Isnin, 26 Ogos 2019

MBO Cinemas dan Me Books Asia Lancar Buku Cerita Bertemakan Adiwira

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hai semua. Semoga korang sihat walafiat hendaknya hari ini. LeYa terlalu sibuk untuk menyumbang idea di blog milik LeYa ni sehinggakan tiada hati untuk menulis. Demi menyahut panggilan manusia seperti korang yang kehausan maklumat dan pengetahuan, LeYa gagahkan jua menulis apa yang tersurat di lembaran Blog LeYa ini.

Untuk kali ini, LeYa akan berkongsi serba sedikit koleksi cerita kanak-kanak dari Me Books Asia yang menjadikan pengalaman penceritaan lebih menarik dengan disertakan buku audio interaktif yang mempunyai grafik sangat menarik dan boleh didapati dalam aplikasi Me Books Plus. Para IbuBapa pasti teruja ingin menghadiahi anak-anak dengan koleksi lengkap dari Me Books Asia ini. 


MBO Cinemas dan Me Books Asia Lancar Buku Cerita Bertemakan Adiwira

Untuk pengetahuan korang lagi, koleksi cerita kanak-kanak dari Me Books Asia ini telah berganding tenaga bersama MBO Cinemas untuk menyampaikan mesej bahawa setiap kanak-kanak mempunyai kekuatan, kehandalannya yang tersendiri dan mereka juga memiliki sifat-sifat seorang adiwira. Kolaborasi antara MBO Cinemas dan Me Books Asia dalam menerbitkan siri buku cerita ini turut berupaya mengeratkan lagi hubungan keluarga dan menggalakkan masa kualiti antara ibu bapa dan anak-anak. Pada masa yang sama, ia turut memberi penekanan terhadap keajaiban sesuatu penceritaan yang tidak hanya terhad kepada lembaran buku melalui penyediaan kemudahan mesra kanak-kanak di Kecil Halls MBO Cinemas.

Penerbitan buku cerita ini bertujuan memupuk nilai-nilai penting dalam diri kanak-kanak di samping penyediaan pelbagai aktiviti menarik yang ditawarkan di Kecil Halls MBO Cinemas


Menjadi pawagam pertama di Malaysia yang mempunyai panggung khas untuk kanak-kanak yang turut dilengkapi dengan kawasan permainan dan tempat duduk berbaring untuk keluarga yang selesa, sememangnya ia memberi peluang kepada Me Books Asia untuk terus melangkaui konsep pawagam konvensional. MBO Cinemas juga terus berusaha untuk menggalakkan keluarga di Malaysia agar memupuk nilai murni bersama. Buku cerita ini dikarang khusus untuk kanak-kanak dan dilengkapi dengan audio dalam aplikasi Me Books Plus. Ia juga disampaikan oleh artis suara latar profesional dengan memberi penekanan terhadap sebutan dan intonasi terbaik bagi merangsang daya imaginasi dan pertuturan kanak-kanak.  


Hasil daripada jualan buku pertama "Unleash The Superhero In You" akan disumbangkan kepada Yayasan Pendidikan Little Yellow Flower yang akan memberi manfaat kepada kanak-kanak kurang bernasib baik yang tidak mendapat akses kepada pendidikan berkualiti. Kerjasama ini juga turut menyumbangkan 1,000 naskhah buku cerita yang berkenaan kepada perpustakaan di lima buah negeri sempena kempen #MalaysiaMembaca yang dilancarkan oleh kerajaan menerusi rancangan Dekad Membaca Kebangsaan. Perpustakaan yang terlibat adalah Perpustakaan Negara Malaysia serta empat lagi di Selangor, Perak, Johor dan Sarawak.



Selebriti antarabangsa yang juga seorang ibu penyayang, Sinje Lee bersama-sama dengan personaliti masyarakat penyayang berpengaruh seperti Sarah Tan, Racheal Kwacz, Jay Jamalina dan Kristie Chan, masing-masing telah tampil untuk menyumbangkan suara mereka yang lunak sebagai tukang cerita di dalam buku audio tersebut. Buku cerita ini boleh didapati dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Mandarin.



"Unleash The Superhero In You" adalah sebuah cerita yang mengisahkan tentang watak Alison dan bagaimana sesuatu perkara itu tidak mencerminkan keadaan yang sebenar. Sepanjang kehidupannya, dia cuba melakukan perubahan besar dengan membantu orang di sekelilingnya. Sebagaimana yang kadang-kadang terjadi dalam kalangan ahli keluarga dan teman-teman, ianya lebih mudah untuk melihat dan mengkritik sahaja, tidak membabitkan diri dan tidak peduli terhadap nasib orang lain. Tidak sekadar mengharapkan sesuatu keajaiban, kita perlu membenarkan orang seperti Alison untuk menjadi sumber inspirasi bagi menyerlahkan adiwira di dalam diri kita demi membina dunia yang lebih baik. Kisah ini ditulis dengan niat untuk memberi inspirasi dan memupuk nilai murni dalam kalangan kanak-kanak.

Untuk pembelian buku cerita, boleh kunjungi

Me Books Store

Maklumat Lanjut


Mengenai Me Books Asia
Me Books Asia ialah sebuah aplikasi penceritaan yang telah memenangi anugerah dan menawarkan lebih 400 buku audio daripada penerbit buku kanak-kanak terbaik di seluruh dunia serta cerita tempatan yang disuarakan dan dilukis oleh karyawan Asia di bawah sayap Me Books Creations miliknya. Buku audionya yang diterbitkan menerusi aplikasi Me Books Plus dinikmati lebih 2 juta pengguna di seluruh dunia dan dijangka akan mengukuhkan lagi kedudukannya di rantau Asean berbekalkan misinya untuk memudahkan semua orang mendapat akses dan mampu memiliki bahan bacaan berkualiti. Me Books Asia adalah hasil kerjasama antara para pendidik, doktor, ahli psikologi dan ibu bapa yang mahu menghubungkan antara pendidikan dan teknologi. Maklumat lanjut mengenai Me Books Asia, boleh kunjungi https://www.mebooks.asia.

Mengenai MBO Cinemas
MBO Cinemas telah semakin berkembang sebagai jenama terkemuka dalam industri pawagam sejak ia mula dibuka kepada rakyat Malaysia pada 2005. Kini, ia merupakan salah satu daripada tiga francais pawagam terbesar di negara ini. Baru-baru ini, ia telah dianugerahkan dengan Anugerah Gangsa oleh Anugerah Jenama Putra 2018 bagi kategori Hiburan dan Anugerah Syarikat Terbaik CSR Malaysia 2019 bagi kategori Hiburan. MBO sentiasa bergerak maju menerusi rancangannya untuk mengembangkan 26 lokasi, berusaha menjadikan pawagam pilihan utama rakyat Malaysia dengan menawarkan pengalaman hiburan berkualiti yang disampaikan oleh kumpulan pencinta filem yang ramah dan profesional. Untuk maklumat lanjut, boleh layari https://www.mbocinemas.com.

8 ulasan:

  1. memang layan kalo tengok movie kat mbo kecil ni...boleh baring kat sofa tu...
    bagus usaha diorang nak pupuk nilai murni dalam diri anak2 melalui buku cerita tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu... Memang terlebih layan.. Macam nak layan mata sekali time tu.. Hehe..

      Padam
  2. Bestnya seating dia. Boleh tertidur nanti. Ok jugak ada buku macam ni. Anak-anak mesti suka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak dapatnya nak tidur dengan suara kanak-kanak menangis bagai.. Tapi selesa sangat la.. Yup... Kanak-kanak lebih terangsang mindanya dengan audio dan grafik yg menarik

      Padam
  3. Wah, canggih dan selesa pawagam MBO ni...

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com