Wednesday, 30 November 2016

Naib Juara Cabaran Nescafé Tarik Mana Mana

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Minggu lepas bersamaan dengan 26 November, LeYa bersama rakan blogger yang lain telah turut serta dalam aktiviti cabaran NESCAFÉ Tarik Mana Mana yang dianjurkan oleh pihak Nescafé Malaysia.


Aktiviti ini merupakan cabaran 'Amazing Race' yang buat pertama kalinya LeYa telah join. Dah lama juga LeYa nak rasa bagaimana menyertai aktiviti seperti ini. Alhamdulillah, LeYa dapat jemputan untuk menyertainya pada tahun ini oleh pihak Nescafé. 

Korang semua dah pernah cuba Nescafé Tarik? Ia adalah keluaran baru dari pihak Nescafé dan rasanya boleh dikatakan sama seperti di restoran-restoran mamak terkemuka.

Cabaran Nescafé Tarik Mana Mana

Okay lah, LeYa terus kepada cerita sebenar. Cabaran Nescafé Tarik Mana Mana anjuran pihak Nescafé Malaysia adalah bertujuan untuk mempromosikan produk terbaru iaitu Nescafé Tarik. Cabaran ini disediakan berkonsepkan amazing race, di mana para peserta atau blogger dikehendaki melengkapkan setiap tugasan yang ada di setiap checkpoint

 LeYa dan Otomen bergambar sebelum memulakan cabaran Amazing Race anjuran Nescafé. Kami berlainan team.

Ada 5 tugasan yang perlu dilengkapkan oleh semua blogger yang hadir. Blogger yang hadir diberikan kumpulan secara rawak kepada 5 kumpulan; Biru, Kuning, Merah, Putih dan Hitam. Setiap kumpulan mempunyai 4 orang ahli blogger yang bersemangat untuk menang.

LeYa dapat kumpulan Biru.

Cabaran pertama kami sebagai kumpulan Biru, perlu ke UTC Pudu untuk berinteraksi dengan orang awam untuk mempromosikan produk Nescafé Tarik kepada mereka serta berselfie dengan mereka sambil memegang tin minuman Nescafé Tarik. Alhamdulillah... orang awam yang kami temui semuanya baik-baik dan sporting. 

Cabaran kedua, kami dikehendaki membuat tarian singa. Pertama kali woo buat tarian singa ni. Susah rupanya nak beraksi. hehehe... Kami berjaya juga melepasi cabaran kedua ini.

Ini pula cabaran ketiga yang perlu kami selesaikan. Bergambar sedang membuat gimik Nescafé Tarik seperti model yang tertera di tin minuman Nescafé.

Cabaran ke-4 kami di Clock Tower, Jalan Medan Pasar. Kami diberi tugasan untuk bergambar dengan props yang disediakan. Memandangkan props yang ada banyak, jadi kami perlu bergambar secara individu dan berkumpulan. Motif utama kami masih kekal iaitu Nescafé Tarik Mana Mana.

video 
Cabaran terakhir kami adalah cabaran Mannequin di stesen LRT Masjid Jamek. Kami diminta membuat aksi keras seperti anak patung sementara kami dirakamkan untuk 30 saat.


Selesai 5 cabaran kami terus ke China Town bagi stesen terakhir untuk menamatkan segala aktiviti cabaran hari itu.

 
Kami sudah pun tahu yang kami adalah kumpulan terakhir sampai ke destinasi. Jadinya, kami sahaja berlengah sambil menikmati pemandangan Bandaraya Kuala Lumpur. 

Sesampai sahaja di China Town, kami disaji dengan hidangan makanan yang sungguh menyelerakan. Namun, tidak bagi LeYa untuk merasainya dalam keadaan penat itu. LeYa sekadar mengambil buah-buahan dan desserts sebagai pembuka selera.


Usai sahaja menjamu selera, upacara penyampaian hadiah akan diumumkan kepada para pemenang. Seperti yang tidak dijangka, pasukan Biru meraih tempat kedua. Ternyata ia mengejutkan LeYa dan kumpulan kerana kami meraih kemenangan ini walaupun hakikatnya kami adalah kumpulan yang terakhir sampai ke Checkpoint. Rupanya, di setiap cabaran yang kami lalui tadi, pasukan kami adalah yang terbaik yang menampilkan produk Nescafé Tarik di mana-mana sahaja secara jelas. Alhamdulillah...rezeki kami. Terima kasih Nescafé Malaysia.
Reaksi kOrang:

0 beri komen di sini:

Post a Comment