Rabu, 22 Mei 2019

Apa Aktiviti Menarik Yang Boleh Dilakukan Bila Bercuti Di Lotus Desaru Beach Resort & Spa?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah... Ramadhan 2019 kali ini LeYa berpeluang menjelajah kawasan sekitar Lotus Desaru Beach Resort & Spa, Johor. Ini merupakan kali pertama LeYa menjejakkan kaki ke Desaru walhal acap kali sudah ke Johor. Percutian yang mengambil masa 3 hari 2 malam ini cukup membuatkan hati LeYa seronok dan bangga dengan keindahan yang ada di Malaysia.



Apa Yang Menarik Yang Ada Di Lotus Desaru Beach Resort & Spa

Sebelum meneroka kawasan sekitar, LeYa diberi terlebih dahulu pengalaman dalam sesi dialog dan majlis perasmian Fam Trip Ejen Pelancongan Malaysia & Singapura bersama wakil Menteri Pelancongan, Seni & Budaya mengenai pelancongan yang diadakan di Dewan Lily, Lotus Desaru.



Yeah!! Saat yang dinantikan tiba. LeYa dibawa terus satu persatu tempat menarik yang boleh korang kunjungi kelak. Kat sini LeYa nak cakap korang yang dah penat-penat bekerja di bandar Kuala Lumpur dengan hiruk-pikuk kenderaan pasti akan rasa tenang bila bercuti di sini. Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang korang boleh lakukan tanpa perlu keluar dari resort ini. Meh LeYa tunjukkan apa yang best korang boleh buat di sini. Jom! 



Firstly, LeYa akan bawak korang dengan pemilihan bilik penginapan yang korang boleh inap mengikut bajet dan jumlah orang yang korang bawa. Terdapat lima pilihan bilik iaitu 1 Bedroom, 2 Bedrooms, 3 Bedrooms, 4 Bedrooms dan Pent House. Banyak kan pilihan? Pasti korang teruja.




Ooppss!!🤭 Terlupa pulak LeYa kat mana simpanan gambar 2 bedrooms dan Pent House. Tapi, sebenarnya Pent House yang disediakan kelengkapannya sama seperti 4 Bedrooms. Cuma yang berbezanya Pent House memiliki ruang rehat di bahagian luar.


Aha! Kotang tengok gambar atas ni. Ini adalah Buggy Car yang akan membawa korang pusing-pusing kawasan sekitar Lotus Desaru jika tak larat untuk berjalan kaki. Memandangkan bulan puasa ni, dah tentu LeYa memilih untuk naik kereta ni. Hehe..😁😁 Ok... Jom tengok apa lagi aktiviti menarik yang korang boleh lakukan.


Lotus Desaru Waterpark

Anak-anak pasti teruja dan gembira bila datang ke sini. Sebabnya kolam renang dan air memang tak dapat dipisahkan dengan mereka. Malah bukan kanak-kanak sahaja, korang yang teruja nak mandi pun boleh mandi dan santai di sini. Tapi, sebelum tu korang kena dapatkan wrist-band di kaunter pendaftaran yang telah disediakan percuma selepas korang check-in penginapan. Kalau tak ada nanti tak boleh mandi atau wrist-band yang disediakan di bahagian kaunter kolam renang perlu bayar lain. 





Selain itu di bahagian sebelah lobi hotel terdapat juga kolam renang dan bilik gymnasium serta bilik karaoke untuk aktiviti keluarga dan rakan-rakan. Memang terbaik!



Nikmati Pemandangan Pantai Desaru dan Restoran-Restoran Yang Ada Di Lotus Desaru

Aktiviti lain yang korang boleh lakukan lagi di petang-petang hari adalah dengan mengambil angin dan santai menikmati pemandangan di Pantai Desaru.


Ada 3 restoran yang korang boleh cuba. Antaranya adalah Beach Hut, Seaview Restaurant dan Teratai Cafe. Best kan! Satu tempat ada banyak restoran korang boleh nikmati. Tambah menarik lagi, boleh saksikan pemandangan pantai sambil makan-makan dengan keluarga atau rakan-rakan.




Terapi dan Segarkan Diri Di Lotus Suria Spa

Wahhh! Bukan itu sahaja. Korang yang dah penat dan lenguh-lenguh badan tu, bolehlah cuba rasai pengalaman berurut di rawatan spa yang disediakan. Memang puas hati dan segar je badan lepas diurut.



Tengok sahajalah LeYa dan rakan-rakan ni. Happy semacam je rupa bila dah diurut. Padahal bulan puasa. Masih bertenaga dan semangat menjalani ibadah puasa. Hee..😁


Kunjungan seterusnya, korang boleh la berjalan-jalan di Lotus Desaru Farm. Kat sini boleh tengok mini zoo, aktiviti permainan tradisional dan tanaman yang segar. Maaf! Tiada gambar sebab time ni LeYa dan rakan-rakan dah kepenatan untuk berjalan naik lebih jauh lagi. Maklumlah puasa.😉

Menginap di Lotus Seaview Resort & Spa - Pengerang

Selain itu, korang juga boleh memilih untuk menginap di lokasi kedua iaitu terletak di Pengerang. Boleh katakan kat Lotus Seaview pun pemandangannya sangat cantik. Kira-kira 15 minit juga dari Lotus Desaru untuk ke sini.



Menarik bukan cuti-cuti di Lotus Desaru Beach Resort & Spa ni. Macam-macam aktiviti yang boleh dilakukan hanya satu tempat sahaja. Bukan sahaja jimat wang ringgit, malah jimat masa dan tenaga untuk ke tempat lain.


Untuk maklumat mengenai pakej harga dan promosi, boleh layari:

Website

Alamat
Lot 1854, Jalan Desaru,
Bandar Penawar,
81930 Kota Tinggi,
Johor Darul Takzim.

Telefon
+6 07 884 2800 

Email

6 ulasan:

  1. Cantiknya lotus desaru. Bilik dia besar dan cantik. Tgh persekitaran pun awesome.. bestnya dapat bercuti kat sana ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan3x... Bercuti bawak keluarga. Yg ada anak kecil pun pasti seronok dan selesa dengan semua kemudahan yang disesiakan.

      Padam
  2. Boleh tahan lawa juga view sekitar resort tu..😍
    Bestnya tengok kolam tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berenang-renang ke tepian la dengan kolam tu nanti ye..😁😁

      Padam
  3. Hotel cantik n ade water park.. Boleh dipertimbangkan.. Thank you..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haruslah kan... Beraktiviti dengan keluarga kat dalam ni semua.. Senang😁

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com