Ahad, 5 Jun 2022

Berhujung Minggu Dengan 4 Telefilem Istimewa Sempena Ulang Tahun TV3 Ke 38

 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Sepanjang beroperasi, TV3 telah menyajikan banyak telefilem yang menarik hati penonton serta popular seperti Amanat, Restu Ayah, Qalbu dan banyak lagi. TV3 akan terus mewarnai hari anda dengan menyiarkan telefilem yang menarik dan berkualiti. Bersempena dengan ulang tahun TV3 ke 38, TV3 bakal menyajikan 4 telefilem istimewa untuk memeriahkan hujung minggu anda.

Bagi pengikut setia slot Cerekarama, jangan ketinggalan untuk menyaksikan pelakon-pelakon popular tanah air menerusi 4 telefilem sepanjang bulan Jun ini, setiap hari Sabtu, 10.00 malam iaitu Dendam Penunggu. (Ismail Izzani & Shalma Eliana), Matahari Tak Bercahaya (Nad Zainal & Fattah Amin), Dania (Aedy Ashraf & Puteri Balqis) dan Langit (Eira Syazira & Azad Jasmin).

DENDAM PENUNGGU, 4 Jun 

Pelakon: Ismail Izzani, Shalma Eliana, Bella Dowanna, Atiq Azman & Shasha Abedul

Sinopsis: Dendam Penunggu mengisahkan lima orang pelajar baharu di Kolej Kebangsaan Malaya menemui rahsia-rahsia gelap yang menghantui sekolah mereka. Zul dan rakan-rakannya kini menghadapi pelbagai gangguan ghaib setelah menceroboh blok terlarang di kolej mereka. Mampukah mereka menghentikan gangguan ngeri ini atau sejarah bakal berulang kembali?

English Synopsis: When five students enrol in a prestigious boarding school Kolej Kebangsaan Malaya, they find that the halls are not only filled with trophies and achievements. Something dark and mysterious roams the corridors of Blok M. Eager to find out its history, the students unknowingly awaken something sinister. Can they be saved or will history repeat itself?

MATAHARI TAK BERCAHAYA, 11 Jun 

Pelakon: Fattah Amin, Nad Zainal, Noorkhiriah, Aidit Noh, Hafreez Adam & Mimi Ernida

Sinopsis: Mastura, seorang ibu muda yang kehidupannya berubah sepenuhnya apabila dia didapati HIV positif. Nasib malangnya tidak berakhir apabila anaknya yang disusukan juga terjangkiti. Mastura dan suaminya Shahzan cuba untuk menyembunyikan hal ini daripada jiran tetangga di kampung, namun ia terbongkar dan mencetuskan ketakutan serta kebencian dalam kalangan penduduk kampung terhadap mereka. Salah faham dan kekeliruan menyebabkan mereka diasingkan serta dihalau keluar oleh orang kampung. Sampai bilakah Mastura dan keluarganya harus menanggung derita ini? 

English Synopsis: A young mother, Mastura finds her life turned upside down when she finds that she’s HIV positive. Her misfortune did not end there when her child whom she was breastfeeding was also infected. Both Mastura and her husband Shahzan tried to conceal this secret from their neighbours in the village, but word got out which began to spread fear and resentment among villagers towards them. Misconception and confusion led to the whole village isolating them almost to the point of being chased out.  How much longer could Mastura and her family bear this misery?

DANIA, 18 Jun
Pelakon: Aedy Ashraf, Puteri Balqis & Fezrul Khan

Sinopsis: Mengisahkan Dania seorang remaja yang menyendiri dan rakan sekelasnya kelihatan sentiasa mengelak dari mendekatinya di sekolah. Abangnya Luqman, bimbang dia akan menjadi anti-sosial. Dania mula berkawan dengan seniornya Sarimah. Sarimah menjaga Dania dengan baik sehingga menyebabkan Dania selesa dan percaya dengan dia. Sarimah memperkenalkan Dania kepada Cikgu Bahar untuk tuisyen percuma. Semuanya berjalan dengan lancar sehinggalah Bahar mengambil kesempatan ke atas Dania dan merogolnya. Geram dan malu, Dania mengalami kemurungan berikutan kejadian itu. Luqman hanya mengetahuinya setelah banyak menyoal apabila dia perasan sesuatu tidak kena pada Dania. Bahar kemudian ditangkap tetapi kes digugurkan. Ikuti Dania dan Luqman dalam kempen dan perjuangan yang panjang untuk menegakkan kebenaran.

English Synopsis: Dania as a teenager, is a loner and her classmates seem to always avoid being close to her at school. Her brother Luqman, is worried about her being antisocial. That is until later on when she befriended her senior, Sarimah. Sarimah took good care of Dania and treated her to meals, and Dania felt a sense of assurance with her. Sarimah introduced Dania to Cikgu Bahar for free tuition. All was well until things turned awry when Bahar took advantage of Dania and raped her. Furious and embarrassed, Dania went into depression following this incident. Luqman only found out after much questioning when he noticed something amiss about Dania. Bahar was later on caught, but his case was dismissed. Follow Dania and Luqman’s long campaign and struggle as they fight to prove her case and innocence.

Langit, 25 Jun
Pelakon: Eira Syazira, Azad Jasmin

Sinopsis: Dari zero ke hero, menceritakan tentang seorang suri rumah Raziah yang berubah menjadi wanita berdikari dan pencari nafkah kepada keluarga setelah kematian suaminya. Tidak rela pasrah dengan nasib hidupnya, Raziah keluar mencari pekerjaan dan cuba untuk berjaya dalam hidup, juga untuk memenangi semula rasa hormat daripada komunitinya. 

English Synopsis: From zero to hero, a story of a housewife Raziah who transforms into being an independent woman and the breadwinner for her family after the passing of her husband. Unwilling to resign to her fate in life, Raziah goes out looking for work and attempts to succeed in life, and aims to win back respect from her community.

0 beri komen di sini:

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com