Selasa, 14 Februari 2023

TERUS HIDUP Dinobat Juara Lagu AJL 37

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Bahang kehangatan Anugerah Juara Lagu 37 (AJL 37) masih hangat diperkatakan. Jutaan tahniah diucapkan kepada Aina Abdul selaku komposer, penulis lirik dan penyanyi lagu "Terus Hidup" yang berjaya merangkul gelaran Juara Lagu di acara tahunan berprestij anjuran TV3, AJL 37 sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 dan sebuah trofi. Aina Abdul juga turut memenangi kategori Vokal Terbaik yang menerima RM12,000 dan sebuah trofi.


AJL 37 meraikan "Satu Malam Di Temasek" nyanyian Sona One & Joe Flizzow sebagai naib juara dengan hadiah wang tunai RM50,000 bersama trofi. Manakala tempat ketiga menjadi milik lagu "Anugerah Terindah" nyanyian oleh Alif Satar & The Locos dengan memenangi RM30,000 bersama trofi.

Bagi kategori Persembahan Terbaik yang juga membuka undian atas talian di www.tonton.com.my/ajl37 meraikan lagu "Irama" nyanyian Shiha Zikir sebagai pemenang dan beliau menerima RM12,000 dan trofi. Alha Alfa Cosmetics juga turut meraikan Penyanyi Pilihan Alha Alfa iaitu Khai Bahar yang membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000.

  

Anugerah Juara Lagu 37 (AJL 37) telah bersiaran secara langsung dari Axiata Arena Bukit Jalil pada 12 Februari 2023 (Ahad), jam 9.00 malam di TV3 dan strim langsung secara HD, hanya eksklusif di platform penstriman Tonton melalui www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton.

"Dimensi Muzik" sebagai tema AJL 37 menggambarkan suasana industri muzik tanah air yang sentiasa rancak dengan karya-karya dari pelbagai genre muzik. Masing-masing mempunyai warna dan emosi yang berlainan dalam penceritaan menerusi alunan muzik. Secara tidak langsung, ia turut mewujudkan persaingan secara sihat di medan pertempuran penentuan lagu terbaik di Anugerah Juara Lagu.

AJL 37 menampilkan Alha Alfa Cosmetics selaku penaja utama, Dikuasai Oleh Samsung Galaxy S23 Series dan MYTV sebagai rakan penaja. AJL 37 turut menampilkan Tonton sebagai platform penstriman eksklusif AJL 37, Hot FM sebagai Rakan Radio serta Oh Bulan, Seismik dan Xtra sebagai Rakan Digital. 

Malam anugerah menggandingkan dua figura yang terkenal dengan kepetahan berbicara dan gaya pengacaraan santai iaitu Sherry Alhadad dan Jihan Muse. Karpet Merah Tonton yang dihoskan oleh Muaz Mohamed dan Fiza Frizzy dapat disaksikan eksklusif menerusi strim langsung secara HD di www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton dari pukul 8.00 malam hingga 9.00 malam. Ia diteruskan dengan Backstage AJL 37 yang dihoskan oleh Nadia Hasnan dan Imran Aqil dimana mereka akan berinteraksi dengan finalis AJL 37. 

 

Sekali lagi LeYa ucapkan tahniah kepada semua pemenang Anugerah Juara Lagu 37. Dan terima kasih TV3 kerana terus memberi peluang dan penghargaan dari dulu hingga kini kepada LeYa untuk membuat liputan Anugerah Juara Lagu setiap tahun.


Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, jangan lupa ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia serta TikTok @TV3MalaysiaOfficial

0 beri komen di sini:

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com