Khamis, 26 Julai 2018

Pelancaran Telefon Pintar Neffos X9, C9, C9A dan C7A

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

TP Link yang dikenali sebagai penyedia peralatan rangkaian telah melancarkan Neffos Smartphone pada 26 Julai 2018 di Connecxion Conference & Event Centre (CCEC), Bangsar, Petaling Jaya. Untuk kali ini, TP Link memperkenalkan 4 model telefon pintar, Neffos C7A, Neffos C9A, Neffos C9 dan Neffos X9.


Seperti yang kita maklum, Neffos merupakan satu jenama telefon pintar yang tidak asing lagi dalam kalangan para penggunanya kerana harganya yang murah dan sesuai untuk semua golongan. 

Pelancaran Neffos X9 merupakan satu evolusi pergerakan peranti telefon pintar yang lebih baik dari TP Link. Model ini dinaiktaraf dari segi kualiti megapixel kameranya, pemprosesan yang laju dan berpeluang memberikan pengalaman menarik kepada penggunanya.




Neffos X9 dikuasakan dengan CPU MTK MT6750 dengan gandingan 3GB RAM untuk 32GB  atau 4GB RAM untuk 64GB storan. Bagi slot kad mikroSD pula diperluaskan lagi sehingga 128GB dan turut menyokong rangkaian 4G LTE.


Jom kita tengok pula bahagian kamera yang sememangnya amat penting buat pengguna yang rata-rata hari ini memerlukan kualiti kamera yang baik untuk menghasilkan gambar yang cantik. Kamera hadapan Neffos X9 mengunakan 8MP manakala kamera belakang menggunakan 13MP + 5MP, dual camera.

Sistem pengoperasian Android 8.1 menjadi nadi penggerak X9 selaras dengan arus pemodenan teknologi hari ini.



Neffos C9 juga dilengkapi dengan sokongan 4G dan LTE yang laju. Bagi penguasaan CPUnya, ia dikuasakan  MTK6739WW bersama 2GB RAM dan 32GB storan. 

Sistem pengoperasian pula adalah Android 8.1 dan merupakan telefon pintar mampu milik kepada pengguna yang berpendapatan rendah tetapi memerlukan dan menginginkan satu peranti smartphone terkini. 



Neffos C9A turut hadir dengan sokongan 4G dan LTE yang laju dan bateri sebesar 3020mAh yang membolehkan korang menggunakan telefon pintar ini seharian tanpa caj. Bagi penguasaan CPUnya, ia dikuasakan  MTK6739WW bersama 2GB RAM dan 16GB storan. Bagi slot kad mikroSD diperluaskan lagi sehingga 128GB dan turut menyokong rangkaian 4G LTE sama seperti Neffos X9.

Sistem pengoperasian adalah Android 8.1 dan juga merupakan telefon pintar mampu milik kepada pengguna yang berpendapatan rendah tetapi memerlukan dan menginginkan satu peranti smartphone terkini. 



Pada majlis pelancaran, LeYa juga diberi kesempatan untuk mencuba bereaksi di hadapan kamera Neffos X9. Dengan bertemakan warna purple yang sememangnya adalah warna kegemaran LeYa memang menjadi daya tarikan LeYa untuk bergambar dengan kelihatan lebih menarik lagi.


Apa yang seronoknya Neffos X9 ini adalah kapasiti bateri nya sebanyak 3060mAh. Ofcourse, ia akan tahan sepanjang hari walaupun korang menggunakannya secara berterusan. Sebagai seorang yang memang tidak dapat dipisahkan dengan telefon pintar, jadinya kapasiti bateri ini sangat dititikberatkan.



Kepada mereka yang sudah jatuh hati dengan telefon pintar termurah Neffos ini, bolehlah dapatkan menerusi kedai rasmi Neffos secara atas talian di Lazada bermula esok (27 Julai 2018) pada harga:

  • Neffos X9 >> RM599.00 (3GM RAM + 32GB) dan RM799.00 (4GB RAM + 64GB)
  • Neffos C9 >> RM479.00
  • Neffos C9A >> RM427.00
  • Neffos C7A >> RM359.00
Super duper murah kan? Jadi apa tunggu lagi? Jom!


Untuk maklumat lanjut berkenaan telefon pintar Neffos boleh layari seperti yang tertera di bawah:

Website

Facebook

Nikmati Hidangan Makanan Australia di Kontiki Restaurant The Federal Hotel Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Bertemakan Discover Australia - A Taste of Australia, The Federal Hotel Kuala Lumpur menawarkan rasa-rasa makanan Australia yang bermula 13 Julai hingga 29 Julai 2018 bertempat di Kontiki Restaurant. Jadi, LeYa berpeluang untuk turut merasai kelazatan yang ada pada hidangan makanan Australia yang dianjurkan oleh Federal Hotel International (FIH) Kuala Lumpur dan Grace Hotel Sydney dengan sokongan kedutaan Australia, AUSTRADE, Tourism Australia, MLA Meat & Livestock dan Citibank. Nak tahu apa yang menarik di sini, jom ikuti pengembaraan LeYa di bawah.


Seperti yang kita maklum, Australia sangat terkenal dengan masakan BBQ dari hidangan lautnya yang segar. Hidangan yang terdapat di Kontiki Restaurant ini juga telah dibawakan khas daripada seluruh pelusuk Australia seperti Perth, Darwin, Queensland, Sydney, Brisbane, Canberra, Melbourne, Victoria, Tasmania, Adelaide dan Hobart.Walaupun LeYa belum pernah menjejakkan kaki ke Australia, namun LeYa berpeluang menikmati hidangan masakan dari kawasan-kawasan terkenal itu. Kalau korang nak tahu lagi, antara menu BBQ yang menjadi pilihan menu utama adalah:

  • Rack of Lamb marinated with rosemary and garlic
  • Short beef rib with smokey BBQ Lacquer
  • Rump steak with devilled onion
  • Chicken kebab with lemongrass
  • Caramelised sea scallops
  • King prawn with garlic
Menu-menu ini semuanya disajikan khas oleh chef dari Australia iaitu Chef Darren Ho dan Chef Tang Hou Chin. Korang pasti teruja untuk menikmati hidangan di sini kerana rasanya sama seperti korang di Australia. Best kan! Dah tak perlu pergi jauh-jauh dah nak menikmati masakan asli Australia.







Korang juga turut disajikan dengan menu lain seperti salad dan sayur-sayuran segar seperti

  • Idaho Potatoes with Sour Cream & Chives 
  • BBQ Corn on the Cob with maple syrup & parsley butter
  • Pelbagai jenis roti dalam bakul yang disediakan seperti Garlic bread 
  • Chunky Chips with nori salt
  • Salad bar of coselaw
  • Roasted beetroot
  • English spinach
  • Feta & Candied walnuts
  • Garden salads
  • Caprese salad
  • Potato salad
Dengar sahaja nama dan sebutannya pun macam dah tergeliat lidah nak menyebutnya kan. Tapi jangan risau sebab ada signage untuk korang tahu menu-menu yang ada di sini. LeYa memang syorkan korang untuk rasa kesemua hidangan makanan yang dibawakan khas dari Australia ini. Sedap dan segar dari laut!






Seperti kebiasaan, part yang paling digemari LeYa adalah bahagian pencuci mulutnya yang berwarna-warni. Bukan itu sahaja, korang juga akan dihidangkan dengan buah-buahan segar, pavlova, puding caramel pelbagai jenis kek, hidangan sushi pun turut ada, pasta dan banyak lagi. So, memang korang akan kekenyangan lah balik rumah selepas selesai menikmati hidangan masakan di sini.








Jadi, secara keseluruhannya yang LeYa boleh katakan menu-menu yang ditawarkan ini memang berbaloi untuk korang nikmati. Mana taknya, tak perlu pergi jauh-jauh ke Australia, korang dah boleh nikmati pelbagai jenis makanan laut  dan daging yang digunakan dari jenis premium dan semestinya segar. Untuk peminat makanan mentah seperti oyster dan scallops, LeYa memang recommend kat korang sebab tak ada rasa bau hanyir pun ketika menikmatinya. Memang sedap dan puas hati!


Ada 2 jenis pakej yang korang boleh pilih untuk merasai kesegaran makanan Australia. Antaranya adalah:

BBQ Dinner Set

Setiap hari Jumaat/Sabtu/Ahad

6.30 pm - 10.30 pm

RM148.00 (Dewasa) RM74.00 (warga emas) dan RM55.00 (kanak-kanak)

Australia Gourment 3 - Course Set Dinner

13 Julai - 29 Julai 2018

5.00 pm - 12.00 pm

RM118 nett (seorang)

Tawaran turut disediakan kepada pelanggan atau ahli Gracious Rewards & FHI Priviledge Club sebanyak diskaun sehingga 30% dan 25% diskaun kepada pemilik kad Citibank.

Lebih menarik lagi, FHI turut menganjurkan satu pertandingan bersempena Discover Australia dengan syarat-syarat dan hadiahnya adalah: 

DINE AND WIN
3 Hari 2 Malam untuk 2 orang di The Grace Hotel Sydney dan pelbagai lagi hadiah menarik menanti korang

Cabutan bertuah akan dilakukan pada 1 Ogos dan pemenang akan diumumkan pada 2 Ogos menerusi laman Facebook rasminya: The Federal KL


Untuk tempahan dan maklumat lanjut boleh hubungi seperti yang tertera:

Website

Telefon 
+603 - 2148 0468

Facebook 

Alamat 
The Federal Hotel Kuala Lumpur
35, Bukit Bintang Street, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur


Apa yang ditunggu lagi? Jom tempah dan rasa makanan Australia di The Federal Hotel Kuala Lumpur sekarang!

Jumaat, 20 Julai 2018

Jom Cuba Makan Di Kaffe Cafe Taman Tun Dr Ismail

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Melangkah masuk ke ruang Kaffe Cafe yang terletak di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur ini memberikan satu ketenangan kepada pengunjung ketika menikmati hidangan makanan di sini. Kegemaran Asia dari pilihan makanan untuk semua pencinta makanan termasuk nasi lemak, beras Cina Yung Chow dan Tom Yam Goreng Ala Thai boleh didapati di sini. 


Kaffe Cafe dibahagikan kepada dua ruang di mana pengunjung yang merokok boleh memilih untuk ruang terbuka di luar atau ruang berhawa dingin kepada yang ingin bersantai di dalamnya. Konsep restoran yang santai dan tenang menambah lagi selera pengunjung untuk menikmati dengan penuh selera setiap makanan yang disediakan.

Bila sebut tentang kafe, pastilah hidangan yang dibualkan adalah kek, sandwic dan pastri yang bagi LeYa hidangan santai dan ringan-ringan. Persembahan yang menarik ditonjolkan pada setiap hidangan yang hadir ke meja tetamu menambahkan lagi mood untuk terus menikmatinya tanpa menoleh ke kiri dan kanan.



Menariknya lagi, harga yang ditawarkan sangat-sangat berbaloi dengan persembahan dan hidangan yang disediakan. Rasanya juga sangat lazat. Ramai juga mengesyorkan untuk korang semua mencuba minuman kopinya kerana ia terdapat satu kelainan rasa dalam penghasilan kopi yang disediakan. Bagi pencinta kopi, inilah kafe yang harus korang kunjungi.


Kemudian, apa kata korang puaskan perut korang yang kekosongan itu dengan masakan Barat yang enak seperti burger, ikan dan kentang goreng, pasta dan banyak lagi bersama pasangan, keluarga mahupun rakan-rakan. Ia dihidangkan dengan baik sekali dan setiap rasa makanan yang dihidang juga sangat sedap. Sudah tentu ia menjadi kafe yang akan dikunjungi nanti.





Bersempena Fave's Birthday Party, korang boleh nikmati hidangan makanan di Kaffe Cafe ini dengan diskaun sehingga 47% melalui pembelian di Aplikasi FavePay. Jadi, apa tunggu lagi, cepat dapatkan tawaran promosi ini sekarang.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari seperti yang tertera di bawah:-

Alamat | 23, Lorong Rahim Kajai 13, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur

Telefon | +603 - 7722 2237

Website | http://www.kaffecafe.com.my/

Facebook | https://www.facebook.com/kaffecafettdi

 https://myfave.com/kuala-lumpur/partners/kaffe-cafe
Klik banner untuk terus menempah di Kaffe Cafe

Khamis, 19 Julai 2018

Pengalaman Menarik Di Jualan PotBoy O2O Groceries Jaya One, Petaling Jaya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Baru-baru ini, LeYa telah berkesempatan membeli-belah di POTBOY O2O Groceries. Mesti ramai lagi yang tak tahu kan apa itu POTBOY O2O Groceries ni? Actually, LeYa pun baru pertama kali dengar. POTBOY O2O Groceries ini adalah peruncit atas talian ke luar talian yang pertama di Malaysia. Jualan POTBOY O2O Groceries ini telah berlangsung selama 3 hari iaitu dari 6 Julai hingga 8 Julai 2018 di aras P2 pusat membeli-belah Jaya One, Petaling Jaya.

POTBOY O2O Groceries ini diadakan dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam dengan kerjasama platform pembayaran mudah alih, FavePay. Selain korang semua dapat membeli-belah dengan diskaun sehingga 70%, terdapat juga pelbagai aktiviti menarik dijalankan dengan hadiah berupa wang tunai sebanyak RM1,111 diberikan kepada pemenang yang berjaya melepasi segala cabaran tersebut.


Dalam 3 hari jualan POTBOY O2O Groceries berlangsung, LeYa berkesempatan untuk hadir pada hari Ahad. Memang teruja dan menarik juga dengan jualan murah-murah yang diberikan kepada semua pelanggan. Bukan setakat itu sahaja, korang boleh membeli belah tanpa perlu membawa wang yang banyak kerana kesemuanya dibayar melalui platform mudah alih, FavePay. Jadi, tak perlu lagi risau jika kehilangan atau keciciran duit. Semuanya tanpa tunai. Mudah kan! 





First time menggunakan aplikasi FavePay ni. Pada mulanya kekok lah juga kan. Tetapi lama-kelamaan ia menjadi lebih mudah dan pembayaran dengan FavePay ini merupakan aplikasi e-dompet pertama yang membayar menggunakan kad debit / kad kredit. Memang ia sangat menarik dan pembayaran juga sangat pantas kerana korang hanya perlu scan bar code yang ada pada setiap kedai dan kemudiannya ikut sahaja step seterusnya melalui telefon pintar korang. 


Di hari ketiga ini, LeYa dan Otomen menyahut cabaran makan "Maggi Pedas Giler". Seramai 35 orang peserta turut menyertai cabaran ini. Memanglah LeYa suka dan tahan makan pedas. Tetapi dalam cabaran ini, peserta dikehendaki makan selaju mungkin untuk bergelar juara dan membawa pulang wang tunai RM1,111. WoW!!! Best kan! Tapi LeYa dan Otomen tidak berjaya dalam cabaran ini. Walaupun tak berjaya, kami tetap happy.



Dalam cabaran pertama, semua peserta dikehendaki makan maggi pedas giler sepantas yang mungkin. Hanya 10 peserta sahaja yang akan layak untuk ke pusingan ke-2. Dalam pusingan ke-2, hanya 5 orang sahaja yang layak untuk sertai. Di pusingan ke-2 ini, peserta dikehendaki makan seberapa banyak mangkuk maggi yang boleh. Pergghhh.... memang nak muntah pulak LeYa tengok kan... Hehehe... Kemudian, bagi pusingan akhir, hanya 4 peserta sahaja yang layak untuk bergelar juara. Memang teruja betul tengok peserta-peserta akhir ni. Ada yang dah termuntah, ada yang tarik diri. Yelah! Cuba korang bayangkan dah berapa mangkuk maggi dorang makan dari awal cabaran tadi. Memang lah dah muak kan. Tapi demi bergelar juara, mereka tetap teruskan.




Akhirnya, cabaran makan "Maggi Pedas Giler" dimenangi oleh Encik Najmuddin Nasrol dari Sungai Buloh. Tahniah diucapkan kerana telah berjaya memenangi wang tunai RM1,111. LeYa memang kagum dengan semangat yang ditunjukkan beliau. Masih steady walaupun dah kekenyangan.  


Ketika jualan berlangsung, sempat juga lah LeYa beli beras, kopi kapal api dan beberapa produk lain. Mana taknya, semua barangan dijual dengan harga murah-murah. So, memang terpengaruh juga lah kan untuk turut membeli-belah di POTBOY O2O Groceries ni. Yang pasti kesemua yang datang, tidak akan balik dengan tangan kosong. Di sini juga, LeYa turut dapat nikmati minuman terbaru seperti produk dari Hersheys, Coca Cola Stevia, 100Plus kurang gula dan banyak lagi. Memang puas dan seronok lah dapat shopping di sini. Satu pengalaman yang tak dapat dilupakan.




Sampai di rumah terus LeYa mengemas barang-barang yang dibeli tadi. Ha, amek kaw! Sekali boleh tahan jugak LeYa shopping kan. Betul-betul banyak. Hehehe... Jenuh jugak mengangkat barang-barang ni masuk kereta. Mujur ada Mr. Otomen Taro. 

Jadi, kepada yang teruja dan ingin shopping online dengan POTBOY O2O Groceries ni, boleh lah layari maklumat lanjut di bawah:

Website 

Facebook 

Instagram 

Isnin, 16 Julai 2018

McDonald's Malaysia Anjurkan All-You-Can-Eat D24 Durian McFlurry Di Seluruh Negara

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Bagi pencinta Durian ini ada satu berita menyeronokkan! Apa kata korang bersiap sedia untuk menikmati secara free-flow D24 Durian McFlurry di seluruh restoran Mcdonald's Malaysia. Pada hari Selasa iaitu 17 Julai 2018, semua restoran McDonald di Malaysia akan memberikan satu jam untuk dua sesi kepada pencinta durian seluruh Malaysia. D24 Durian McFlurry adalah satu produk paling laris di McDonald's. Diadun dengan vanilla soft serve mixed bersama durian D24 sebenar, ia mampu memberikan satu kepuasan dan kenikmatan kepada pencinta durian.

Dua sesi setiap satu jam secara eksklusif yang tidak pernah dilakukan sebelum ini akan bermula pada jam 3-4 petang dan 5-6 petang di semua restoran McDonald's. Pendaftaran akn bermula sekitar jam 2.30 petang untuk Sesi 1 dan 4.30 petang untuk Sesi 2 dengan hanya pelanggan perlu membayar RM10 untuk setiap orang dewasa atau kanak-kanak berumur 4 hingga 12 tahun. Kanak-kanak di bawah umur 3 tahun yang juga merupakan peminat durian akan diberikan makan secara PERCUMA! Pembayaran penuh perlu dilakukan sebelum para pelanggan menikmati keenakan D24 Durian McFlurry yang penuh berkrim.


Para pelanggan yang bertuah ketika menyertai sesi ini akan duduk di kawasan yang ditetapkan di restoran dan boleh mengisi semula D24 Durian McFlurry tanpa had selama sesi itu dijalankan. Peminat D24 Durian McFlurry perlu diberi perhatian bahawa setiap jam hanya terhad kepada 20 orang (First come first serve).

Tawaran eksklusif ini sah kepada pelanggan yang makan di restoran sahaja. Mereka yang menginginkan rasa durian D24 asli digalakkan untuk membuat perancangan datang awal pada 17 Julai ini.

Untuk maklumat lanjut, lawati laman web atau Facebook McDonald's di https://www.mcdonalds.com.my/

Follow juga kegilaan Durian McFlurry di media sosial dengan hashtag #DurianMcFlurry.