila seluruh ahli keluarga tahu hari itu adalah hari lahirnya. Ucapan terima kasih diberi atas segalanya. 

Jam menunjukkan 5.00petang. Leka berbual mesra terlupa melihat masa yang berputar. Usai solat Asar, mereka meminta diri untuk pulang ke rumah di Melaka. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi datang memeriahkan majlis ini. Aku adalah insan yang paling bahagia kerana si dia telah melamarku menjadi bakal suri hatinya. 

Kini, aku telah menjadi tunangannya dan akan menjaga segala tingkah laku yang lebih baik supaya tidak dipandang serong masyarakat kerana sudah menjadi tunangan orang. 

Mini Pelamin yang direka khas oleh ahli keluargaku

Auuuccaaaakkkk....

Bersama bakal mertua setelah cincin disarung ke jari manis

Bersama ibu tersayang... Akan mengorak langkah sama seperti ibu membesarkan daku.

Miss LeYa & Mr. F

Seperti berada di taman yang indah...

>> Bersambung....

6 ulasan:

  1. sama2 dhia...tp dah lame dah pun.. hehe...

    BalasPadam
  2. slmt bertunang..mudah2han perjalanan ke bahtera perkahwinan dipermudahkan sentiasa

    BalasPadam
  3. Syahadah_Li: Terima kasih saya ucapkan. InsyaAllah sy akan menempuhnya alam perkahwinan dgn segala kelengkapan yg diberi oleh ibu & ayah semasa mereka mendidik & menjaga sy..
    Doakan juga semoga sy menjadi isteri solehah buat suami tercinta.

    BalasPadam
  4. salam kenal.. akak datang dari blog cik akak.. tahniah dah jadi tunangan orang.. semoga jodoh kekal hingga ke syurga.. akak singgah&follow di sini.. :D

    BalasPadam
  5. Salam kenal...Selamat bertunang..:)

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com