Khamis, 5 Julai 2018

Kafe Croutons by Gourmet Seductions Terbaik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Trend masa kini di Malaysia secara amnya di bandar-bandar utama, LeYa boleh katakan sana-sini menyediakan ruang kafe santai dengan pelbagai jenis hidangan barat dan tempatan serta minuman kopi kepada pengunjung yang datang. Menjadi kelaziman rakyat Malaysia yang sememangnya penggemar kepada minuman berasaskan kopi ini. Ingin LeYa kongsikan satu lokasi menarik yang boleh pencinta kopi datang dan menikmati kopi yang sedap di sini. Kafe Croutons by Gourmet Seductions yang terletak di Seri Kembangan, Selangor dan boleh dikatakan agak popular di kalangan pencinta kopi. 

Croutons by Gourmet Seductions, Seri Kembangan, Selangor


Kafe ini sangat popular dalam menyediakan hidangan Barat dan tempatan yang dihasilkan oleh Gourmet Seductions dengan menawarkan steak, pasta, sup yang kesemuanya sangat sedap. Ditambah lagi hidangan lamburger, mussel aglio olio, steaming soup dan banyak lagi.

Kafe Croutons by Gourmet Seductions menawarkan suasana yang cukup tenang, ruang santai yang luas sambil para pengunjung turut dapat merasai kehangatan kopi yang memang terbaik. 




Merupakan sebuah kafe yang mempunyai suasana yang menenangkan dan pencahayaan yang cantik boleh dinikmati dengan ketenangan ketika berada di situ. Menambahkan lagi daya tarikan pengunjung apabila dapat melihat dekorasi lukisan dindingnya yang unik dan artistik mempunyai tema tersendiri yang dihasilkan pemilik.










Hidangan yang cukup menyelerakan. Kafe ini dibuka pada hari Isnin-Jumaat, jam 9.00 pagi sehingga 9.00 malam dan pada hari Sabtu dan Ahad pula bermula dari jam 10.00 pagi hingga 9.00 malam.

Untuk sebarang maklumat, boleh hubungi seperti yang tertera di bawah:

Alamat | Jalan Dagang SB 4/3, Taman Sungai Besi Indah, 43300 Seri Kembangan, Selangor

Telefon | 03 - 8953 9343

 Klik Di Sini

8 ulasan:

  1. mmg terbaek.. :)

    Jemput join segmen ejulz jika sudi :)
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

    Entry terkini :
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/hindari-sifat-malas.html
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/5-julai-2018-bday-furqan.html
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/mood-blogwalking.html
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/nasi-lemak-isteri-tercinta.html
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/ranking-alexa-5-jul-2018.html
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/giveaway-nak-hadiah-jawab-dulu-by.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah... Nanti leya join ye giveaway dari ejulz ni..tq

      Padam
  2. adoiii terliur. jahanam diet hehe

    BalasPadam
  3. wahhh
    nampak cantik tempatnya
    makanan pun nampak menarik
    lain kali nak review ajak sekali
    hahaha

    BalasPadam
  4. Kafe tu nampak selesa sangat. Makanan pun semua menyelerakan. Boleh cuba nanti ni leya.

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com