Sabtu, 7 Julai 2018

Suatu Kisah Di Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Rasanya belum terlambat lagi untuk LeYa buat cerita di Hari Raya Aidilfitri 2018 LeYa kali ini. Almaklumlah, raya kan sebulan. Hehehe... Apa-apa pun LeYa mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. So far, macam mana dengan Raya korang tahun ni? Banyak ke dapat duit raya? Untuk tahun ni seperti tahun-tahun sebelumnya, semenjak dah berkahwin dan bekerjaya ni, LeYa yang bagi duit raya dekat orang. Ekekeke...

Untuk raya tahun ni, di pagi 1 Syawal, LeYa beraya dahulu di sebelah suami a.k.a. Otomen Taro di Kampung Tedong Pantai, Merlimau, Melaka. Semua adik-beradik pun balik kampung untuk beraya bersama. Memang meriah lah kan. Raya LeYa tidak cukup kalau tak berselfie. #SayakanMelayu Hahahahahaha...

Pagi 1 Syawal di Melaka

Pagi 1 Syawal di Port Dickson

Raya Pertama

Usai dari solat sunat Aidilfitri, kami bersiap sedia untuk bermaaf-maafan dan bersalam-salaman di pagi raya bersama keluarga. Yang tua dihormati, yang muda disayangi. Ecececeh... bermadah pulak kaw, LeYa. Kemudian, makan hidangan pagi raya seperti ketupat, lemang, rendang, kuah kacang dan bermacam-macam lagi. 




 

 

Dah selesai bersalam-salaman dan bermaaf zahir batin dan kiss-kiss sikit tuh, apa lagi macam biasa lah untuk kami beraya ke rumah sanak-saudara berhampiran. Rumah pertama yang kami singgah adalah atok saudara, Tok Busu. Rumahnya tak jauh mana pun. Jalan kaki sahaja. Tetapi memandangkan perjalanan kami panjang lagi untuk singgah beraya di rumah yang lain, kami tekad untuk menaiki kereta. 


Raya pertama kami dihabiskan beraya di rumah yang singgah setiap setahun sekali. Kemudian, kami pulang untuk yang lelaki bersiap solat Jumaat. Usai solat Jumaat, kami berehat seketika di rumah kerana di sebelah malam, LeYa dan Otomen pulang ke kampung halaman LeYa di Port Dickson pula. Takyah gaduh-gaduh kan... Dekat je kampung kami antara satu jarak. So...memang akan balik je kedua belah pihak. Hehehe...

Raya Kedua

Menjadi tradisi di sebelah keluarga LeYa, di raya kedua, kami akan berkonvoi beramai-ramai tidak kira keluarga kecil, adik-beradik, ipar-duai, saudara-mara, kesemuanyalah termasuk keluarga sebelah adik-beradik nenek LeYa yang cukup ramai dan tidak terkira. Kami akan start seawal pagi breakfast di rumah yang LeYa panggil Tok Anjang dan terus membawa ke malam di rumah terakhir, Tok Chik. Nak dikira berapa rumah kami singgah tuh, memang banyak lah... Jadi, tanpa pening-pening untuk LeYa simpulkan, jom je lah tengok gambar-gambar di bawah ni. Hehehe...

 

Sebelum tuh, LeYa dan Otomen seperti biasa akan berwefie dahulu sebagai mukadimah penceritaan di blog ini. Gambar pertama adalah di rumah milik Ibu dan Ayah LeYa, manakala gambar kedua sudah berada di rumak Tok Anjang. Meriah kan raya ini bersama sanak-saudara. Jom!





Makan tengah hari dalam suasana kampung dan dusun buah-buahan di rumah Tok PakLang. Suasana kampung yang harmoni jadi hiruk-pikuk dengan gelak tawa apabila kesemuanya dalam 25-30 biji kereta tiba. Ibu-ibu di sudut lain. Ayah-ayah berbual di sudut lain. Yang belia atau muda-muda skit, ala-ala dalam lingkungan umur leya ni akan di sudut lain. Anak-anak pula akan seronok bermain di halaman rumah kampung yang luas. Amboi-amboi! Sampai dah tak ingat nak makan dan next rumah pulak ye. 



Berakhir dengan rumah Tok Chik di Kampung Jiboi, Ampangan, Seremban lebih kurang lewat tengah malam. Itupun kalau tak dipantau, memang sampai ke pagi lah berbual sakan. Almaklumlah, setahun sekali beraya sakan macam ni. Kasi peluang lah semuanya nak membawang kan. Hahahaha.... 


Raya Ketiga

Beraya di rumah sahaja. Menunggu orang yang berkunjung pula ke rumah. Bila seharian di rumah, memang lah dihabiskan masa di hadapan TV sahaja. Jadi, di hari raya ketiga, terlupa nak bergambar sebab sibuk dengan sanak-saudara yang berkunjung ke teratak AyahIbu.

Raya Keempat & Raya Kelima 

Kami balik semula ke Melaka untuk beraya lagi di sana. Ada lagi rumah sauara-mara yang belum kami kunjung di pagi 1 Syawal hari tuh kan. Raya kan sebulan. Kami memang sakan beraya di minggu pertama ini di pihak keluarga kami. Belum lagi beraya dengan kawan-kawan kan. Hehehe...


Raya Keenam

Beraya di atas jalan raya. Cukup-cukup sudah, cukup sampai di sini sahaja. LeYa dan Otomen bersiap sedia untuk pulang ke bandar metropolitan semula untk bekerja. Sebelum pulang tuh, sempat lagi kami berwefie di halaman rumah emak otomen di kampung. Ragam anak menantu yang kaki gambar, emak layankan aje. Hehehe...

 

 

Jadi, inilah cerita hari raya LeYa dan Otomen 2018 kali ini selama satu minggu di kampung halaman masing-masing. Raya ketujuh, kami dah masuk kerja semula dah ketika tuh. huhu... 

12 ulasan:

  1. salam aidilfitri Leya..meriah sungguh..akak kalau raya kat kg husband pun berjalan sakan, dulu2 waktu mak dgn abah sihat memang kami pun berziarah ke rumah sepupu, mak sedara kat KL..tapi kemeriahan beraya dgn adik beradik tetap meriah jugak..#rayakansebulan hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan... Setahun sekali. Jadi marilah meriahkan bersama keluarga..hehe..

      Padam
  2. Meriahnya raya kak leya, sweet pulak tu bergambar dengan bang ottomen. Selamat Hari Raya Kak Leya sekeluarga :)

    BalasPadam
  3. Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Aidilfitri yang dah pun berada di penghujung Syawal.. hehehe..

      Padam
  4. Salam Aidilfitri :) Hahaa, maaf..baru singgahhhh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Aidilfitri yang dah pun berada di penghujung Syawal.. hehehe..

      Padam
  5. Salam Aidilfitri LeYa, merahnya raya family LeYa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Aidilfitri juga buat Zumal. Hehehe... Saban tahun begini lah raya LeYa

      Padam
  6. Balasan
    1. Alhamdulillah... Ini lah keluarga LeYa... Syukur dengan rezeki kebahagiaan yang dilimpahkan

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com