Isnin, 5 September 2022

JUANG - Sebuah Filem Kisah Inspirasi, Semangat dan Pengorbanan Memerangi Covid-19

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Hai korang... Kali ni LeYa nak berkongsi dengan korang semua dengan sebuah filem yang menyayat hati tentang bagaimana kita selama dua tahun ini berperang dengan wabak pandemik Covid-19. Bersempena dengan Hari Kemerdekaan yang baru sahaja melabuhkan tirainya pada 31 Ogos lalu dan Hari Malaysia yang bakal datang pada 16 September, filem JUANG ini perlu diberi pengiktirafan rakyat Malaysia agar kita menghargai setiap pengorbanan semua. Ikuti selanjutnya di bawah!


Filem JUANG menggarap suasana pandemik dan mengangkat keadaan sebenar yang cukup payah dilalui seluruh rakyat Malaysia, khususnya dan masyarakat dunia umumnya. Satu-satunya filem yang menggabungkan serta dilahirkan dari isi hati dan perspektif lima sutradara prolifik negara iaitu Aziz M Osman, Datuk Yusry Abdul Halim, Matt Lai, Kabir Bhatia dan Osman Ali sebagai penghormatan yang tiada galang gantinya kepada para frontliners di Malaysia.

Selayak dengan tajuknya, JUANG, ia memaparkan sejarah penuh duka saat COVID 19 yang membadai dunia dan negara. JUANG direalisasikan hasil kolaborasi oleh Founder dan Lead Director, Matt Lai dari Asia Tropical Films Sdn Bhd dan Jack Lim dari The Film Engine selaku Penerbit Eksekutif.

 

Menariknya lagi, lebih membanggakan filem JUANG diiktiraf Malaysia Book of Records (MBR) sebagai Most Movie Casts In A Feature Film (Filem Dengan Karyawan Seni Paling Ramai) dengan penglibatan lebih 500 pemain industri hiburan tempatan yang mana membabitkan 335 pelakon dengan 100 adalah aktor dan aktres utama manakala 235 dijayakan bersama pelakon tambahan.



Sinopsis Filem JUANG

Lima pengarah menghasilkan karya yang disatukan dalam sebuah naskhah dengan kaca mata dan perspektif mengenai situasi pandemik COVID 19 yang melanda dunia, dua tahun lalu.

Filem ini mengangkat kisah perit getir para pemain barisan hadapan atau frontliners termasuk polis, doktor, jururawat, tentera serta penghantar makanan dalam memastikan keselamatan rakyat Malaysia terjamin.

Penerbit
Asia Tropical Films Sdn Bhd dan The Film Engine

Pengarah
Aziz M Osman, Matt Lai, Datuk Yusry Abdul Halim, Kabir Bhatia dan Osman Ali 

Penilaian
7/10

Pelakon
Zul Ariffin, Zizan Razak, Janna Nick, Sangeeta Krishnasamy, Izzue Islam, Chew Kin Wah, Angeline Tan, Steve Yap, Vanidah Imran, Dato Jaludin Hassan, Lisdawati, Fahrin Ahmad, Pekin Ibrahim, Duwerra Mitilda, Cedric Loo, Luqman Hafidz, Silfeny Osman, Priscilla Abby, Gadrick Chin, Wanna Ali, Puteri Rayyana, Baki Zainal, Abi Manyu, Dian P Ramlee, Bohari Ibrahim serta ratusan pelakon tambahan

Durasi
119 minit

Lagu Tema
Wira Hatiku (Datuk Sheila Majid)
Sama-Sama (Dato' Sri Siti Nurhaliza)

Pencapaian
Malaysia Book of Records (MBR)
sebagai Most Movie Casts In A Feature Film (Filem Dengan Karyawan Seni Paling Ramai) dengan pembabitan lebih 500 pemain industri hiburan tempatan.


 

Dalam filem JUANG, kita tahu kita sendiri punya kisah tentang bagaimana seseorang kehilangan pekerjaan dalam sekelip mata, keluarga berantakan dan paling penting adalah pengorbanan besar yang telah dilakukan setiap individu bergelar adiwira iaitu para frontliners.

Jadi, JUANG merupakan filem yang terbaik untuk dipertontonkan pada waktu yang tepat dalam fasa endemik ini untuk memberikan momen peribadi atau mengenang semula perjuangan, keperitan, kesedihan atau sejarah yang telah merubah dunia secara am dan kehidupan kita berbanding dahulu.


Overall filem ini dah buat sedikit sebak di hati LeYa betapa struggle nya barisan hadapan kita mempertaruhkan nyawa demi keselamatan dan kesejahteraan kita semua. Sebagai memberi penghargaan dan sokongan terhadap para frontliners, LeYa menyeru agar korang turut sama pergi menonton filem JUANG ini. Yang pasti, ia akan membangkitkan satu perasaan terharu bila memikirkan bagaimana kita semua mampu melepasi pandemik dengan serba kepayahan.

Saksikan filem JUANG di pawagam berdekatan korang pada 8 September 2022. Para peJUANG menanti korang!
 

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman sosial media di bawah

FACEBOOK

INSTAGRAM 

TWITTER 
 
TIKTOK

2 ulasan:

  1. W'salam LeYa.. LZ perasaan recently banyak filem Melayu berkualiti berbanding sebelum ni.. Baguslah jika filem-filem ini diketengahkan.. Filem Juang ni bukan calang-calang sebab pelakon dan directors semua power.

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com