Friday, 31 July 2020

Manfaat Kesihatan Daging Berasaskan Tumbuhan Oleh Phuture Daging

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Tidak kira sama ada daging lembu atau kambing, umumnya daging merupakan antara jenis makanan yang sering diambil oleh kebanyakan individu. Namun, viral di media sosial tentang satu teknologi baharu yang memperkenalkan kita untuk mengambil protein tanpa daging lembu dengan menggunakan daging lembu berasaskan tumbuhan. 

PHUTURE, sebuah syarikat penyedia makanan daging berasaskan tumbuhan berkongsi dalam segala aspek dan faedah pengambilan diet yang sihat dan seimbang berasaskan tumbuh-tumbuhan kepada semua yang bakal dinikmati. Daging  lembu berasaskan tumbuhan itu juga dikatakan hampir sama dengan rasa daging lembu sebenar.


Tumbuh-tumbuhan sebagai alternatif daging hari ini bukanlah sesuatu yang pelik. Malah, kebanyakan rangkaian restoran terkenal seperti KFC sudah pun memulakan tumbuhan sebagai alternatif daging ayam bagi menyelesaikan masalah kekurangan stok mereka. Namun, hidangan ayam goreng berasaskan tumbuhan ini hanya boleh didapati di Atlanta.

Baik Untuk Alam Sekitar, Bagaimana Dengan Kesihatan Manusia?

PHUTURE pada mulanya hanya untuk meraikan kebaikan kepada alam sekitar dengan menjadikan sebahagian daripada permasalahan global mengenai kelestarian dan meningkatkan kesedaran mengenai ekologi persekitaran melalui produk mereka. 

Di PHUTURE, mereka percaya bahawa untuk memulihara bumi ini, kita sebenarnya perlu melestarikan masa depan. Antara misinya adalah mentakrifkan semula makanan dengan mencipta pelbagai produk berasaskan tumbuhan dan mencipta pengalaman tanpa menjejaskan nutrien penting dan rasa yang hebat dalam makanan.


Faedah Kesihatan Tumbuhan

Tumbuhan merupakan sumber yang kaya dengan banyak nutrien penting untuk kesihatan yang baik seperti vitamin, mineral, serat dan protein. Jadi, daging berasaskan tumbuhan boleh membantu kadar risiko yang lebih rendah kepada obesiti dan pelbagai penyakit seperti penyakit jantung, diabetes, keradangan dan kanser.

Oleh itu, daging lembu berasaskan tumbuhan yang dihasilkan PHUTURE Foods mampu menjadi pilihan kerana ia sepenuhnya bebas daging lembu dan 100% berasaskan tumbuhan. Selain itu, ia turut mengandungi 80% Less Total Fat, 70% Less Saturated Fat dan 50% Less Calorie berbanding daging lembu yang mempunyai berat yang sama.

Pengambilan daging lembu berasaskan tumbuhan boleh membantu kita mencegah penyakit berbahaya dan kualiti gaya hidup yang lebih sihat.

Jadi, tentukan semula daging lembu anda! PHUTURE daging lembu yang lazat disajikan dengan mudah untuk anda nikmati hari ini. 

Bagaimana PHUTURE Menghasilkan Daging Lembu Dari Tumbuhan

Pasukan R&D PHUTURE® dibina pada peringkat awal yang terdiri daripada saintis makanan berbakat yang terdiri dari seluruh dunia dan berpengalaman lebih dari 45 tahun dalam sains dan teknologi makanan, dari AS, China, Singapura, Malaysia dan banyak lagi. Pakar R&D PHUTURE telah mengenalpasti dengan menggabungkan jenis protein tumbuhan, karbohidrat, lemak sihat, warna semula jadi dan perasa semula jadi untuk meniru tekstur dan rasa daging lembu dengan fakta kesihatan yang baik.


Teknologi makanan yang komprehensif dan canggih telah mencipta kembali pengalaman sihat tanpa menjejaskan tekstur dan rasa asli. 


Di Malaysia, PHUTURE daging lembu ini turut membantu syarikat PKS tempatan seperti pemilik kafe dan restoran dalam menyediakan permasalahan protein berasaskan tumbuhan. Jadi, bagi yang mengamalkan diet kesihatan berasaskan tumbuhan, ini merupakan menu yang baik dan boleh dinikmati dengan memesan daging berasaskan tumbuhan. Pasti lazat untuk memenuhi citarasa anda!

Untuk maklumat lanjut mengenai PHUTURE Foods, boleh layari seperti yang tertera di bawah.

Website

Facebook

Instagram

Youtube

Reaksi kOrang:

9 comments:

  1. saya macam terbaca jugala sikit daging untuk orang2 vegetarian tapi x penah cuba. teknologi sngt kan skrng ni semua canggih =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. Hari semakin hari semakin canggih.

      Delete
  2. Teringin pulak nak rasa cemana. Sama ke tidak dengan rasa daging. macam aakak jenis bila makan daging cepat gemuk. dalam diet memang seminggu sekali je makan daging. tu pun sikit je..

    Kalau ada macam ni, senang la sikit. Boleh makan daging hari2 la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah cuba dapatkan dengab Phuture Daging

      Delete
  3. kiranya ni vegetarian la ya...teringat dulu makan vegetarian ikan yang rasa ikan tapi dijual oleh peniaga cina...sedap giler

    ReplyDelete
  4. wah hebatnyeee...siap bole tiru rasa dan protein dalam daging lembu tu! memang sesuai untuk mereka yang vegetarian dan perlu jaga2 dengan pengambilan daging merah..

    ReplyDelete

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com