Selasa, 20 September 2022

Seronoknya Lulu Supermarket Dah Ada Di Setia Ecohill Mall, Semenyih

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Baru-baru ini LeYa berkesempatan singgah ke pembukaan satu lagi cawangan Lulu Supermarket & Department Store di Setia Ecohill Semenyih, Kajang. By the way, ini adalah kali pertama LeYa masuk pasaraya Lulu ni. Memang teruja tengok harga-harga yang ditawarkan. Tak percaya? Jom ikuti selanjutnya di bawah.

Sebelum tu, meh LeYa ceritakan sedikit mengenai Lulu Supermarket yang dah pun berada Kuala Lumpur dan beberapa lokasi lain di Selangor. Dengan pesatnya pembangunan di Semenyih, Lulu Group meletakkan destinasi Lulu Supermarket & Department Store ini di Setia Ecohill Mall kerana ia merupakan kawasan yang strategik di mana laluan ini mudah diakses dari Kajang-Semenyih, Lebuhraya Cheras-Kajang, SKVE dan LEKAS. Keluasan sekitar 36,000 kaki persegi ini telah direka bentuk menggunakan konsep ruang runcit terkini dan teknologi paling moden untuk kemudahan membeli-belah kepada 600,000 penduduk di Semenyih dan kawasan berdekatan.



Lulu Supermarket & Department Store mempunyai dua aras yang berbeza di mana pada Aras 1 akan diletakkan pasar raya yang mana korang semua memerlukan barangan keperluan makanan seperti barangan runcit, produk tenusu, ikan dan makanan laut, buah-buahan dan sayur-sayuran, daging dan ayam, barangan kering dan lain-lain. Manakala, di Aras 2 korang akan dapati gedung serbaneka seperti pakaian fesyen, elektronik, IT, alat tulis, sukan, kasut, bagasi dan lain-lain. 

Lulu Supermarket menawarkan rangkaian luas produk tempatan yang mendapat permintaan tinggu dan produk import seperti roti panggang, delicatessen dan produk import UK dan AS yang didatang terus daripada syarikat penyumberan Lulu Group di seluruh dunia.



Pada bahagian Lulu Department Store, korang akan dapat lihat ia ditampilkan dengan Lulu Fashion Store yang mengetengahkan label tempatan dan antarabangsa mengikut trend fesyen. Korang juga boleh ke bahagian Lulu Connect di mana terdapat alatan terkini, telefon pintar, peralatan rumah dan peranti elektronik. 




Lulu Supermarket & Department Store cawangan Setia Ecohill Mall Semenyih ini merupakan cawangan kelima Lulu di Malaysia. Sempena pembukaan selama 4 hari yang lalu, LeYa dapatlah merasai pengalaman membeli-belah pada harga tawaran dengan kepelbagaian produk yang LeYa sendiri teruja nak ambil semua. Hahaha... Memang rambang mata betul tengok sebab diskaun besar-besaran untuk banyak item dan harga pun terbaik bersama-sama hadiah percuma kepada pelanggan terawal. Fuuhhhh.... Memang ramai orang time tu. Nak pitam tengok orang berpusu-pusu masuk.





Untuk pengetahuan korang juga, Lulu Supermarket turut mempromosikan beli barangan buatan Malaysia menerusi "Kempen Beli Produk Malaysia 2022" dengan kerjasama KPDNHEP bagi mendidik dan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kualiti produk tempatan serta mengetengahkan produk PKS dan meningkatkan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). 

 

Apa-apa pun LeYa ucapkan TAHNIAH kepada Lulu Supermarket & Department Store yang dah berjaya membuka cawangan kelimanya di Setia Ecohill Mall, Semenyih. Semoga terus maju dan berjaya di masa akan datang. Dengar cerita tidak lama lagi akan ada kedai LuLu di Toppen Mall Johor Bahru, Mayang Mall-Kuala Terengganu, dan di Larkin Junction-Johor Bharu sebelum suku pertama 2023. Wah! Pasti ramai ternanti-nanti pembukaan cawangan di negeri lain ni. LeYa pun seronok sebab dah berdekatan dengan Semenyih ni.


Jom korang! Datang bawa kaum keluarga dan rakan-rakan untuk nikmati Promosi Beli Barangan Buatan Malaysia kat sini. Kemon guys! Kita support local lahhhh....

4 ulasan:

  1. Bestnya. Kak Feni duduk Hulu Langat. Selalu pergi Lulu KL je.

    BalasPadam
  2. Wah Lulu dah bukak cawangan baru lagi ye Leya..

    BalasPadam
  3. Suka juga shopping dekat lulu ni. Besar nampak cawangan ni. Boleh jalan-jalan shopping kat sana

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com