Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...
.jpeg)
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...
Pulau Pinang atau lebih dikenali dengan Penang merupakan satu destinasi pelancongan yang terkenal di sebelah utara Malaysia. Jaraknya dari Kuala Lumpur lebih kurang 360km dan jika menaiki kereta, korang akan tiba dalam tempoh 3 jam 42 minit tanpa henti. Namun, kebiasaannya kita pasti akan berhenti di perhentian lebuhraya dan ini menjadikan masa yang diambil untuk tiba ke destinasi lebih kurang 5 jam.

Dari menaiki kereta sendiri, korang juga boleh menaiki kapal terbang yang akan mendarat di lapangan terbang Bayan Lepas ataupun boleh juga mengambil pengangkutan awam seperti bas mahupun keretapi.
Ekplorasi Penang Menerusi Aktiviti Miss SHOPhia Shopping Hunt 5.0
Baru-baru ini, LeYa ke Penang dengan menaiki bas persiaran bersama rakan-rakan media yang lain untuk menyertai satu program Miss SHOPhia Shopping Hunt 5.0 - Miss SHOPhia Go Travel 2023 anjuran Tourism Malaysia yang berlangsung di Gurney Paragon Mall, Pulau Pinang. Terdapat pelbagai tarikan menarik yang boleh kita lawati di sekitar Penang dan sudah semestinya jalan-jalan cari makan menjadi aktiviti wajib dalam ke mana sahaja pengembaraan kita. Jadi, kali ini LeYa membawakan korang eksplorasi bandar Penang bersama team LeYa iaitu OLAF The Shopaholic untuk turut serta dalam acara Miss SHOPhia Shopping Hunt 5.0.

Bertolak dari Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Kuala Lumpur sekitar jam 3.00 petang dan tiba di Evergreen Laurel Hotel untuk penginapan kami selama 3 hari 2 malam. Ekstravaganza untuk tiga hari ini menjanjikan sebuah pengalaman menarik yang mempesonakan dengan meneroka produk, budaya, tempat menarik serta makanan viral dan sedap di Penang.
Keesokannya, setelah bersarapan di cafe hotel seawal jam 6.30 pagi, kami bergerak ke The TOP, KOMTAR untuk majlis pelepasan peserta Miss SHOPhia Shopping Hunt 5.0. Terkejut LeYa bila tengok ramai juga peserta yang turut serta kali ni. Apa-apa pun LeYa teruja untuk memulakan kembara hari itu.

Flag-off dilayangkan. Para peserta berlari bertempiaran menyelesaikan setiap tugasan. Tidak terkecuali juga LeYa dan team. Memandangkan kami pergi waktu itu adalah hujung minggu dan perayaan Deepavali yang bakal kunjung tiba, jadi memang terdapat banyak kenderaan dan orang ramai. walau bagaimanapun, tugasan perlu disiapkan dalam tempoh yang diberikan.
The TOP, KOMTAR
Lokasi pertama LeYa dan team jejaki adalah The TOP, KOMTAR dan kawasan sekitarnya. Antara tarikan menarik yang sempat kami lawati adalah Theme Park Indoor terbesar di Pulau Pinang, mengunjungi pihak pengurusan PDC Seti Urus Sdn Bhd dan jalan-jalan di sekitar dalam The TOP. Sebenarnya, banyak lagi tempat menarik di sini yang korang boleh lawati. Antaranya Rainbow Skywalk, Tech Dome, Jurassic Park, Window of The TOP dan banyak lagi.





















Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...
Dua penyanyi terkenal industri muzik Malaysia, Ratu Pop Etnik Negara, Noraniza Idris serta penyanyi lelaki popular Malaysia, Hazama kini bersatu dalam karya muzik terbaru mereka berjudul Penawar Kita.

Menerusi konsep muzik kali ini, Luca Sickta telah menghasilkan muzik yang menggabungkan elemen tradisional dan moden yang sinonim dengan perwatakan nyanyian dari Noraniza Idris & Hazama. Penggabungan ini mencipta dinamika muzik yang membawa perpaduan elemen tradisional dan moden.
Menurut Hazama. "Saya rasa sangat bertuah kerana dapat berpeluang berkolaborasi bersama lagenda Irama Malaysia, Noraniza Idris. Kali pertama dapat panggilan projek ini saya terus setuju dengan tawaran dari Kak Ani. Kebetulan pula saya memang peminat Kak Ani dari kecil lagi. Projek ini merupakan kali pertama saya merakamkan lagu yang bergenre Irama Malaysia. Tanpa tawaran ini, tidak mungkin berpeluang untuk merakamkan lagu yang berunsurkan Irama Malaysia kerana saya sememamangnya membawakan genre Rock. Terima kasih juga tak terhingga kepada semua yang terlibat dan juga pihak Luncai Emas yang banyak membantu sepanjang proses projek ini dijalankan."
“PENAWAR KITA” adalah terbitan bersama Luncai Emas Sdn Bhd dan NIPV Management Sdn Bhd. Lirik ditulis oleh penerbit muzik, penyanyi & rapper Kmy Kmo, dan dilengkapkan dengan konsep muzik yang mendalam oleh Luca Sickta, bertujuan untuk memikat penonton dengan lirik yang bermakna dan melodi yang meremajakan jiwa. Lagu ini menggabungkan elemen muzik tradisional yang terpilih dengan hikmah pantun nasihat, mencipta perpaduan menawan antara tradisi dan moden.
Walaupun lirik dan lagunya oleh Kmy Kmo dan Luca Sickta, Noraniza Idris tetap membawa pesanan mendalam melalui persembahan suara yang menggugah hati. Lirik yang ditulis membawa pendengar dalam perjalanan yang menyentuh hati, di mana ujian dan cabaran kehidupan berfungsi sebagai pengajaran praktikal dalam memahami hakikat hubungan manusia.
"Setelah siap rangka susunan muzik, saya cadangkan agar lagu ini diduetkan dengan artis baru atau sedang aktif dan sesuai dengan vocal saya. Ambil masa lama juga meninjau, satu hari saya buat satu program melibatkan Hazama dan saya terus terfikir untuk calonkan Hazama sebagai rakan duet. Usulan itu disambut baik oleh pengurusan Hazama. Bermulalah rakaman single ini." Kata Noraniza Idris."Penerbitan single ini dipantau sepenuhnya oleh Datuk M.Nasir selaku penasihat single ini. Saya sangat berbesar hati dapat khidmat nasihat dari Datuk sebuah nama besar yang dihormati dalam industri muzik hingga kini." Tambah Noraniza Idris lagi.