Sabtu, 14 Oktober 2017

Movie Review | Filem Chasing The Dragon Menampilkan Andy Lau dan Donnie Yen

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Lakonan hebat dari pelakon dan penyanyi, Andy Lau ditampilkan dalam Filem Aksi Chasing The Dragon bergandingan dengan Donnie Yen yang juga pelakon hebat dalam lakonan filem IP Man. LeYa pasti korang yang lahir di era 1980an - 1990an kenal akan watak lakonan Andy Lau ini. Malah dikatakan ketika itu fenomena filem atau drama dari Hong Kong memang sangat hebat sehinggakan setiap siaran TV berlumba-lumba untuk menayangkan aksi lakonan Andy Lau yang sememangnya adalah nama besar dalam industri hiburan di Asia.

Baru-baru ini, LeYa berkesempatan menyaksikan tayangan perdana filem CHASING THE DRAGON yang telah berlangsung dengan jemputan dari portal hiburan BUZZING MALAYSIA.



Sinopsis Filem CHASING THE DRAGON

Filem CHASING THE DRAGON ini bergenre jenayah dan aksi yang diarahkan oleh Jason Kwan dan Wong Jin. Difahamkan lagi yang mana tajuk asal filem ini sebenarnya adalah KING OF DRUG DEALER. Namun, ia adalah remake kepada filem yang pernah diterbitkan pada tahun 1991 iaitu filem TO BE NUMBER ONE. Filem CHASING THE DRAGON adalah kolaborasi yang pertama kalinya antara Andy Lau dan Donnie Yen. Filem ini berbahasa kantonis dan mempunyai sarikata Bahasa Melayu.

Filem CHASING THE DRAGON mengisahkan Ho (Donnie Yen) yang masuk ke Hong Kong dari Tanah Besar China pada lewat tahun 1960-an untuk mencari rezeki. Dalam pada itu juga, pihak polis Hong Kong bekerjasama dengan para penjenayah di bawah penjajahan British. Pada era itu, amalan rasuah di kalangan penjawat kerajaan sangat berleluasa bersama juga melalui industri dadah dan pelacuran.

Ketua Detektif, Lee Rock (Andy Lau) menghargai kemahiran dan keberanian hebat Ho sehingga membantunya melarikan diri dari seksaan Pihak Polis Inggeris. Ho amat bersyukur kepada Rock atas bantuannya itu. Dalam satu pergaduhan geng, untuk menyelamatkan Rock, Ho telah mengorbankan kaki kanannya sehingga menjadi lumpuh. Sejak dari itu, mereka menjadi semakin akrab dan Rock membantu Ho menjadi pemimpin nombor satu dalam kumpulan pengedaran dadah. Rock dan Ho menjadi semakin berkuasa dan secara berasingan menakluk Hong Kong. Walau bagaimanapun, pada masa yang sama mereka juga bergelut dengan sebuah rahsia bagi memastikan kesimbangan kuasa di antara mereka. Sehingga tahun 1974, penubuhan ICAC (Independent Commision Against Corruption) telah memaksa Rock untuk bersara awal. Walau bagaimanapun, Ho tidak mahu berhenti dan bertekad untuk menjadi diktator tunggal kerajaan dadah.











Apa Kata LeYa?

Bagi LeYa yang juga penggemar filem aksi berpendapat filem ini bukan sahaja menarik untuk ditonton, malah ia memaparkan tentang senario yang masih berlaku di dunia dan juga menerapkan unsur-unsur nilai murni sebagai peringatan diri. Filem CHASING THE DRAGON mengajar kita tentang erti sebuah persahabatan, cinta sejati dan berbudi pekerti tidak kira kepada yang orang tidak dikenali. Filem ini juga menekankan di mana dadah, pelacuran dan rasuah adalah perosak kepada bangsa dan negara. Watak dan lakonan hebat Andy Lau dan Donnie Yen yang berjaya menambat hati LeYa untuk terus menonton sehingga ke akhir racangan harus diberi pujian yang sangat tinggi. Kedua mereka ini menampilkan lakonan yang sangat hebat dan terbaik.


Ingin tahu kesudahan filem aksi hebat ini? Jom saksikan filem CHASING THE DRAGON ini di pawagam berdekatan korang. Filem ini diedarkan oleh LOTUS FIVE STAR dan dipasarkan di Malaysia oleh RAM ENTERTAINMENT.

Berapa Bintang?

Dengan ini LeYa bagi

4 / 5 

BINTANG

7 ulasan:

  1. Balasan
    1. Filem aksi ni memang best... tak rugi dan tak membosankan.. Jom tengok ramai2

      Padam
  2. Menarik juga ni.. rasa nak menonton juga la time2 cuti nanti. Thanks sharing :)

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Dipersilakan la beramai-ramai pergi menonton filem terbaik ini

      Padam
  4. Pelakon yang mantap dengan lakon layar yang best memang menarik ramai penonton

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com