Tuesday, 22 December 2020

Realiti Suami Seorang Perokok dan Cara Atasinya

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Sebagai seorang isteri dan mempunyai suami seorang perokok pasti sangat sukar untuk memotivasikannya dan melupakan tabiat 'kecintaannya' itu. Ya! Rokok itu bagaikan kekasih yang tiada berpenghujung sentiasa melekat di bibirnya.


Ketaksuban tabiat merokok menyebabkan seorang perokok akan cenderung mementingkan diri sendiri tanpa mempedulikan orang sekeliling sehinggakan asap yang berkepul-kepul di udara tidak dihiraukannya. Seseorang perokok kebiasaannya mula mengamalkan tabiat merokok pada usia muda, malahan ada yang sudah bermula sewaktu di zaman persekolahan lagi. Apabila meningkat dewasa dan sehinggalah berkahwin, kebanyakan mereka sudahpun menjadi perokok tegar. Lagi-lagi bila mereka sudah bekerja dan mempunyai wang sendiri untuk memperuntukkan sedikit perbelanjaan terhadap tabiatnya itu.

Gejala ini bukan sahaja membawa kemudaratan kepada perokok malah turut memberi kesan kepada orang sekeliling di mana terpaksa menghidu asap rokok yang bertebaran di ruang udara. Antara keburukan merokok yang dapat mendatangkan pelbagai masalah kesihatan adalah:

  1. Gigi berkarat
  2. Nafas berbau
  3. Kanser mulut
  4. Kanser paru-paru
  5. Penyakit jantung dan banyak lagi
Lazimnya, perokok tegar tahu akan kesan buruk terhadap kesihatan dari tabiat yang mereka lakukan. Namun, ia sangat sukar untuk memberhentikan tabiat 'kesayangannya' itu. Tidak dinafikan merokok sangat bahaya dan sukar memberhentikan tabiat ini buat perokok tegar. Namun, melalui teknologi serba moden hari ini, satu inisiatif baharu telah diwujudkan untuk mengurangkan asap rokok di udara serta membantu perokok tegar mengurangkan pengambilan rokok konvensional secara berkala menerusi rokok elektronik.


Berhenti merokok tidak semudah yang diharapkan. LeYa sendiri sudah mencuba untuk Mr. Otomen Taro berhenti dari tabiat merokok ini. Cuma lately ni LeYa dapat lihat dengan adanya rokok elektronik di tangannya, Mr. Otomen dapat mengurangkan pengambilan rokok konvensional daripada 1 kotak sehari kepada 1 kotak untuk 3 hari. Syukur dan syabas juga LeYa ucapkan buat suami yang cuba membantu menyelamatkan nyawa diri sendiri dan keluarga tersayang. Hehe...

Reaksi kOrang:

10 comments:

  1. Moga2 berhenti merokok terus ��

    ReplyDelete
  2. tapi bukan vape lagi bahaya ka ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau diikutkan semua pun bahaya dan ade risiko nya. Tapi vape boleh membantu mengurangkan ketagihan rokok konvensional yg byk nikotin dan tar tu

      Delete
  3. kak ana doakan semoga otomen leh terus berhenti dari vape dan rokok. insyaAllah. slowly but surely.

    ReplyDelete
  4. mujurlah abe kie x hisap rokok dan mmg x suka org yg merokok di depan abe kie.

    ReplyDelete
  5. Moga dipermudahkan usaha berhenti merokok..

    Keputusan GA dah keluar :)

    https://ejulz.blogspot.com/2020/12/keputusan-giveaway-by-ejulz-faizzahamir.html

    ReplyDelete
  6. Eat even dinners; eat low-calorie snacks; drink cold water. Nicotine substitution treatment may help smokers remain off smoking by lessening their withdrawal manifestations so the patient can focus all the more completely on the social parts of the smoking suspension.

    ReplyDelete

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com