Rabu, 8 Jun 2022

Yang Mana Lebih Baik? Beli atau Sewa Rumah?

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Beli rumah atau sewa rumah? Dua persoalan yang sering menjadi dilema dalam kalangan individu di Malaysia. Lebih-lebih lagi kita sedar yang hartanah hari ini semakin hari semakin tinggi. Ada sesetengah berpendapat dalam keadaan sekarang ni, sewa rumah adalah lebih baik dari membeli rumah. Sejauh mana kebenarannya, jom terus ikuti perkongsian di Blog LeYa kali ini.

Sumber Photo: Google

Sekiranya korang masih ragu-ragu samada nak membeli atau menyewa, ikuti beberapa tips dan pertimbangan yang mungkin boleh membantu korang untuk membuat keputusan dalam mendapatkan pilihan terbaik! 

Sebelum itu, cuba korang tanya kembali pada diri korang beberapa soalan sebelum beli atau sewa rumah.

  1. Bilakah masa yang sesuai untuk beli rumah?
  2. Patutkah saya sewa rumah dahulu dan beli kemudian?
Jawapan yang paling tepat adalah bergantung kepada kewangan korang. Jika korang sudah bersedia dan mempunyai kewangan yang cukup, why not korang terus sahaja memiliki kediaman sendiri tanpa teragak-agak kan. Tak perlu lah nak sewa lagi kan!

i. Adakah korang benar-benar mempunyai wang yang cukup?

Ironinya ya. At least korang perlu mempunyai wang yang cukup untuk membayar 10% deposit untuk membeli rumah. Itupun kalau bank memberi kelulusan pinjaman 90%.

Dan korang kena ingat juga kos-kos lain seperti yuran guaman dan duti setem. Semua perkara ini ada hubungkaitnya sebelum memiliki rumah idaman korang. 

Membuat pinjaman untuk membayar deposit adalah sangat tidak digalakkan kerana perkara itu akan menambah lagi bebanan kewangan korang.

ii. Adakah korang mampu dan hendak terikat dengan komitmen?

Kebanyakan tempoh pinjaman perumahan selalunya lebih lama kerana jumlahnya yang sangat tinggi. Jadi, korang perlu bersedia untuk mendisiplinkan diri agar mampu membayar ansuran bulanan untuk pinjaman perumahan yang lebih panjang. 

iii. Adakah korang bercadang untuk tinggal di situ dalam jangka masa yang lama?

Adakah korang bercadang untuk menjual rumah tersebut di masa hadapan? Ini soalan yang korang patut teliti dan tanya diri sendiri agar korang tahu tujuan utama korang tinggal di rumah tersebut.

Jika jawapan korang adalah ‘tidak’ untuk kesemua 3 soalan ataupun korang tidak pasti mengenainya, maka menyewa adalah pilihan yang lebih baik. Tetapi, jika jawapan korang untuk ketiga-tiga soalan itu adalah ‘ya’, maka tahniah! Korang sudah bersedia untuk membeli rumah.

iv. Berapakah nisbah harga sewa?

Nisbah harga sewa menunjukkan bilanga tahun bayaran sewa untuk menampung harga kos sebulan rumah. Ramai beranggapan yang penyewa merupakan golongan yang paling rugi dalam pasaran hartanah kerana mereka membayar bayaran sewa selama bertahun-tahun dan hanya memperkayakan pemilik rumah. Namun, masih tidak memiliki rumah sendiri.

Walau bagaimanapun, bukan kesemua pembelian rumah adalah tawaran yang baik. Untuk mengetahui sama ada membeli atau menyewa rumah adalah pilihan yang bijak daripada segi ekonomi, korang boleh semak dan kira nisbah harga sewa rumah.


Sumber Photo: Google

Kebaikan dan Kekurangan Sewa Rumah vs Beli Rumah

Sewa Rumah

Ramai mempunyai pandangan serong terhadap menyewa rumah. Ada yang beranggapan menyewa adalah perkara yang memalukan. Namun begitu, tanggapan itu adalah salah kerana tiada apa yang harus dimalukan. Menyewa adalah budaya yang terkenal di negara barat. Dengan itu, kami huraikan 3 kelebihan menyewa rumah:
  • Kos pendahuluan & komitmen rendah. Walaupun menyewa memerlukan deposit keselamatan, namun jumlah tersebut adalah jauh lebih rendah berbanding dengan bayaran pendahuluan 10% sewaktu membeli rumah.
  • Fleksibel untuk berpindah ke kawasan yang berbeza kerana selalunya tempoh sewaan adalah berdasarkan jangka masa yang lebih pendek.
  • Komitmen tetap setiap bulan memandangkan anda tidak perlu risau mengenai kos baiki kerosakan. Lazimnya, kos ini akan ditanggung oleh tuan rumah.
Beli Rumah 

Warren Buffet pernah berkata, “Jangan simpan baki wang selepas berbelanja, tapi belanja wang baki selepas menyimpan”. Hanya beli rumah mengikut kemampuan anda. Lagipun, membeli rumah boleh meningkat nilai bersih anda. Pulangannya adalah berdasarkan peningkatan harga hartanah, bukannya mengikuti jumlah pelaburan. Jika anda pintar menguruskan wang, anda boleh membeli rumah dengan gaji di bawah RM3,000.

  • Rumah adalah aset. Sebuah rumah adalah pelaburan jangka masa panjang. Rumah boleh diwariskan untuk generasi akan datang. Jika tidak didiami, rumah itu boleh dijadikan sebagai pelaburan apabila disewakan. Duit sewa itu boleh digunakan untuk membayar (sebahagian) daripada ansuran bulanan, jika dimanfaatkan dengan betul.
  • Harga hartanah telah meningkat sebanyak 9.8% di antara tahun 2007 dan 2017. Kadar tersebut dijangka tidak akan turun dalam masa terdekat. Waktu terbaik untuk membeli rumah adalah 10 tahun yang lalu. Waktu terbaik seterusnya adalah hari ini.
  • Kos lebih rendah untuk jangka masa yang lama seperti perbandingan yang ditunjukkan di dalam graf di atas.
Jika korang mampu membeli rumah idaman, korang sedang menggunakan wang korang untuk sesuatu yang amat berharga. Hutang boleh menjadi hutang yang baik, jika hutang tersebut memberikan pendapatan atau pulangan jangka masa panjang. Sebagai permulaan, korang boleh membeli rumah ‘sub-sale’ atau rumah lelong memandangkan harga adalah lebih murah. Tetapi, korang perlu lebih cermat kerana rumah jenis tersebut selalunya tidak mempunyai “jaminan” seperti rumah baharu.

Sewa Rumah

Kelebihan

Kekurangan

Tiada kos pendahuluan yang tinggi seperti wang pendahuluan.

Kemungkinan untuk menemui tuan rumah yang teruk.

Tiada bayaran berulang seperti cukai harta dan kos penyelenggaraan.

Kenaikan yuran sewa secara mendadak yang boleh menyebabkan anda terpaksa berpindah.


Beli Rumah

Kelebihan

Kekurangan

Berfungsi sebagai salah satu bentuk pelaburan.

Kos pendahuluan yang tinggi dan bayaran berulang.

Memiliki rumah sepenuhnya.

Kewangan terikat selama beberapa dekad.


Jadi, patutkah korang beli atau sewa rumah?

Banyak pendapat dalam perbincangan yang menyokong bahawa menyewa adalah lebih baik dan tidak kurang juga sebaliknya. Yang pasti, keputusan terletak di tangan korang.

Korang sendiri yang perlu menilai kebaikan dan keburukan membeli atau menyewa rumah. Kemudian, barulah lakukan penilaian bergantung pada kewangan korang. Ingat! Tiada yang betul atau salah dalam membeli atau menyewa. Semuanya bergantung kepada keadaan kewangan korang.

Nak tahu lagi tentang pengiraan tambahan berkenaan Beli atau Sewa Rumah? Boleh rujuk di link bawah

1 ulasan:

  1. ammi 2-2 ada sbb yg beli dikampung..yg tengah duduk terpaksalah sewa

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com