Selasa, 2 Ogos 2022

Review Filem Seram Incantation

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Hujung minggu lalu LeYa balik kampung di Port Dickson. Bila dah cuti dan tak tahu nak buat apa tu, LeYa pun layan lah satu cerita seram bertajuk Incantation di Netflix yang diviralkan tuh. Seram ke? Jom lah kita layan sedikit review dari LeYa.


Filem
Incantation

Penilaian
5/10

Pengarah
Kevin Ho

Genre
Seram

Pelakon
Tsai Hsuan Ye, Huang Sin Ting, Kao Ying Suan, Sean Ling dan RQ

Sinopsis Filem Incantation

Filem ini mengisahkan sebuah cerita seram Taiwan yang diarahkan oleh Kevin Ho dan mula ditayangkan di Netflix pada 8 Julai 2022. Filem Incantation telah mendapatkan keuntungan besar dan dinobatkan sebagai filem seram Taiwan terbaik kerana mencecah USD 5.7 juta. Kisahnya bermula di mana Kevin Ho mendapat inspirasi dari kisah benar sebuah keluarga yang memuja dewa gelap pada tahun 2005 lalu.

Akhirnya keluarga tersebut saling melukai antara satu sama lain dan sering bertindak aneh hingga mati satu per satu. Filem ini dibarisi pelakon handalan seperti Tsai Hsuan Ye, Huang Sin Ting, Kao Ying Suan, Sean Ling dan RQ.

Filem ini berkisahkan watak utama, Li Ronan (Tsai Hsuan Ye) seorang ibu kepada seorang anak bernama Chen Dodo. Li Ronan pernah menjadi salah seorang pengikut mazhab dewa sesat dan melanggar pantang larang mazhab tersebut. Dia telah merakam ibadah yang dilakukan dengan mazhab untuk kandungan YouTube. Li Ronan dikutuk. Satu demi satu orang yang rapat dengannya mula meninggal dunia dan dia pun terpaksa memberikan anak perempuannya, Dodo kepada orang lain.

Tidak terhenti di situ. Li Ronan yang juga merupakan pembikinan filem terus mengabadikan kisahnya dan setiap keanehan yang dialaminya dirakamkan dan itulah apa yang kita lihat di filem ini. Enam tahun setelah berpisah dengan Dodo, Li Ronan mula mendapat berita yang Dodo bertindak pelik dan suka bercakap seorang diri serta melakukan perkara-perkara pelik di sekolahnya. Kebiasaannya, terjadi aktiviti rohani di sekeliling Dodo di mana objek bergerak sendiri. Li Ronan menyedari setiap apa yang berlaku adalah akibat melanggar pantang larangnya pada masa lalu.

Alhamdulillah, Blog LeYa telah berjaya menonton sebuah filem seram daripada Taiwan bertajuk Incantation di Netflix. LeYa bukan nak kata tak seram sangat tapi seram tu ada pada permulaan saja di mana audio dan sinematografi dari babak pertama yang mengejutkan LeYa lah jugak ketika menonton seorang diri di kaca TV. Namun, untuk next babak, ia seperti agak lari dari penceritaan seram dan lebih kepada pembudayaan dan keagamaan. 

Bagi korang yang meminati filem seram Taiwan yang berkonsepkan dokumentari yang dikumpulkan menjadi satu tema pastinya akan dapat memahami apa yang cuba disampaikan dalam filem Incantation ini. 

Jadi, kalau korang nak tahu bagaimana Li Ronan menyelamatkan anaknya daripada kutukan masa lalu, jangan lupa untuk saksikan sendiri filem Incantation yang mula ditayangkan pada 8 Julai 2022 di Netflix. Sila kongsikan artikel ini di laman sosial korang jika ia dirasakan bermanfaat dan jangan lupa untuk tinggalkan komen mengenai pandangan terhadap filem ini. Selamat menonton!

3 ulasan:

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com