Thursday, 17 December 2020

Pengalaman Menginap Di Hotel de ART Seksyen 19, Shah Alam

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Pengalaman Menginap Di Hotel de ART Seksyen 19, Shah Alam | Sekali sekala, dah penat bekerja dan dah lama duduk rumah, inilah peluang LeYa untuk meluangkan masa merehatkan minda bersama Mr. Otomen Taro di penginapan yang menarik dan cantik. Bagi sesiapa yang menginginkan sebuah penginapan hotel konsep dengan persekitaran tema lukisan mural yang indah dan mendamaikan, jom teruskan bacaan di Blog LeYa. 

Pengalaman Menginap Di Hotel de ART Seksyen 19, Shah Alam

Kita tahu yang Shah Alam merupakan ibu negeri Selangor Darul Ehsan dan juga sebuah bandar yang pesat membangun. Di sebalik kepesatan pembangunan di bandar itu, anda boleh merasakan ketenangan dan kedamaian ketika menginap di salah sebuah hotel yang terletak di Seksyen 19. 

Hotel De ART, Seksyen 19 ini menampilkan rekaan bilik yang berbeza mengikut temanya tersendiri. Ia mengetengahkan konsep tema 3D, setiap lukisan mural yang bermula dari luar bangunan, lobby, koridor dan bilik tidur, semuanya dilatari dengan sentuhan jemari pelukis mural profesional. Tak salah LeYa, hotel ni bertaraf 3 bintang dan keadaan hotel ini memang sangat cantik dan selesa. 


Buka sahaja pintu bilik, LeYa terkejut dan teruja melihat keadaan bilik yang cukup cantik dan selesa. Untuk hari itu, LeYa dan Mr. Otomen Taro menginap di bilik yang bertemakan Santorini yang menempatkan katil bersaiz king dan kemudahan asas yang cukup selesa dan mesra muslim. Ada disediakan sejadah dan arah kiblat.

Tema "Santorini" ala-ala berada di Greece gitewww..

 
 
Harga yang ditawarkan sangat-sangat worth it laa dengan kecantikan tema yang disajikan kepada kita semua. LeYa rasa memang berbaloi jugak lah kalau ada kerja di kawasan Shah Alam, pasti Hotel De ART Seksyen 19 ni menjadi pilihan. Harga yang ditawarkan bermula RM88 hingga RM218 semalam mengikut jenis bilik dan tema lukisan mural yang disediakan.
  1. Art Queen
  2. Art Queen Deluxe
  3. Art Queen Premier
  4. Art Twin Deluxe
  5. Art Triple
  6. Art Family Deluxe

Dia punya writing desk ni cukup macam LeYa berada dalam story Cinderella. Rasa macam puteri sungguh buat kerja kat sini.


Lepas tu lagi, bilik mandi dia  memang simple dan bersih serta lengkap dengan toilet bowl, shower room, hair dryer dan toileteries. Memang sesuai lah untuk yang datang meginap atas urusan kerja atau inginkan hotel bajet yang cantik. Walaupun kecil, tetapi bagi LeYa cukup selesa untuk melepaskan hajat dan membersihkan diri.

 

Ruang lobi dia jangan cakap lah. Memang cantik sangat uollss... Yang kaki bergambar, memang rugi kalau lepaskan peluang berswafoto di setiap sudut yang ada ni. 



Sepanjang anda nak menuju ke ruang bilik penginapan, mata anda memang tidak akan terlepas disajikan dengan lukisan mural yang cantik-cantik dan seakan hidup. 


 

Suasana menginap di Hotel De ART Seksyen 19 ni bagi LeYa cukup selesa dan berpuashati dengan layanan staffnya yang mesra dan tema setiap lukisan muralnya yang cantik dan menawan kalbu ini. InsyaAllah, kalau ada kerja di area Shah Alam atau saja jalan-jalan dengan Mr. Otomen Taro, bolehlah menginap kat sini lagi.


Alamat
Hotel De ART Seksyen 19,
2, Jalan Nelayan D 19/D, Seksyen 19,
40300 Shah Alam, Selangor.

No Telefon
+603 - 58887090

Facebook
Reaksi kOrang:

6 comments:

  1. CANTIKNYA HOTEL NI! mmg full of arts betul ! pemilik dia mesti org arts juga kan

    ReplyDelete
  2. Cantik sgt hotel ni, bolehlah try stay nt klu ada hal di Shah Alam. Tq share, leya

    ReplyDelete
  3. Port bergambar la ni kan lebih kurang 😁

    ReplyDelete
  4. jika dtg ke Shah Alam pasti akan menginap di sini...

    ReplyDelete
  5. waahh, cantik hotel ni. Sisyat yang dok selangor pun x tahu ada hotel cantik gini :-)

    ReplyDelete

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com