Masih mood di Hari Raya lagi kan. Nak-nak sekarang banyak nak menghadiri Open House. Jadi, LeYa pasti korang akan borong tisu dengan banyak untuk kegunaan tetamu yang datang. So, jom LeYa perkenalkan korang dengan rangkaian produk tisu terbaik dan berkualiti yang menepati pilihan LeYa sehingga hari ini.
Setiap hari, pasti kita akan menggunakan tisu untuk aktiviti harian kita. Bukan sahaja sebagai kegunaan mengelap di mulut dan tangan, malah tisu juga digunakan untuk mengelap pada kesemua permukaan tidak kira di rumah, di pejabat, di tempat awam, dalam kereta dan di mana sahaja. Kebersihan memanglah dititikberatkan, lebih-lebih lagi di zaman pandemik ini. Tisu menjadi barang wajib yang perlu ada dan LeYa memilih rangkaian tisu jenama Carina untuk menjaga kebersihan aktiviti harian LeYa.
Mengapa Memilih Tisu Carina?
LeYa memilih tisu jenama Carina ini kerana sangat yakin dengan kualitinya yang tidak menggunakan bahan kitar semula. Lagipula jenama Carina ini dicipta untuk orang-orang di Asia Tenggara terutama LeYa yang sangatlah sensitif kulitnya jika tersalah menggunakan apa sahaja jenis produk. Dalam keadaaan cuaca dan penyakit berjangkit yang tidak menentu, pemilihan tisu berkualiti tinggi sangat penting ye. Kita seharusnya memilih tisu yang lebih bersih, mudah dan mesra keluarga serta sesuai mengikut penggunaannya. Yang LeYa tersangatlah suka adalah tisu jenama Carina ini mesra alam dan dapat membantu menjaga alam sekitar kerana ia larut dalam air.
Latar Belakang Carina Malaysia
Carina telah ditubuhkan pada tahun 2009 sebagai pengeluar tisu pertama Malaysia bagi memenuhi permintaan negara tropika ini. Carina menjaga kulit kita dengan menyediakan 100% pulpa dara dan 100% kapas tulen asli yang mesra kulit. Sebab itulah LeYa sukakannya kerana ia berkualiti tinggi dan baik untuk digunakan pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Dengan kualitinya yang tinggi, tidak hairanlah mengapa tisu ini menjadi pilihan ramai. Korang tengok sahajalah LeYa sendiri pun memilih penggunaan tisu ini. Ia memang best sebab tisu ini kering dan lembut bila disapu pada muka dan tebal. Tak mudah koyak tu yang best! Tak ada lah serpihan-serpihan tisu bertebaran kan.
Carina mengeluarkan 9 jenis pilihan iaitu Carina Lavender Handkerchief, Carina Lavender Wallet, Carina Greentea Handkerchief, Carina Greentea Wallet, Carina Lavender Wipes 30's, Carina Antibacterial Wipes 70's, Carina Facial Cotton 160's, Carina Cotton Buds 100's dan Carina Lavender Soft pack 100's.
Untuk Carina Soft Pack tu LeYa akan letak di rumah dan juga dalam kereta. Senang kan kalau nak guna nanti. Manakala yang jenis Carina Handkerchief Tissue dan Carina Wallet Tissue pula LeYa sentiasa bawa ke mana sahaja dan diletakkan dalam handbeg sebab saiznya lebih kecil dan mudah dibawa.
Ini adalah tisu yang serba guna, penyerapan terbaik dan menjadikan ia sesuai digunakan di mana sahaja tidak kira di rumah, di pejabat, dalam kereta atau di mana sahaja. Tisu ini sangat lembut dan tahan lama. Ia tidak mudah koyak.
Kebiasaannya tisu jenis ini ia lebih kecil dan mudah dibawa di dalam handbeg kita. Bilamana kita berada di luar, tisu ini sangatlah penting untuk digunakan. Carina Handkerchief & Carina Wallet juga dibuat dengan bahan yang lembut dan tahan lama sebagai memenuhi keperluan harian kita diluar sana.
Tisu basah Carina mengandungi 99% air tulen, bebas paraben dan alkohol yang kebiasaannya tidak menyebabkan kepada kulit sensitif dan alahan. Dalam suasana sekarang yang masih bersisa virus COVID dan penyakit berjangkit lain, penggunaan Carina Antibacterial Wet Wipes sangat penting untuk memastikan rumah atau tempat kerja kita bersih dan bebas daripada kuman berbahaya itu. Kedua-dua tisu basah ini mengandungi Aloe Vera dan Vitamin E yang dapat membantu penjagaan kulit kita.
Carina Facial Cotton & Carina Cotton Buds
Carina juga ada mengeluarkan siri kapas yang diperbuat daripada 100% PURE COTTON dan sesuai untuk kegunaan kecantikan kerana ia bersifat hypoallergenic dan tidak menyebabkan iritasi serta kerosakan pada kulit.
Rangkaian Carina Cotton ini diperbuat daripada kapas asli yang lembut, tahan lasak dan mempunyai kadar penyerapan tinggi dan amat sesuai digunakan sebagai kegunaan harian kita dan bayi.
Cotton Buds dia pun lembut. Selepas mandi, LeYa akan menggunakannya untuk membersihkan telinga dan rasa selesa dan lembut je masa Cotton Buds tu masuk ke dalam telinga. Bukan itu sahaja, kalau ada luka-luka di kulit, LeYa akan sapukan ubat dengan menggunakannya.
Carina Green Tea
Carina terus mengorak langkah lebih jauh lagi, Kini, Carina mengeluarkan rangkaian baharunya iaitu Carina Green Tea. Rangkaian baharu ini dirumuskan dengan haruman teh hijau yang menyegarkan.
Carina Green Tea ini tersedia dalam pek berbentuk Carina Green Tea Handkerchief dan juga Carina Green Tea Wallet. Tisu ini tidak akan menyebabkan sebarang kerengsaan terutama pada kawasan kulit yang sensitif. Kedua-dua jenis tisu ini sangat sesuai untuk kegunaan peribadi dan keluarga serta memiliki saiznya yang padat dan kecil untuk dibawa kemana sahaja dalam handbeg kita.
Ha korang... Ada berita best untuk korang! Kini, korang boleh dapatkan kesemua rangkaian produk Carina kesukaan korang di AEON BIG & AEON WELLNESS. Raya-raya ni mesti korang nak guna banyak tisu kan? Lagi-lagi yang sedang dan nak buat open house tu! Jadi, apa tunggu lagi? Inilah masa yang sesuai untuk korang cuba sendiri dan dapatkan kesemua produk Carina ni. LeYa pasti korang akan rasa lebih tenang bila menggunakannya tengok keadaan rumah bersih dan sihat. Barulah syoknya raya kan!
Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman web dan sosial media di bawah
Hai korang... Korang tahu tak sebenarnya tapak kaki dalam kalangan kita tak sama?
Ramai juga yang terlepas pandang mengenai kesihatan kaki. Rata-rata hari ini, kita menyangkakan yang tapak kaki kita normal dek kerana boleh berjalan, berlari, bersukan, menjalankan aktiviti harian seperti biasa. Tapi sedar tak korang apabila tidak menjaga kesihatan tapak kaki boleh menyumbang kepada banyak penyakit. Jom ikuti LeYa untuk sama-sama mendapatkan ilmu mengenai penjagaan kaki di Sunfeet Orthotics Expert yang baru sahaja buka cawangan keduanya di Cheras Selatan. Jom!
Di usia 30-an ni, LeYa dah mula ada rasa sakit belakang bila bekerja lama. Pada mulanya LeYa menyangkakan ia biasa kerana salah tidur atau keadaan tilam yang dah lama. Jadi, LeYa pun menukar kepada yang baharu. Namun, bilamana bekerja lebih masa dan berdiri agak lama, pasti akan kembali merasa sakit belakang. Rupa-rupanya masalah sakit belakang ini juga boleh berpunca dari tapak kaki kita.
Apakah itu Tapak Kaki Rata (Flat Feet)?
Tapak kaki rata atau dikenali sebagai Flat Feet bermaksud tapak kaki yang mempunyai lengkuk yang kurang di bahagian sisi atau tiada lengkuk (rata) ketika berdiri atau berjalan.
Kebanyakan individu dengan tapak kaki yang rata tidak akan berasa sakit dan menyangkakan rawatan tidak diperlukan. Tetapi bila dah mula rasa sakit, barulah kita akan mencari rawatan. Rawatan memang sangat penting untuk mengelakkan kondisi menjadi semakin teruk. Pastinya, kesakitan akan mula terasa di sekitar tumit kaki, buku lali atau di bahagian bawah kaki. LeYa pasti masih ramai lagi yang belum buat pemeriksaan tapak kaki. Sebelum terlambat, jom dapatkan rawatan bersama Dr. Edmund.
Sunfeet Orthotics Expert adalah tempat rawatan khas untuk mengenalpasti masalah tapak kaki kita. Pemeriksaan tapak kaki boleh dilakukan secara PERCUMA dan sekaligus mendapat konsultansi dari Dr. Edmund sendiri. Best kan! Dari situlah, kita mula sedar dan tahu masalah tapak kaki kita serta jenis kasut yang patut kita dapatkan untuk mengatasi masalah ini.
Sebenarnya terdapat banyak masalah tapak kaki yang dialami oleh kita. Antaranya ialah:
Flat Feet (tapak kaki rata atau tidak mempunyai lengkungan)
Bunion (lebihan tulang terkeluar di bahagian sisi ibu jari kaki)
Callus (sel kulit mata tebal di bawah pangkal kaki)
High arch (lengkungan kaki tinggi)
Intoeing (seperti kaki merpati - berjalan dengan kedua-dua kaki menghala ke dalam)
Toe-walking (hujung kaki ketika berjalan)
Bowleg (bahagian kaki dari lutut ke bawah tidak rapat)
Setelah menjalani rawatan pemeriksaan di mesin scanning yang disediakan, barulah LeYa tahu yang tapak kaki LeYa hampir rata. Tahulah kenapa LeYa rasa sakit belakang. Tanpa menggunakan insole yang betul, masalah ini pasti akan membawa kepada kesihatan jangka panjang.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kesihatan tapak kaki dan juga mendapatkan insole khas, bolehlah mendapatkan konsultansi cepat-cepat bersama Dr. Edmund. Sebelum tu, jom kita tengok-tengok jenis kasut yang ditawarkan di sini! Menarik dan cantik-cantik juga tau!
Korang jangan risau kerana Dr. Edmund sangat berpengalaman dan terlatih serta merupakan graduan dalam bidang Orthotics. Sunfeet merupakan perniagaan keluarganya dan sudah tiga generasi terlibat dalam bidang penjagaan kaki ini.
Bersempena dengan Hari Ibu, Sunfeet menawarkan 4 jenis promosi iaitu:
Satu untuk Ibu, Satu untuk Diri Sendiri. Beli 1, Dapat RM1,000 Cash Rebate
Percuma 1x Rawatan Penjajaran Kaki (Foot Alignment) buat semua yang bergelar ibu.
Berpeluang memenangi Insole bernilai RM899 dengan cara menyertai pertandingan Mother's Day Giveaway
Potongan harga istimewa RM100 off kepada semua OKU, Warga Emas, pemegang kad pelajar dan ibu tunggal.
Apa tunggu lagi? Sebelum kesihatan kita lebih teruk, jom buat pemeriksaan tapak kaki dengan berkunjung ke Sunfeet Orthotics Expert di Cheras Selatan.
Alamat
Tingkat 3A, Blok E, Pusat Komersil Akasa, Jalan Akasa,
Akasa Cheras South, 43300 Seri Kembangan, Selangor.
Waktu Operasi
10.00 AM - 5.30 PM (Dibuka setiap hari kecuali Ahad)
Menjelang Hari Raya ni pasti ramai yang akan bertukar semua baharu dari perhiasan rumah, diri dan kereta. Tak terkecuali juga LeYa. Dek minat mengumpul koleksi jam tangan, kali ni LeYa telah membeli sebuah jam tangan pintar berjenama Kieslect Calling Watch KS.
Seperti kita tahu, jam tangan zaman kini bukan lagi seperti zaman dahulu yang hanya menggunakan mekanikal dan analog ataupun digital yang ringkas. Kepesatan teknologi telefon pintar hari ini telah dipindahkan kepada jam tangan yang menjadikan ianya dikenali sebagai jam tangan pintar.
Jam tangan pintar ini bukan sahaja menunjukkan waktu dan tarikh, malah mampu untuk menunjukkan fungsi lain seperti kadar degupan jantung, merekodkan aktiviti harian dan sukan seperti berlari, berbasikal, menjawab panggilan, mendengar muzik dan banyak lagi fungsi lain.
Kenapa LeYa Memilih Kieslect Calling Watch KS?
Pertamanya yang membuatkan LeYa suka dengan Kieslect Calling Watch KS ni adalah paparannya Super MOLED 1.78" (368*448) yang mana perkiraan LeYa, paparannya besar dan berwarna-warni untuk kita melihat paparannya dengan jelas tanpa sebarang gangguan.
Fungsi yang kedua yang buat LeYa jatuh hati adalah kestabilan sambungan Bluetooth 5.2nya. Sambungannya yang lebih kuat daripada jam tangan Huawei GT dan disertakan juga dengan pembesar suara dan mikrofon yang sangat jelas dan kuat untuk menjawab panggilan telefon serta mendengar muzik/lagu dari peranti telefon.
Bukan itu sahaja, Kieslect Calling Watch KS juga dapat memberi Amaran Kadar Jantung Tidak Normal serta mengawal kadar denyutan jantung kita setiap hari, 24/7. Caranya dengan menetapkan julat kadar denyutan jantung tertinggi dan terendah yang kita inginkan dan kita akan menerima amaran apabila berada di luar julat. Ini merupakan fungsi yang sangat baik kepada ahli sukan atau individu yang bekerja di bawah tekanan berat.
Selain itu, fungsi-fungsi lain yang ada pada Kieslect Calling Watch KS ini, ia memiliki akses menu yang pantas, butang pintasan pelbagai fungsi yang boleh disesuaikan dan juga Multi-function Second Button yang menawarkan pelbagai pilihan termasuk pilihan mod sukan dengan sekali tekan, mengaktifkan voice assistant dengan menekan dua kali dan memasuki mod bantuan SOS dengan tindakan tekan dan tahan selama beberapa saat.
Tambahan lagi, Kieslect Calling Watch KS mempunyai Quick Release Magnetic Strap dan boleh dipakai dengan empat cara. Ini akan menampakkan lagi LeYa kelihatan lebih bergaya dan dapat memenuhi keperluan LeYa sebagai sebagai seorang Influencers.
Ada banyak lagi fungsi-fungsi yang terdapat pada Kieslect Calling Watch KS ni. Antaranya, ia sentiasa di paparan depan, mempunyai Handy Navigation Crown Button, boleh menukar jam dengan mudah, terdapat AI Voice Assistant, Music Player yang memiliki bunyi dengan kualiti yang tinggi serta terdapat 100 mode sukan, SPO2, Heart Rate, Sleep Monitoring, Breathing Training, Pressure Test dan Emotion Test. Semua ini dapat membantu dan mengetahui keadaan kesihatan kita lebih baik dari sebelumnya!
Jam ini juga turut tersedia dengan fungsi IP68 Waterproof dan juga fungsi menarik lain seperti Built in Games, Customize watch faces, Password Protection, Find Phone, Camera control, Drinking reminder, Calculator, Whether Forecast, Alarms, Timer, Stopwatch dan Flashlight.
Kieslect Calling Watch KS juga merupakan jam pintar ketiga yang menggunakan 2-in-1 Core calling chip selepas jam pintar Apple dan Samsung. Melalui penggunaan chip ini, penggunaan tenaganya adalah 30% lebih rendah berbanding cip dual yang dapat memanjangkan jangka hayat bateri itu.
KAT MANA NAK DAPATKAN KIESLECT CALLING WATCH KS?
Dah dua minggu LeYa menggunakannya, LeYa dapati kehidupan seharian LeYa lebih bermakna dengan memakai jam ini. Untung-untung terlebih makan, LeYa pun cepat-cepatlah membakar kalori dan boleh terus tengok berapa banyak kalori dah terbakar di jam ini. Barulah senang LeYa nak capai semula berat badan ideal lagi-lagi nak Hari Raya ni. Yang bestnya lagi, LeYa boleh semak tahap kesihatan LeYa samaada LeYa ni sihat atau stress!
BERITA BAIK BUAT PEMBACA BLOG LEYA!
Aha! Tahniah buat korang yang dah berjaya habiskan bacaan di Blog LeYa ini. Jadi, dengan rasa terharu dan rendah diriniskaun dengan korang semua yang ingin membeli jam tangan Kieslect Calling Watch KS ni dengan hanya menggunakan koapat potongan RM10!
Setelah popular dengan lagu 'cover' Tiara dan Suatu Masa, kini penyanyi yang dikatakan mirip suara seniman agung kita, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee iaitu P.RADHI muncul dengan lagu hari raya ciptaan baru berjudul SALAM HARI RAYA.
P.RADHI yang merupakan penyanyi eksklusif di bawah syarikat rakaman Luncai Emas sangat teruja mendapat lagu hari raya ciptaan baru itu. Sesuatu yang amat ditunggu olehnya kerana sebelum ini beliau sering menyanyikan lagu-lagu 'cover' sahaja.
Lagu "Salam Hari Raya" ciptaan oleh komposer dan pemuzik AR Wanz dan lirik ditulis oleh Keon, menampakkan P.RADHI semakin menghampiri kesamaan dengung suaranya dengan seniman agung tanahair ini.
Komposer AR Wanz atau nama sebenarnya Mohd Ridzuan Taib, idea lagu ini terhasil dari mimpi beliau kepada seniman agung P.Ramlee yang sedang mengalunkan sebuah irama sambil memetik gitar. Namun apabila AR Wanz tersedar, beliau tidak berapa dapat mengingatkan secara keseluruhan melodi di dalam mimpinya. Cuma beliau dipandu oleh sedikit saki baki ingatan dan terus melengkapkan melodi tersebut. Mungkin atas kebiasaannya memainkan lagu-lagu Allahyarham dalam banyak persembahan di luar membuatkannya bermimpi akan seniman agung kita ini. Wallahuallam.
Menurut Keon pula, gaya lirik Salam Hari Raya ini lebih kepada gaya penulisan dan sebutan cara lama manakala inti maksudnya mengagungkan kebesaran Yang Maha Esas dan kemenangan kita melawan nafsu diri. Itulah yang saya tekankan terhadap makna hari raya. Keon juga telah menghasilkan lagu-lagu bercorak sebegini seperti Pertama Ramadhan Ini (Fotograf), Menyantun Kasih (Siti Nordiana) dan Kejoraku Bersatu (Search).
Lirik Lagu Salam Hari Raya P.Radhi
BERGEMA TAKBIR DI HENING PAGI SYAWAL SAYU MENYENTUH HATI MENDENGARNYA
KU LIHAT LANGIT SEMAKIN BERSINAR CAHAYA KU RASA BERSYUKUR DAPAT NIKMAT HARI RAYA
HARI MULIA HARI MENANG KITA TERTEWAS NAFSU DIRI KITA RAI DI AIDILFITRI
SALAM HARI RAYA SEGALA PUJI MAHA ESA AMPUN DIPINTA HARI MULIA
BERSIHKAN LAH DIRI ZAHIR DAN BATIN TERPUJI SEMOGA KITA DI DALAM RESTU ILLAHI
Lagu SALAM HARI RAYA sudah boleh distrim mulai 14 April ini di semua peranti seperti Apple Music, Joox, Spotify dan Itunes Store manakala sebuah video juga akan dilancarkan juga pada 14 April ini di Youtube Luncai Emas.
Okay... Dah tak perlu nak bersesak lagi pergi wayang. Kini, korang boleh alaminya sendiri di rumah dengan INLAB Senz Projector. LeYa pasti bukan LeYa sorang sahaja yang suka tonton movie kan. Korang pun mesti suka. Hari-hari layan cerita dekat TV sahaja pun bosan juga kan. At least nak jugak lah layan K-Drama ke, movie luar negara ke, barulah best. Lagi-lagi bila dapat tonton bersama seisi keluarga. Jadi, dengan adanya INLAB Senz Projector, LeYa rasa lebih syok tonton movie hanya di rumah.
Actually, LeYa dapat tahu tentang INLAB Senz Projector ni dari seorang rakan. Borak punya borak mengenainya, LeYa terus teruja. "Syok juga ni kalau ada satu kat rumah... Boleh tengok movie dengan pancarkan dekat dinding bilik tidur. Besar sikit macam tengok kat wayang kan..." bisik hati kecil LeYa saat berbual mengenainya dengan rakan.
Dan, LeYa pun balik lah ke rumah untuk explore lagi tentang projector ni. Kalau korang nak tahu apa yang menarik tentang INLAB Senz Projector ni, jom jemput baca sampai habis.
1) Paparan Skrin 1080P (Dapat sokong sehingga 4K)
LeYa nak katakan memang superb clear lah masa korang tonton dengan INLAB Senz Projector ni. Kualiti dan sharpness video yang dipaparkan memang sangat terbaik. Selain itu, korang akan turut merasai Full HD yang sangat awesome! Kalau korang zoom-in pun, visual yang dipaparkan tidak pecah.
2) Dolby Audio Certified Sound System
Of course lah part nak tengok movie, sound system wajiblah power! Dengan INLAB Senz Projector, korang akan dapat merasai satu pengalaman yang luar biasa seperti berada di panggung wayang sebenar. Hal ini kerana INLAB Senz Projector menggunakan sistem bunyi yang diperakui Dolby Audio. Dolby Audio ini juga memiliki pembesar suara yang sangat jelas, kuat dan tajam.
3) Auto & Electronic Focus & 4 Point Keystone
Dengan INLAB Senz Projector, korang akan turut merasai ciri-ciri dan fungsi auto electronic focus nya. INLAB Senz Projector ni akan membantu korang melaraskan lensanya secara automatik apabila korang memancarkan projektor ini ke mana-mana dinding di rumah. Hasilnya, korang akan dapat paparan skrin segi empat tepat yang elok dan sempurna.
INLAB Senz Projector turut mempunyai fungsi 4 Point Keystone. Korang pancarkanlah kat mana-mana dinding waima dinding tersebut tidak rata, visual yang dipaparkan akan tetap lurus dan cantik. Ini kerana ciri-ciri 4 Point Keystone boleh melaraskan sudut skrin tetap menjadi segi empat tepat.
4) Various I/O Ports / Connectivity
Menerusi INLAB Senz Projector ni, korang bukan sahaja boleh tonton movie, malah boleh bermain games dan juga boleh digunakan untuk tujuan pembentangan. Ini kerana pada bahagian belakang projektor terdapat port USB tersedia. Sambungan 2x USB, 2x HDMI, 1x & 3.5mm Headphone Jack. INLAB Senz Projector mempunyai pelbagai potensi untuk berkhidmat. Jadi, ianya tidak akan mengalami sebarang masalah saat akhir jika memerlukan sebarang port input.
5) Harga
Setelah selesai membaca kelebihan yang ada pada projektor ni, LeYa jamin korang akan kata harganya beribu-ribu kan. Tapi hakikatnya, korang pasti terkejut bilamana LeYa katakan yang harganya kini dijual pada harga RM989.90 (harga selepas diskaun). Ha! Murah kan?
Kalau korang nak lagi jimat, guna kod diskaun INLA0030 dan korang akan dapat diskaun tambahan sebanyak RM30. Memang berbaloi-baloi lah jika korang dapat invest ke INLAB Senz Projector ni di rumah.
Untuk maklumat lebih lanjut, boleh terus ke laman web INLAB seperti di bawah. Pembelian juga boleh dilakukan secara atas talian menerusi platform Shopee dan Lazada.
Alhamdulillah... Kita sudah pun merasai kenikmatan Ramadan di tahun 2023 ini. Tidak lama lagi akan menjelang pula Aidilfitri. Pasti ramai sudah berkira-kira untuk membeli barangan keperluan Ramadan & Raya untuk tampak lebih meriah lagi dek kerana kita dah boleh ke sana ke sini. Jom ikuti perkongsian LeYa tentang satu platform digital tanpa caj, MyMall.
Raikan Ramadan & Raya Dengan Mari Beli Lokal Di Platform MyMall
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah memperkenalkan kempen Mari Beli Lokal - Ramadan & Raya di sebuah platform digital tanpa caj iaitu MyMall. Dan hari ini, sudah hampir 1,000 usahawan menyertai Kempen Mari Beli Lokal - Ramadan & Raya yang menawarkan 803 produk seperti pes masakan segera, produk runcit, pakaian raya dan kuih raya.
Tambah menarik lagi, orang ramai turut berpeluang mendapatkan produk daripada usahawan tempatan Sabah seperti Ikan Bilis Mata Biru. Dan sudah pasti, usahawan selebriti terkenal juga turut serta dengan produk-produk mereka dalam Kempen Mari Beli Lokal - Ramadan & Raya seperti Lima Waktu, 7zikr, KEKASIH by The Melvins, Aspirasi Jelita Ainina Ahmad B, Girl Republique, SamTilla, Starvendors dan Boenda.
Menyifatkan Kempen Mari Beli Lokal - Ramadan & Raya di MyMall sebagai hub membeli-belah, KUSKOP bertujuan menyatukan para peniaga dari pelbagai produk dalam satu platform digital dan seterusnya mengajak orang ramai untuk membeli-belah barangan tempatan.
Dengan adanya ruang platform digital ini, ia mampu memberi sokongan terhadap produk dan perkhidmatan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dan secara tidak langsung membantu proses pendigitalan PMKS di Malaysia.
Jadi, kepada usahawan yang ingin mengembangkan perniagaan mereka dijemput untuk menyertai platform jualan digital MyMall dengan hanya mendaftarkan perniagaan mereka di www.mymallmalaysia.my atau emel ke contact@mymallmalaysia.my.
Manakala bagi yang berminat mendapatkan kelengkapan Ramadan & Raya seperti makanan, pakaian, perhiasan dan pelbagai keperluan lain boleh juga membuat pesanan menerusi www.mymallmalaysia.my atau aplikasi MyMall 2.0 yang boleh dimuat turun di Playstore dan AppStore.
Bagi memberikan pengalaman yang lebih baik kepada pengunjung, terdapat pelbagai peraduan yang akan dilaksanakan menerusi platform media sosial sepanjang kempen ini berlangsung. Ia menawarkan hadiah menarik berupa baucer beli-belah di MyMall dan dua unit IPad sebagai hadiah utama. Jadi, rebutlah peluang untuk memenangi setiap dari hadiah yang disediakan.
MyMall turut menawarkan akses terhadap pembangunan kapasiti, pembiayaan perniagaan dan pemasaran kepada usahawan dan kopersi tempatan.
Sepanjang bulan Ramadan, pengunjung boleh menikmati pelbagai tawaran menarik dan memenangi peraduan yang ada sambil dapat membantu produk tempatan lebih dikenali ramai.
Pusat beli-belah platform digital tanpa caj, MyMall ini akan lebih meriah sepanjang Ramadan & Raya ini dengan tawaran menarik yang disediakan oleh para usahawan tempatan.
KUSKOP akan terus komited dalam mebantu pembangunan usahawan dan koperasi dengan pelbagai inisiatif terkini dan berimpak tinggi. Ia sejajar dengan konsep Malaysia Madani iaitu kemampuan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.